Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Mungkin disebabkan terlalu senang untuk medapat bahan-bahan lucah, remaja zaman sekarang ni lebih cepat 'matang' dalam hal-hal sedemikian. Lihat saja status remaja diatas.
Pada mulanya, dia menawarkan apa-apa 'khidmat' sekiranya ada orang wanita yang berani menghantar gambar seksi kepadanya. Seorang wanita membalas status tersebut dan terus dia menawarkan terunanya!
Haii..apa nak jadi la.. Dibawah pula keratan remaja tersebut mengeluh tentang terunanya dimana dia berkata budak-budak 12 tahun pun ada dah pecah dara dan betapa 'ruginya' dia kerana tak pernah buat perkara sedemikian :
Isu Panas
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.
Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. - BERNAMA
Isu Semasa
Kyrgyzstan: Bebola rambut seberat 4 kilogram telah dijumpai di dalam perut seorang remaja perempuan, Ayperi Alekseeva, 18 sekaligus menjawab mengapa dia tidak boleh minum dan makan.
Perkara tersebut terjadi adalah susulan daripada tabiat pelik dan menjijikkan wanita tersebut yang mana suka mengutip rabut yang gugur dijumpainya diatas permaidani sebelum mengunyah dan menelannya.
Keadaan itu berlarutan selama bertahun-tahun hinggakan dia mengalami penghidratan yang teruk dan kekurangan zat makanan. Ia juga menyebabkan Ayperi hampir mati.
Menurut doktor yang merawatnya,Bahadir Bebezov, ibu bapanya membawa remaja itu ke hospital selepas dia mula kehilangan berat badan dan tidak boleh menelan makanan.
Dia akan mengalami kesakitan yang amat sangat meskipun hanya minum air.
“Ketika dia tiba di hospital, Ayperi langsung tidak boleh minum air dan dari situ kami sedar dia perlu dibedah selepas pembedahan dijalankan.
“Perutnya membengkak dan sebaik sahaja kami memotong perutnya, bebola rambut itu terus keluar,” katanya.
Selain tabiat pelik menelan rambut itu, Ayperi sebenarnya tidak mempunyai sebarang penyakit dan merupakan seorang remaja yang normal.
Dia kini sedang menjalani pemulihan selepas pembedahan dan berjanji tidak akan menelan serta mengunyah rambut lagi selepas ini.
Dalam pada itu, doktor memaklumkan rekod perubatan sebelum ini menunjukkan tidak ada bebola rambut sebesar itu ditemui dalam tempoh 50 tahun.
Global
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Chiah Yoke Fong baru-baru ini telah memuat naik status bersama dengan dua keping gambar tikus yang dilihat bersembunyi dicelah-celah sayuran di sebuah pasaraya Aeon Big Di Mid Valley.
Menurut apa yang dikatakan oleh Chiah Yoke Fong, dia telah memberitahu perkara itu kepada salah seorang pekerja Bangladesh di sana. Dia kemudiannya berkeras supaya pekerja itu menelefon pegurusnya. Tetapi pekerja Bangladesh itu cuma menyuruh seorang pekerja melayu perempuan di kaunter untuk melihat tikus tersebut.
Tambah Chiah Yoke Fong lagi, pekerja-pekerja itu tidak kelihatan seperti terkejut melihat tikus terbabit dan tidak meminta maaf pun atas isu kebersihan di situ.
Jika benar apa yang didakwa Chiah Yoke Fong ini, rasaya pihak berwajib perlu diambil tindakan tegas! Maklumlah, tikus ni air kencingnya sangat merbahaya. Entah berapa ramai dah 'terkongsi' sayur dengan tikus-tikus dalam Aeon Big tu - SiakapKeli.com
Isu Panas
Rompin: Seorang murid tahun tiga hancur pergelangan tangan kirinya ketika bermain mercun di rumahnya di FELDA Keratong 1, Muadzam Shah, dekat sini, petang tadi.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang tadi menyebabkan pergelangan tangan murid berkenaan hancur apabila mercun yang dipegangnya meletup sebelum sempat dibalingnya. Ibu mangsa berusia 30-an yang mendengar jeritan anaknya segera keluar ke depan rumah sebelum melihat murid berkenaan terbaring.
Mangsa yang parah di pergelangan tangan kiri segera dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan susulan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. - Harian Metro
Isu Semasa
Atlanta - Seorang pesakit yang dirawat di sebuah hospital Dallas menjadi orang yang pertama disahkan menghidap Ebola di Amerika Syarikat. Pegawai kesihatan mengumumkan perkara itu pada hari Selasa,30 September.
Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu dikatakan berada di Liberia pada 19 September dan tiba di Amerika Syarikat pada 20 September, kata Dr Thomas Frieden, Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Pengesahan peyakit Ebola ini telah menyebabkan keresahan berlaku dalam kalangan orang ramai di Amerika Syarikat. Jika dilihat di laman media sosial, masing-masing meluahkan kerisauan dan ada yang berkata mahu meninggalkan Amerika Syarikat serta merta -
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments