Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina;
9 Februari - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
[Wow] - Berita Tempatan
Wowwww!!! apa kes si @afiqanakali nih... Cari pasal nampak.. mau famous dengan cara publisiti murahan kali.. Best kah?? hahaha.. Kes nih admin serahkan ja pada member beritanisma .. admin dah puas dengan karena budak-budak kurang waras seperti Afiq nih..
Nak tahu lebih lanjut? Jom baca.. Memang pedas+tidak waras!
Isu Panas
KUALA LUMPUR – Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.
[Wow] - Berita Tempatan
Gambar di atas adalah antara petikan SMS di antara Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat dan rakan seperjuangannya.
Ia jelas menunjukkan arwah begitu bersemangat untuk berjuang dalam misi tersebut.
Di bawah ini adalah dikatakan gambar terakhir Allahyarham.
Jasa dan pengorbanannya kepada negara tidak ada galang gantinya!
[Wow] - Berita Tempatan
PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum ini. Perdana Menteri berkata, beliau sudah memberi mandat kepada ketua polis negara dan panglima angkatan tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi. Najib turut mengesahkan dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh dan tiga lagi cedera manakala 10 hingga 12 anggota kumpulan penceroboh itu terbunuh.
"Mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian tembak-menembak antara pasukan keselamatan negara dengan kumpulan penceroboh yang diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, yang telah berkubu di Felda Sahabat 17 di Tungku, Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu sejak 9 Februari lalu.
"Saya tidak lagi buat keputusan. Terserah kepada mereka (panglima ATM dan ketua polis negara) untuk ambil tindakan...mereka akan diberikan kuasa sepenuhnya.
"(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka," kata Najib.
Perdana Menteri berkata, kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara sudah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri.
Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan.
Terdahulu Najib melancarkan jentera pilihan raya kawasan parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Pekan yang dihadiri kira-kira 5,000 orang. - BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua mayat komando polis yang dipercayai terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Jumaat.
Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di perkampungan tersebut yang menjadi kubu kumpulan bersenjata Sulu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung
Ini dia gambar wira kita yang terkorban!
[Wow] - Berita Tempatan
TUNGKU(Lahad Datu): Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi.
Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Perintah berkurung telah dikenakan di banda Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo selepas pencerobohon selama 23 hari.
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Pasangan adik beradik Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin yang mempunyai kepentingan sama banyak dalam Sapura Group kini merupakan individu terkaya dengan aset bersih bernilai RM3.24 bilion.
Mereka antara 14 individu terkaya, melonjak 11 anak tangga pada tahun lalu dalam senarai 50 individu terkaya Malaysia menurut majalah Forbes.
[Wow] - Informasi
Boston: Seorang wanita berang apabila mendapati iPad yang dibelinya di pasar raya Walmart di sini dengan harga AS$499 (RM1,542) sebenarnya plastik. Suzanne Nassie berkata, dia menyedari ada sesuatu tidak kena sebaik membuka bungkusan yang renyuk itu. Pemalsuan itu sungguh mengelirukan, malah pasar raya terbabit enggan memberikan ganti rugi kepadanya sebelum akhirnya akur. “Ini bukan tablet sebenar. Seseorang pasti meletakkan alat palsu itu ke dalam kotak bungkusan iPad,” katanya.
Suzanne membawa alat itu kembali ke pasar raya berkenaan, tetapi tidak dibenarkan bercakap dengan pengurus dan enggan diberikan ganti rugi walaupun dia membawa resit belian dicetak 20 minit sebelum itu. Dia sebaliknya disuruh mengemukakan aduan kepada Apple, syarikat yang mengeluarkan iPad.
Suzanne bukan pelanggan pertama tertipu dengan pembelian iPad di Walmart.
Ramai pelanggan membuat aduan membeli perlatan palsu di premis pasar raya itu di New Jersey, Florida dan Texas sebelum ini.
Pada November lalu, Emilio Pereda dari Florida memberitahu media, dia membeli iPad palsu daripada peruncit gergasi itu dengan harga $500 (RM1,545).
“Tiada bungkusan merah. Ia dibungkus sepenuhnya dengan kertas bungkusan Walmart,” katanya. Sementara itu, Suzanne dihubungi pengurus pasar raya itu yang meminta maaf dan menawarkan ganti rugi sepenuhnya. - Agensi
[Wow] - Berita Dunia
Gambar Hiasan |
Kuala Lumpur: Mereka bukan saja memberi amaran kepada ustazah yang mengajar di sekolah supaya jangan campur tangan, malah turut mengugut mahu membunuh wanita berkenaan selepas ditegur kerana melakar tatu di tangan, selain membuat bising di dalam kelas.
Itulah sikap samseng dan kurang ajar dua pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di ibu kota, sekali gus menyebabkan pihak pengurusan sekolah terpaksa membuat laporan polis ke atas mereka, kelmarin. Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari, ustazah berusia 28 tahun itu pada mulanya menegur kedua-dua pelajar terbabit kerana membuat bising dan mengganggu pembelajaran.
[Wow] - Berita Tempatan
Petaling Jaya: Meskipun baru berusia tujuh tahun, seorang kanak-kanak lelaki sudah pandai meneguk bir yang disimpan di dalam peti sejuk di rumah jirannya dalam kejadian di Damansara Damai, di sini.
Difahamkan, kanak-kanak lelaki yang belajar di tahun satu itu dipercayai mengambil minuman berkenaan buat pertama kali kelmarin sebelum jirannya mengadu kepada ibu kanak-kanak lelaki itu.
Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit mengunjungi rumah jirannya itu untuk bermain seperti biasa manakala ibunya berada di rumah bersama seorang lagi anaknya.
“Ketika itu, ibu kanak-kanak itu didatangi jirannya yang mengadu anaknya membuka peti sejuk tanpa kebenaran dan lebih mengejutkan, dia meneguk bir yang disimpan di dalam peti sejuk berkenaan.
“Sejurus selepas itu, ibu kanak-kakak terbabit menyoal anaknya itu dan dia mengaku serta memberi alasan berbuat demikian kerana ingin mencuba air orang ‘dewasa’ itu,” katanya.
Menurutnya, ibu kanak-kanak berkenaan yang berang dengan tindakan itu merotan anaknya itu dengan wayar hingga menyebabkan kesan lebam di tangan, bahu dan belakang badan.
Katanya, selepas kanak-kanak itu pergi ke sekolah semalam, guru kelasnya yang ternampak kesan lebam di tangan kanak-kanak itu menyangka anak muridnya yang berusia tujuh tahun itu menjadi mangsa dera ibu sebelum membuat laporan polis.
“Selepas disoal siasat, akhirnya terbongkar kejadian kanak-kanak lelaki itu sebenarnya dihukum akibat tindakannya minum bir di rumah jiran sebelum diserahkan kepada guru kaunseling untuk tindakan lanjut,” katanya. Hmetro
[Wow] - Berita Tempatan
New York: Lebih banyak maklumat mengerikan terbongkar dalam perbicaraan seorang anggota bandar raya ini yang dituduh bersubahat membunuh dan memakan wanita.
Pendakwa raya berkata, Gilberto Valle, 28, terbabit dalam perbualan di e-mel dengan seorang lelaki Pakistan, Aly Khan mendakwa dirinya penyembelih haiwan dan menghantar Valle video menunjukkan seekor kambing yang dikelar tekaknya.
[Wow] - Berita Dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments