Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Chukai: Seorang pekerja maut manakala tiga rakannya mengalami sesak nafas selepas terkena gas bocor ketika sedang membaik pulih paip gas di loji gas Petronas di Kertih, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa, Muhammad Firdaus Hassan, 26, bersama tiga rakannya rebah di lantai sebaik terkena semburan gas yang bocor itu. 
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Che Suza Che Hitam berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa yang cedera di muka dan leher itu meninggal dunia di tempat kejadian. 
"Mangsa dibawa keluar dari kawasan loji berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi selepas melepasi beberapa kawalan keselamatan pihak Petronas sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

"Jenazah mangsa yang berasal dari Kampung Pulau Serai, Dungun itu dituntut ibu bapanya kira-kira jam 9.00 pagi untuk urusan pengebumian," katanya.

China – Disifatkan sebagai perayaan paling kejam di dunia, penduduk di Yulin kini mula menyambut perayaan musim panas lebih awal, dengan hidangan utama ialah anjing.
Penduduk di kawasan berkenaan telah mula berkumpul hujung minggu lalu untuk makan anjing yang kebanyakannya dipanggang.
Mereka menyambutnya lebih awal kerana ingin mengelakkan festival tersebut menjadi sasaran kemarahan aktivis dan orang ramai melalui media sosial, seperti yang berlaku tahun lepas.
Namun media berjaya merakamkan gambar sekumpulan penduduk Yulin menghidangkan daging anjing serta gambar anjing yang dilapah serta dipamerkan di tepi jalan.
Gambar berkenaan kini tersebar di media sosial.

Mengikut tradisi penduduk Yulin, makan anjing dan buah laici bersama arak boleh menjadikan seseorang itu sihat sepanjang musim sejuk.
Tetapi tidak diketahui sama ada dakwaan `khasiat’ berkenaan akan berkesan jika ia dimakan lebih awal sebelum musimnya.
Sebenarnya apa yang menjadi kebimbangan aktivis ialah mengenai aspek kesihatan penduduk jika mereka makan anjing-anjing tersebut memandangkan kebanyakannya adalah anjing liar, maka ia mungkin menghidap penyakit berjangkit.
Selain itu, anjing-anjing berkenaan juga sering diracun dengan bahan kimia bagi membunuhnya, sekali gus boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Ketika rakyat Malaysia masih menunggu saat dan ketika untuk mula melawat dua ekor beruang panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara, penyanyi tersohor negara di China Shila Amzah telah pun berpeluang melihat panda.
Video Shila memeluk seekor beruang panda yang comel dan sedang memakan buluh dimuatnaik di laman video YouTube semalam.
Para peminat Shila pastinya cemburu apabila penyanyi yang sedang menjalani kerjaya sebagai penyanyi di China itu dilihat begitu dekat dengan panda dan dapat memeluknya.
Panda berkenaan juga dilihat tiada masalah dipeluk oleh Shila sambil terus memakan buluh yang sememangnya makanan asas mereka.
Untuk rekod, beruang panda hanya boleh ditemui di China dan tiada di mana-mana negara lain di dunia. Beruang jenis itu yang berada di zoo seluruh dunia adalah hasil pinjaman dari negara China untuk tempoh tertentu.
Malaysia baru sahaja menerima panda pinjaman mereka bulan lepas yang bernama Fu Wa dan Feng Yi. Mereka dijangka akan mula dapat dilawati orang ramai tidak lama lagi.
Nama mereka juga akan ditukar selepas ini dan nama baru pasangan panda berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Fu Wa dan Feng Yi kini berada di pusat khas perlindungan Panda yang dibina khusus di Zoo Negara. 

KEJADIAN ini mengemparkan dunia apabila seekor naga putih yang dikatakan terjatuh dari langit telah ditemui di Apartment Tanjung Puteri Johor Bahru.
Menurut beberapa blog di laman sosial, naga putih tersebut dikatakan telah mati sebaik sahaja terjatuh. Dikatakan pihak kerajaan katanya telah mengambil bangkai naga putih tersebut untuk di analisa.
Sebenarnya ini adalah satu pembohongan dan ramailah yang telah tertipu dengan berita palsu naga putih di Johor Bahru ini.
Sebenarnya gambar naga putih yang disebarkan ini telah lama tersebar di laman sesawang Weibo iaitu laman sesawang seperti Twitter di China. Naga putih ini juga (dengan gambar yang sama) turut dikatakan ‘ditemui’ di Thailand.
Laporan ini sebenarnya dipetik dari laman sosial The Wolrd Of Chinese yang menyatakan ia dijumpa oleh seorang lelaki di penempatannya.
Lelaki tersebut menyangkakan ianya seekor burung, tetapi beliau terkejut apabila mendapati ianya seekor naga.
Perkara tersebut mendapat perhatian apabila lelaki ini memuat naik gambar tersebut di laman sosial.
Bagaimanapun sejauh mana kebenaran kejadian ini masih diragui ramai penguna sosial.
 
A Man Found a “dragon” on his backyard :
 
The Chinese weibo and weixin are circulating the images of the “dragon”, it is yet unknown if the dragon is real, or if it’s not whatever animal this is
 
The man that found it, says that he heard weird bird noises in his yard when it was raining, he thought a bird might be hurt, but the man was surprised, when he saw ” a dragon” when he arrived at the scene.
 
It is not known whether the animal is a real dragon or a strangely mutated animal, but the fact remains that the animal was hurt, it is still alive, and a man that posted his pictures on his social media is asking people if they think it is indeed a dragon, and even if its not how to treat him, we all hope that that “animal” will recover soon. – TheWorldofChinese



Berikut berupakan gambar Zizan semasa zizan muda-muda dulu. Amacam hensem tak? Ke lawak muka zizan? hahaha ternyata gambar artis-artis dulu kebanyakkannya kelakar. Apa pun admin tetap respect dengan zizan kerana dianya asal dari kampung tetapi mampu menaikkan namanya hingga ke rantau asia. Memang gempak la zizan ni kan? Apapun jom kita tengok gambar zizan semasa muda di bawah ini :





Gambar kes kemaluan (zakar) suami dipotong isteri di Kelantan. Pada 19 Jun 2014, laman sosial digemparkan dengan foto insiden seorang lelaki dipotong pada bahagian kemaluan akibat berhasrat untuk berpoligami atau berkahwin lagi. Kejadian itu dipercayai berlaku apabila si mangsa sedang tidur sebelum si isteri nekad untuk memotong kemaluan suaminya menggunakan objek tajam. Berdasarkan maklumat yang tersebar, mangsa kini berada di Hospital HUSM Kelantan untuk rawatan lanjut.





SEORANG pelatih gym terpaksa hidup dengan buah dada palsunya bernilai £4,000 (RM21,952) yang dibuat dengan saiz terlebih besar, tetapi selepas itu terkejut apabila mendapati ia telah pecah.

Kim Brockhurst, 51, di selatan Wales, mahu saiz buah dadanya dibesarkan dari saiz 32AA kepada 32B untuk ia lebih menonjol dan membuat pembedahan.

Selepas pembedahan, dia meneruskan hidup dengan buah dadanya yang besar itu tetapi tidak lama selepas itu menyedari bahawa buah dadanya menjadi berbonjol-bonjol dan kelihatan seperti cacat.

Brockhurst mendapati dia telah diberi implan Poly Implant Prothese (PIP) yang pecah apabila silikon yang dimasukkan ke dalam badannya bocor.

Dia berkata: "Payudara kanan saya mempunyai lekukan besar dan implan di sebelah kiri telah pecah.

"Pihak hospital akan mengeluarkan implan tersebut tetapi mahu saya membayar £3,800 supaya buah dada saya dapat dibentuk semula.

"Teruk sekali apabila saya tidak mampu melakukan pembedahan itu apatah lagi selama ini silikon yang dimasukkan di dalam badan saya telah bocor.

"Saya tak tahu ke mana ia pergi (hilang) dan ia amat merisaukan saya," katanya.

Brockhurst akhirnya berjaya menjadikan saiz payudaranya kepada saiz lebih kecil iaitu 34D.

Kos pembedahan dibayar dan dirakam oleh Channel 5 untuk program realiti TV 'Botched Up Bodies'. 

Kira-kira 400,000 wanita di seluruh dunia terjejas oleh PIP.

Sumber: mstar.com.my


Vienna - Berhati-hatilah ketika berjemur di bawah sinar matahari, sebab hal ini boleh mengganggu lalu lintas. Hal inilah yang berlaku di Austria ketika seorang wanita sunbathing di tingkap apartment yang berada di tingkat tiga hingga menyebabkan kesesakan.

Dilaporkan Daily Mail, Selasa, 17 Jun 2014, wanita yang tidak disebutkan namanya ini tampak menjulurkan bahagian pinggul hingga kakinya sampai keluar tingkap apartmen. Rupanya, dia kelihatan begitu menikmati sinar matahari tanpa berfikir bahawa tubuhnya yang telanjang itu akan menarik perhatian para pemandu yang melalui di bawahnya.

"Saya berada di belakang dua orang yang kenderaannya kemik akibat penunggang di depan mereka berhenti tiba-tiba lantaran melirik ke wanita telanjang itu," kata Michael Kienast, seorang penunggang motosikal.

Beberapa kereta kelihatan memenuhi jalan sebelum polis akhirnya tiba. Dan wanita itu kemudian masuk ke dalam apartment dan menghilang.

Sumber: tempo.co

Surabaya: Ratusan pekerja seks komersial (PSK) dan bapa ayam yang selama ini bekerja di Jalan Jarak serta Gang Dolly menghalang laluan Jalan Dukuh Kupang menuju ke pusat pelacuran itu sehingga lima hari akan datang.
Jurucakap pasukan peguam Barisan Pekerja Lokalisasi, Anisa berkata, mereka hanya akan membuka laluan berkenaan jika usaha membatalkan penutupan pusat pelacuran itu berjaya.
“PSK di Jalan Jarak dan Gang Dolly menolak penutupan kompleks tempat mereka mencari nafkah kerana menganggap ia menyebabkan kesengsaraan dan menambah jumlah pengangguran,” katanya.
Kata Anisa, jika kawasan berkenaan tidak membayar cukai kepada pihak berkuasa tempatan, mereka tidak boleh dipersalahkan.
Sebaliknya, kata Anisa, pihak berkuasa perlu menyalahkan kerajaan tempatan.
“Ketika ini pemerintah Surabaya tidak perlu menguruskan kompleks pelacuran kerana masalah pengangguran lebih penting diperangi.
“Kerajaan perlu atasi dulu masalah itu, sejahterakan rakyat barulah memikirkan isu di Gang Dolly,” katanya.
Sementara itu, menanggapi deklarasi penutupan dilakukan pemerintah Surabaya malam tadi, Anisa berkata, tindakan itu menyalahi undang-undang.
“Tak ada kewajipan untuk mentaati keputusan itu.
Kami akan mencabarnya di mahkamah dan menyaman Datuk Bandar,” katanya.- Agensi

Shenyang (China): Seorang lelaki yang berat 248 kilogram buat pertama kali dalam masa tiga tahun keluar dari apartmennya selepas anggota bomba mengangkatnya mengguna cadar.
Hang Hang, 20, tidak mampu meninggalkan rumahnya di wilayah Liaoning kerana saiz terlalu gemuk. 
Hang yang ketagih makanan bergula seperti pankek, akhirnya berjaya keluar dari rumahnya dengan bantuan anggota bomba.

Untuk mengangkatnya keluar, dia dibawa turun dengan mengguna cadar tebal menerusi tangga dan diangkat oleh sembilan anggota bomba.

Berikutan kejayaan itu, Hang dapat menikmati udara segar di atas katil yang dibuat khas untuknya, buat pertama kali selepas 36 bulan terkurung di dalam rumah.
Misi ‘menyelamat’ berkenaan dianjurkan oleh sebuah media tempatan yang terbabit melancarkan kempen membantunya supaya dapat menghirup udara segar.

Ibu Hang memberitahu wartawan, anaknya sejak dulu lagi berdepan dengan masalah berat badan.

Pada usia 17 tahun, beratnya mencapai 146 kilogram.

Beratnya bertambah dan tidak dapat dikawal, meningkat dari 146 kilogram hingga 248 kilogram sejak tinggal bersama-sama ibunya tiga tahun lalu, menyebabkan dia terperangkap di dalam rumah.

Ibunya berkata, untuk sekali makan, Hang boleh menghabiskan 10 pankek, satu mangkuk besar bubur dan sayur.

Bulan lalu seorang lelaki warga Mexico yang pernah disenaraikan sebagai ‘manusia paling berat di dunia’ mati pada usia 48 tahun.

Manuel Uribe yang beratnya 552 kilogram hanya menghabiskan sisa hidupnya di atas katil.

Bagaimanapun, Uribe berjaya mengurangkan beratnya sebanyak 387 kilogram selepas dinobatkan sebagai manusia paling gemuk oleh Rekod Dunia Guinness pada 2006.- Agensi


Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Seorang penuntut kolej swasta nyaris menjadi mangsa rogol lelaki gila seks selepas dia ditarik suspek ke dalam kawasan semak di kawasan Taman Maluri, Cheras, kelmarin.
Bagaimanapun, mangsa berusia 22 tahun dapat menyelamatkan diri selepas bergelut dengan suspek, selain menjerit meminta tolong.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berjalan kaki berseorangan ke kolej berhampiran sebelum terserempak dengan suspek.

Menurut sumber, mulanya mangsa tidak mempedulikan lelaki terbabit, namun suspek menarik tangannya.

Kuala Lumpur: Pegawai tinggi kerajaan dan golongan kenamaan adalah antara pesalah trafik yang dikesan mempunyai banyak waran tangkap selepas gagal membayar saman tertunggak sejak beberapa tahun.Timbalan Ketua Trafik Pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mahamad Akhir Darus berkata, Ops Warta bagi memburu pesalah trafik tegar tidak hanya membabitkan golongan ‘bawahan’, malah membabitkan semua pengguna jalan raya.
Menurutnya, polis trafik mengesan dan menahan 911 pesalah trafik yang mempunyai 1,324 waran tangkap sejak operasi dimulakan 16 Jun lalu.

“Kami mendapati orang ramai tampil untuk membayar saman tertunggak dan waran sejak Ops Warta dilancarkan Isnin lalu. Ini adalah satu perkembangan positif,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

“Trend itu menunjukkan orang ramai mempunyai kesedaran tinggi dan memberikan tindak balas baik kepada Ops Warta yang dilancarkan sehingga 27 Jun hadapan di seluruh negara,” katanya.