BIRMINGHAM – `Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula berat badan 171 kilogram,’’ ujar seorang gadis yang kini menjadi kurus dengan berat hanya 50 kilogram.
Bagi Amelia-Jane Harris, 20, berat badannya yang baru kini yang disifatkan ramai orang sebagai berat badan idaman merupakan satu mimpi ngeri.
Ini kerana, Amelia yang menghidap penyakit Crohn tidak boleh makan dan akan mengalami kesakitan sepanjang masa hingga memaksanya menelan 70 pil setiap hari dan jika keadaan bertambah teruk, dia terpaksa mengambil hingga 100 pil.
Keadaan ini mengakibatkan Amelia tidak dapat menikmati makanan dan jarang dapat keluar makan bersama keluarga atau rakan-rakannya.
Selain itu, penyakit Crohn juga menyebabkan badannya menjadi tidak bermaya kerana kurang khasiat selain rambut gugur dan kuku menjadi rapuh.
“Saya mendapat pujian ramai kerana berat badan yang baru ini namun saya sebenarnya mengalami kesakitan yang sangat. Saya tidak lagi boleh menikmati makanan kerana setiap kali makanan perut saya akan kejang dan sakit,’’ katanya.
Akibat penyakit itu juga, dia kehilangan berat badan sebanyak 114 kilogram dalam masa 20 bulan.
Menurut Amelia ketika zaman kecilnya, dia adalah seorang kanak-kanak yang sihat dan badannya juga menjadi gemuk hingga diejek oleh rakan-rakannya.
Namun apabila usianya meningkat 17 tahun, dia mula muntah sebanyak 10 kali sehari dan kehilangan berat badannya yang banyak.
Amelia kemudiannya mendapat rawatan doktor dan selepas pemeriksaan dia dikesan menghidap penyakit berkenaan. Penyakit itu tidak dapat diubati dan dia terpaksa menanggungnya seumur hidup.-
No comments
Post a Comment