Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


MOSCOW – Isteri kepada seorang bilionair Rusia akan membuat tuntutan separuh daripada £10 bilion (RM58.3 bilion) kekayaan suaminya sekali gus bakal mencatat perceraian termahal di dunia, lapor MailOnline.
Kes tuntutan Natalia Potanina terhadap Vladimir Potanin yang dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil perkongsian hidup selama 30 tahun akan dibicarakan di mahkamah Moscow bermula 1 Julai ini.
Vladimir, 54, yang merupakan pemilik syarikat perlombongan dan pelaburan melahirkan hasrat untuk menceraikan Natalia kerana dia mempunyai hubungan dengan seorang wanita lain dan turut mempunyai dua anak.
“Dia memberitahu hasrat untuk bercerai pada satu majlis makan malam bersama anak-anak kami. Saya tidak menjangka perkara ini berlaku, malah tidak sanggup untuk memikirkannya,” luah Natalia.
Sebelum ini, Vladimir menawarkan kepada Natalia wang £32 juta (RM186 juta) berserta elaun tetapi ditolak dan menuntut separuh daripada kekayaannya.
Tawaran itu termasuk elaun bulanan £250,000 (RM1.45 juta) serta rumah di Moscow, London dan New York.
Bagaimanapun, Natalia menuntut 15 peratus saham di syarikat milik Vladimir iaitu Norilsk Nickel selain pegangan di syarikat Interros International.
Natalia mendakwa mereka sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – Agensi


KASIH sayang tidak memiliki sempadan dan luas terbentang untuk makhluk di muka bumi ini berkongsi rasa.
Satu kisah yang dimuat naik di Facebook Penang Kini, telah menyentuh hati ramai orang kerana memperlihatkan hubungan erat antara seorang manusia dan haiwan kesayangannya.
Kisah benar tersebut diceritakan oleh seorang individu yang menjadi saksi kejadian.
Menurutnya, ketika pulang dari tempat kerja menggunakan laluan jambatan Pulau Pinang, dia ternampak seorang wanita Melayu memarkir kenderaannya di tempat kecemasan sambil menangis teresak-esak.

Oleh kerana prihatin, dia turun bertanyakan situasi wanita tersebut.
Cerita wanita yang dipanggil mak cik itu, meter suhu keretanya naik lantas dia terpaksa memberhentikan kenderaannya di situ.
Apabila dia membuka bonet hadapan keretanya untuk pemeriksaan, dia terkejut apabila terlihat kucing kesayangannya tersangkut di bahagian enjin.
Lagi memilukan, saat dia menyedari tentang kejadian tersebut, kucingnya itu telahpun mati akibat suhu panas di bahagian enjin.
Malah, menurut individu tersebut, bau bulu dan daging terbakar turut dapat dihidu ketika bonet terbuka. Kasihannya…
Mak cik tersebut berkata, ketika hendak keluar dari rumah sebelum itu, kucing berkenaan sememangnya mahu mengikutnya, namun dihalang. Lantas si kucing menghilangkan diri.
Tanpa disedari, rupa-rupanya si kucing telah masuk ke bahagian enjin dan akhirnya tersangkut di situ sebelum mati.
Apa yang menambahkan kesedihan di hati wanita itu adalah kerana kucing itu memiliki anak yang masih menyusu.
Sabarlah mak cik… harapnya anak-anak kucing yang kematian ibunya itu dapat jadi pengganti dan menggembirakan hati mak cik, ya! – MYNEWSHUB.CC

Nairobi (Kenya): Selepas seorang peguam muda Felix Kiprono cuba melamar anak Presiden Barack Obama dengan menawarkan haiwan ternakan bulan lalu, kini muncul seorang lagi warga Kenya mencuba nasib.

Ole Kishau menawar lebih banyak haiwan berbanding jumlah ditawarkan Kiprono.
Kishau yang berasal dari wilayah Narok berkata kelmarin, dia bersedia menyerahkan 500 lembu, 10 kali lebih lebih banyak daripada yang ditawarkan peguam muda itu untuk memperisterikan Malia Obama.

Malah, Kishau turut menamakan orang yang akan mewakilinya dalam majlis meminang.
“Untuk membuktikan saya serius, saya bersedia memberikan 500 lembu, malah lebih daripada itu. Saya juga sanggup menghantarnya dalam bentuk wang ke Amerika Syarikat.

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish menjelaskan kadar bayaran dikenakan kepada pelanggan di kafe Kopi & Xoxo yang dikongsi bersama empat orang rakannya adalah berpatutan.
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, harga dicaj kepada pelanggan adalah bersesuaian dengan lokasi kafenya yang terletak di Bangsar.

"Sebenarnya harga makanan dan minuman di kafe Kopi & Xoxo itu tidak begitu mahal dan orang ramai juga harus faham kerana ia terletak di Bangsar jadi kami harus menanggung kadar sewa yang agak tinggi.



"Barang-barang digunakan juga berkualiti jadi harga yang dikenakan bersesuaian dengan lokasinya," katanya kepada mStar Online.

Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kadar bayaran dikenakan diKopi & Xoxo kepada pelanggan yang dikatakan mahal oleh sesetengah peminatnya.

Tambah Nora, keuntungan diperolehi juga tidak lumayan seperti mana dibayangkan kerana perniagaan itu masih baharu dan dilakukan sekadar hobi.

"Kami bukan nak kejar untung semata-mata kerana perniagaan ini dibuat sekadar suka-suka jadi keuntungan yang diambil sebenarnya tidak banyak.

"Jadi harga yang dikenakan amat berpatutan dan ia amat sesuai kepada pelanggan," katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata kafe tersebut merupakan hasil perkongsian diantara empat orang rakan baiknya yang mengentengahkan konsep kopitiam.

Tambahnya, konsep itu dipilih kerana ia mudah untuk diuruskan dan dalam masa yang sama ia amat bersesuaian dengan gaya hidup pada masa kini.

"Keputusan untuk memilih konsep kopitiam dilakukan selepas melakukan perbincangan dan konsep tersebut adalah paling ideal kerana ia mudah diuruskan," jelasnya.

Terdahulu Nora dan rakanya melabur hampir RM100,000 untuk membuka kafe berkenaan dan ia merangkumi aspek dekorasi, perabot, konsep dan pilihan menu.

Mstar Online