Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
FAKTA seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Anda juga boleh mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuangkan sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Mesti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin kerana ianya mahal!
Fakta
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Itu yang jadinya perkataan Coca Cola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah, tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam.
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Terkejut dengan fakta yang menarik ini?
Informasi
KUALA LUMPUR – Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1.
Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.
“Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,”katanya.
Arif berkata Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab.
Beliau berkata pembelaan justifikasi gagal dan TV3 tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.
“Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka,” katanya.
Mahkamah juga memerintahkan bayaran RM30,000 sebagai kos.
Pada 12 April, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Yeoh Wee Siam menolak dakwaan Nizar bahawa TV3 memfitnah beliau.
Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim memutuskan TV3 memperlihatkan justifikasi pembelaan terhadap semua fakta dan hujah yang dibangkitkan kedua-dua belah pihak.
“Saya berpendapat defendan berjaya dalam pembelaan mereka berdasarkan justifikasi. Pembelaan justifikasi adalah pembelaan yang lengkap. Oleh itu, berdasarkan faktor ini, tuntutan plaintif patut dibuang,” katanya dalam kenyataan penghakiman bertulis sebanyak 30 muka surat.
Bagaimanapun, Yeoh turut meneliti hak keistimewaan pembelaan dan pembelaan Reynolds yang digunakan oleh stesen penyiaran itu.
Menggunakan ujian kemunasabahan yang digariskan dalam kes di United Kingdom, Reynolds melawan Times Akhbar Ltd, Yeoh berkata, TV3 tidak mengamalkan amalan kewartawanan yang dipertanggungjawabkan kerana ia tidak mengesahkan tweet berkenaan dengan Nizar atau meminta sebarang komen daripadanya.
Beliau sebelum itu berkata, adalah jelas bahawa laporan berita TV3 itu mempunyai kepentingan awam dan bertanggungjawab untuk menyiarkannya.
Pada Julai 2012, Nizar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan penerbit TV3 Rohani Ngah di atas berita laporan 30 Mei 2012 yang didakwa boleh ditafsirkan dalam beberapa maksud, termasuk beliau melakukan hasutan, pengkhianat kepada Sultan Johor dan mengbangkitkan kebencian orang ramai kepada pemerintah Johor.
Nizar juga memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap penerbit Utusan Melayu (M) Berhad ke atas laporan mengenai tweet, di mana saksi daripada kedua-dua pihak telah memberi keterangan minggu ini, penghujahan lisan akan didengar di mahkamah pada 7 Jun. -MI
Isu Semasa
Memang kecut perut kalau menonton video dua orang lelaki yang tanpa ada rasa takut pada ketinggian.
Dengan hanya memakai topeng mereka memanjat Shanghai Tower, di China, menara tertinggi ke-2 di dunia setinggi 650 meter tanpa alat keselamatan.
Sambil melompat-lompat dan melakukan aksi merbahaya mereka seperti sudah biasa dengan ketinggian dan menara tersebut
oleh itu anda menonton sendiri dan kemudian cuba naik ke tingkat paling tinggi, mungkin tingkat 40 sambil pandang kebawah, kecut atau tidak perut anda.
Video
Pada bulan November tahun lepas Marsha Milan Londoh mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. S.
Menerusi kenyataan Marsha kepada media tidak lama dahulu, jejaka yang berusia dua tahun lebih muda darinya itu dipercayai seorang ahli perniagaan dan berasal dari Pulau Pinang.
Bagaimanapun pada hari Ahad lepas, Marsha dipercayai sudah kembali solo berdasarkan kepada rakaman video yang dimuat naik oleh Michael Ang di Instagram berserta caption ‘Marsha putus cinta sekali lagi sebab BF EGO sgt semua nak tahu tapi bila masa dia semua tak bagitahu! Kesian! ANAK DARA TUA LA!’
Menerusi video tersebut, pengarah drama itu bertanya kepada Marsha berkenaan status hubungannya namun soalan itu dibiarkan tergantung sambil berkata ‘I think i am born to be an andartu kot.’
Walaupun baru berusia 29 tahun, namun nampaknya sedikit sebanyak Marsha tetap risau kerana masih belum berpeluang bertemu lelaki yang layak dijadikan suami.
Untuk pengetahuan anda, Marsha pernah bercinta dengan Keifli AF3, selain digosipkan dengan aktor Hans Isaac, ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr. Z, anak VIP dan ramai lagi.
Jika benar Marsha sudah putus cinta, rasanya tidak susah untuk selebriti kelahiran Akademi Fantasi ini untuk mencari pengganti. Lagipun Marsha masih muda dan cantik, pasti ramai jejaka di luar sana yang ingin memperisterikannya.
Hiburan
Namun sebagai hos, Awal berkata dia hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberi dalam menyampaikan maklumat mengikut skrip yang telah diberi oleh pihak produksi.
“Saya perasan sejak saya jadi hos ‘Melodi’, hubungan saya dengan beberapa artis agak renggang. Misalnya sebelum ini kalau bertemu, kami elok saja bersalaman. Tapi sekarang ni ada beberapa artis yang tak mahu bersalaman lagi dengan saya.
“Ada juga artis yang kalau ‘cerita panas’ mereka keluar di Melodi, mereka akan hubungi pengurus saya, seolah-olah saya sengaja mengaibkan mereka. Padahal saya dan Zizan hanya menyampaikan maklumat itu berdasarkan skrip yang diberi oleh produksi. Saya juga sedih bila menjadi mangsa cemuhan ramai di Facebook dan Instagram”, katanya yang sudah masuk tahun ketiga mengacarakan program hiburan mingguan nombor satu stesen TV3 itu.
Begitupun baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan tempat Awal bakal digantikan dengan seorang selebriti sebagai hos baru program itu. Kononnya Awal akan disingkirkan dari ‘Melodi’ kerana mempunyai masalah disiplin.
Mengulas mengenai gosip tersebut, Awal berkata dia juga ada mendengar ura-ura tersebut. Bagaimanapun dia telah bertanyakan kepada pihak produksi program berkenaan dan pihak produksi menafikannya.
“Saya ada juga terdengar hal itu dan saya ada bertanya kepada pihak produksi. Sebab kalau lah benar seperti yang dikhabarkan, saya sebagai hos berhak untuk tahu kedudukan saya. Tapi pihak produksi menafikan hal tersebut. Malahan saya baru sahaja mennyambung kontrak selama setahun lagi dengan program tersebut. Jadi saya rasa khabar tersebut tidak benar.
“Tentang isu disiplin pula, saya tidak tahu-menahu akan perkara itu. Saya rasa saya tidak mempunyai apa-apa masalah. Sebab setiap minggu saya menepati jadual yang ditetapkan.
Saya perlu ada di set seawal jam 11 pagi dan selesai tugas sehingga jam 2 petang”, tuturnya.
Dalam pada itu Awal juga berkata, dia sedia maklum bahwa tidak selamanya dia akan kekal sebagai pengacara prorgam itu. Pun begitu dia bersyukur kerana diberi peluang mengendalikan ‘Melodi’ iaitu sebuah rancangan pilihan ramai.
Malah beritahu suami kepada pelakon juga pengacara Scha Al-Yahya ini, menjadi hos Melodi adalah salah satu cita-citanya ketika di awal pembabitannya dalam dunia pengacaraan. – MD
Hiburan
SEBUAH restoran Pizza Hut yang terletak di Mingo County, West Virginia, Amerika Syarikat terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas pekerjanya didapati kencing di sinki restoran tersebut.
Sebaik rakaman CCTV perbuatan menjijikkan itu diketahui, restoran tersebut terus diarahkan tutup oleh jabatan kesihatan tempatan untuk menjalani pemeriksaan kebersihan dan kesihatan.
Hal ini kerana perbuatan itu dikhuatiri memberi kesan pada pengguna memandangkan sinki sama digunakan untuk mencuci peralatan yang digunakan untuk memasak makanan dan menghidangkannya pada pelanggan.
Pizza Hut Corporation mengesahkan, lelaki dalam video terbabit adalah Pengurus Daerah mereka yang telah dipecat serta merta kerana tidak mengikut standard operasi dan mencemarkan nama baik syarikat.
Bagaimanapun, jurucakap Pizza Hut turut menjelaskan bahawa perbuatan itu dilakukan selepas waktu operasi.
Isu Panas
MERAMAS Payudara untuk Kempen Anti AIDS Di Jepun adalah perkara yang menjolok mata dan tidak bermoral. Perlukah membuat kempen sampai kena ramas payudara?
Sumber dari blog Tao Tau Ajer menyatakan Japan’s Paradise, sebuah saluran televisyen khusus porno menyiarkan acara meramas payudara sebagai sebahagian dari siaran live streaming selama 24 jam bertajuk Erotica Will Save The World di Tokyo pada 25 hingga 26 Ogos lalu.
Hasil dari sumbangan tersebut akan disumbangkan ke sebuah organisasi nirlaba STOP!AIDS yang mengigatkan betapa pentingnya pengetahuan tentang AIDS,dari cara pencegahan sehingga cara merawat penderita AIDS.
Setelah memberikan duit sumbangan dan membersihkan tangan, para peserta yang berumur 18 tahun ke atas diperbolehkan untuk meramas payudara salah satu dari sepuluh bintang porno perempuan Jepun.
Masing-masing peserta diperbolehkan meramas payudara tidak lebih dari dua kali. Kalau rasa tak cukup, deorang perlu memberikan lagi sumbangan untuk meramas lagi payudara bintang porno itu.
Paradise memang terkenal dengan program-program yang aneh dan ‘gila’. Salah satu program yang popular adalah I Will Loose My Virginity, yang menyajikan secara langsung hubungan seks pertama perempuan yang masih perawan.
Pelbagai
KUALA LUMPUR : Murai Batu percaya pasti ramai yang tertanya-tanya apakah keputusan I Am A Singer pada Jumaat lalu setelah Shila Amzah terpaksa bersaing dengan 6 peserta lain termasuklah penyanyi hebat daripada Hong Kong, G.E.M.
Keputusannya adalah Shila berjaya meraih tempat kedua dan sekaligus ia memberikan laluan yang selesa buatnya untuk terus bertanding di dalam program realiti tersebut bagi pusingan seterusnya.
Tahniah Murai Batu ucapkan buat Shila. Apapun, dalam pusingan pada Jumaat lalu, ramai audiens di China yang lebih tertarik melihat persembahan Shila dan G.E.M kerana mereka disifatkan mempunyai cara dan gaya nyanyian yang lebih kurang sama.
Seperkara lagi, sudah 3 kali G.E.M meraih tempat kedua di dalam pusingan I Am A Singer yang terdahulu. Namun, setelah berdepan dengan Shila, G.E.M gagal mempertahankan kedudukannya itu dan hanya berjaya meraih tempat keempat sahaja.
Sewaktu diwawancara pihak media di sana, Shila memberitahu, dai tidak puas apabila hanya dapat menyanyi sekali saja di pentas I AM A Singer. Kalau boleh, dia mahu menyanyi lebih dan mahu memperlihatkan bakat muziknya di platform tersebut.
Takpe Shila, selepas ni Shila akan berpeluang untuk berdepan dengan pesaing lain di dalam pusingan I Am A Singer yang seterusnya. Good Luck Shila….Buat yang terbaik okey!
[Wow] - Hiburan
Sedang asyik mereka berbual2 di situ, tiba2 teman lelakinya nampak cemas dan terus ajak pulang. Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2. Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan. Sebab tulah tak suka balik siang. Kerana terpaksa, dia pun pulang. Kerana dia ni tak ada pantang larang, dia balik, buka pintu, dalam gelap2 dia masuk bilik. Tak cuci kaki, tak cuci muka, terus baring di atas katil.
Tiba2 sedang dia pejamkan mata, dia terdengar bunyi macam orang mengebas cadar, kuat bunyinya. Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke tengkuk. Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor, baca apa pun tak guna. Kemudian dia terdengar bisikan di telinga, “Nak tidur Ju???” Dia tak pasti samada dia dengar “Cu” atau “Ju” iaitu namanya. Walaupun sedang dalam keadaan takut, dengan mata tertutup, dia merangkak di lantai dan menuju ke pintu. Dia tahu selok-belok bilik itu kerana ada katil dan satu almari di tepi sahaja, jadi tengah2 semua kosong.
Namun, semasa merangkak di tengah bilik, dia terlanggar sesuatu. Dia pun apa lagi, terus cepat2 meluru ke pintu dalam keadaan merangkak. Dia terus mengetuk bilik kawannya. Lama juga baru kawannya buka dengan suaminya di sebelah. Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda2 ni, apalagi muka suaminya punyalah berang. Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa terjadi tak payah cerita pun. “Kau pergi mandi sekarang, menyusahkan orang aje bawak benda2 ni balik…”
Sesudah mandi, dan suami kawannya dah halau benda tu keluar, dia nak tidur dalam bilik temannya tapi suami temannya tak benarkan, memang padan muka dia. Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al-Qur’an di tepi kepala, dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap. Berdesing telinganya. Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium…
Misteri Sejarah
Mangsa berusia awal 20-an itu dikatakan disamun di Bandar Baru Nilai jam 7 pagi kelmarin.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian itu, kedua-dua mangsa menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab malam ibu negara dengan mangsa mahu menghantar rakannya pulang ke rumah sewa di bandar berkenaan.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan, sebuah kereta dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita dikatakan mengekori kereta mangsa dan menghimpit kereta mangsa sebaik tiba di laluan sunyi.
“Ketika itu, kereta dinaiki keempat-empat suspek membunyikan hon sebelum melanggar kereta mangsa menyebabkan mangsa yang ketakutan bertindak memecut laju.
“Suspek kemudian mengejar kenderaan mangsa sebelum sekali lagi melanggar keretanya hingga terbabas ke tepi longkang,” katanya.
Katanya, tiga lelaki keluar dari kereta berkenaan lalu memecahkan cermin kereta mangsa sebelum mengarahkan kedua-dua pramugari berkenaan menyerahkan barang berharga.
“Seorang daripada suspek mengambil telefon bimbit rakan mangsa sebelum meraba mangsa menyebabkan wanita itu melawan manakala dua lagi suspek mengarahkan mangsa yang duduk di depan dengan menarik tangannya masuk ke dalam kereta,” katanya.
Menurutnya, rakan mangsa mendapatkan bantuan orang awam untuk membawanya ke balai polis berhampiran bagi membuat aduan.
“Mangsa yang dilarikan suspek itu bukan saja dibogelkan, malah gambarnya turut dirakam ketika berada dalam kereta berkenaan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
Sumber: Harian Metro
Isu Semasa
ALOR SETAR – Kalau nak air ketum ‘power’ anda hanya perlu tambah ubat batuk atau ubat penahan sakit seperti Panadol. Kalau nak lebih sedap, tambah saja minuman cola. Bagi yang brutal, boleh tambah serbuk ubat nyamuk.
Begitulah antara resipi yang orang normal dan berfikiran waras tidak tergamak lakukan tetapi sudah menjadi lazim kepada penagih tegar ketum.
Gejala ketagihan daun ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa Korth mutakhir ini semakin menular dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri Kedah. Tumbuhan jenis herba yang tumbuh meliar itu asalnya digunakan untuk perubatan tradisional bagi merawat kesihatan dalaman badan.
Bagaimanapun, kelebihan daun ketum dilihat semakin menjadi kegilaan ramai dan disalahguna untuk tujuan tidak berfaedah, malah kesannya boleh membawa kemudaratan sepertimana pengambilan minuman beralkohol atau dadah.
Ini berikutan pengambilan daun ketum atau air ketum secara berlebihan akan membuatkan seseorang peminum atau pengamalnya berasa khayal dan memabukkan.
Sebelum ini, ketum tidak begitu popular dan digunakan oleh generasi terdahulu sebagai bahan perubatan tradisional.
Antaranya sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita baru lepas bersalin. Daun ketum akan direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.
Ketum juga dimitoskan mampu merawat ketagihan dadah yang menjadikan seseorang penagih dadah mengambil ketum sebagai bahan alternatif.
Bagaimanapun, perkara itu tiada kesahihannya.
Seorang pengamal herba, Yusoff Ariffin, 50-an berkata, daun ketum dahulunya turut dijadikan penawar bagi penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Menurutnya, orang-orang tua dahulu juga mengamalkan makan daun ketum bersama sirih pinang.
“Dahulu ketum memang diguna semata-mata untuk dijadikan penawar. Air ketum diminum bila perlu, daun pula dimakan bersama sirih.
“Dulu tak ada lagi isu minum air ketum sampai mabuk atau air ketum dicampur dengan bahan lain untuk tujuan memabukkan,” katanya yang juga Pengurus Mazidah Foods and Herbs Industries.
Ketum mudah didapati
Faktor senang diperoleh, mudah ditanam serta penguatkuasaan undang-undang yang ringan dilihat menyebabkan pengambilan ketum secara tidak sihat semakin mendapat tempat terutamanya dalam kalangan orang muda.
Pokok ketum sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh dengan sokongan kesesuaian cuaca khatulistiwa negara ini membolehkan seseorang menanam tumbuhan itu tanpa penjagaan rapi.
Di Malaysia pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003. Ia juga dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana mengandungi mitraginin.
Menurut sumber Wikipedia, mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Akta Racun 1952. Dengan itu pokok ketum juga turut diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Dengan pengisytiharan daun ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003 itu bererti pokok ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun, senario kini mendapati penularan ketum belum dapat dicegah bahkan semakin menjadi-jadi.
Di sekitar negeri Kedah, air ketum yang siap diproses dijual pada harga serendah RM2 sebungkus dengan kuantiti kira-kira 200 mililiter padu.
Manakala daun ketum yang tidak diproses dijual dengan harga 50 sen hingga RM1 satu beg plastik kecil.
Manakala daun ketum yang tidak diproses dijual dengan harga 50 sen hingga RM1 satu beg plastik kecil.
Tinjauan Sinar Harian di sebuah tempat memproses air ketum di Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, mendapati ketum diproses dengan begitu mudah kerana hanya perlu merebus sahaja.
Daun ketum akan direbus kira-kira sejam sehingga mendidih untuk menghasilkan air ketum yang mempunyai rasa asli. Malah, air ketum tersebut juga ada yang dicampurkan dengan bahan-bahan lain untuk menjadikan rasa dan kesannya lebih ‘power’ bagi mereka yang sudah ketagih.
Difahamkan, antara bahan campuran itu seperti ubat batuk, ubat penahan sakit, minuman cola malah ubat nyamuk.
Pengakuan kaki ketum
Tujuan ‘pecah peluh’ atau badan cepat berpeluh supaya berasa lebih segar dan sihat adalah alasan yang biasa diberikan oleh pengamal ketum.
Namun, sekiranya sering dijadikan amalan ia akan menjadi satu ketagihan. Malah, air ketum juga boleh mengkhayalkan sehingga seseorang peminum itu berasa ringan kepala atau badan serta berasa lebih tenang.
Seorang peminum ketum yang mahu dikenali sebagai Waafi, 28, berkata, dia mula terjebak dengan gejala minum ketum sejak empat tahun lalu selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.
Menurutnya, pada mulanya dia sekadar mahu mencuba selepas diberitahu air ketum boleh menjadikan seseorang itu lebih bertenaga dan sihat.
“Awalnya saya cuba sikit saja, memang rasa pahit tapi saya minum juga sebab nak bagi badan berpeluh dan sihat. Masa itu pun tak selalu minum, kalau ada kawan ajak baru saya minum.
“Bila dah lama, memang jadi ketagihan… setiap hari mesti nak minum, kalau tak minum rasa tak sedap duduk. Selagi tak minum selagi itu tak dapat buat kerja dengan tenang,” katanya yang juga seorang pemandu jentera menuai padi.
Bagaimanapun tambah Waafi, sehingga kini dia tidak terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan supaya mencuba air ketum yang dicampur dengan bahan-bahan lain.
“Ramai kawan yang campur air ketum dengan ubat batuk atau Panadol. Biasa mereka minum dan mabuk, saya tak berani…sebab saya kerja mesin padi, bahaya kalau mabuk,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pengambil ketum, dikenali sebagai Mazri, 53, pula tidak mengamalkan minum air ketum sebaliknya hanya makan daun ketum.
Menurutnya, amalan yang diamalkan sejak lebih 10 tahun lalu itu sudah sebati dalam kehidupan hariannya, malah dia akan membawa bekalan daun ketum ke mana-mana sahaja.
“Rasa daun ketum seperti daun jambu batu saja, cuma rasanya lebih pahit sedikit. Kalau makan daun ketum tak ada sampai mabuk atau pening.
“Pada mulanya saya makan untuk pecah peluh, badan rasa sihat dan sedap buat kerja sebab rasa bertenaga. Lama-lama jadi macam tabiat, setiap hari mesti rasa nak kunyah daun ketum.
“Saya ada niat nak berhenti makan, tapi setakat ini gagal. Mungkin sebab daun ketum senang dapat, harga pun murah,” katanya.
Bagaimanapun Mazri berkata, dia menasihatkan orang lain di luar sana supaya tidak mencuba makan atau minum air daun ketum kerana boleh menjadi satu ketagihan.
Penguatkuasaan ketum, banteras penularan
Awal bulan lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyorkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya daun ketum dimasukkan dalam Jadual
Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi membolehkan hukuman berat seperti penyalahgunaan dadah dikenakan kepada pemilik, pengedar dan pengguna.
Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 bagi membolehkan hukuman berat seperti penyalahgunaan dadah dikenakan kepada pemilik, pengedar dan pengguna.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata langkah itu perlu kerana daun ketum iaitu sejenis tumbuhan yang boleh mengkhayalkan seperti dadah, kini mula diseludup ke Thailand dan Singapura. Daun ketum hanya tumbuh liar di Malaysia.
Kita tidak mahu Malaysia menjadi hab dadah untuk ketum.
Hingga kini pesalah yang mengedar, memiliki dan menggunakan daun ketum itu hanya dikenakan denda sedangkan polis menyifatkan tumbuhan itu sebagai dadah yang boleh membawa kepada ketagihan dan memudaratkan penggunanya. Malaysia menetapkan penjualan daun ketum boleh didakwa mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum 4 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Noor Rashid berkata jika daun ketum dimasukkan dalam Jadual Satu ADB, polis boleh mendakwa pesalah berkenaan mengikut Seksyen 39 B Akta ADB 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
Noor Rashid berkata jika daun ketum dimasukkan dalam Jadual Satu ADB, polis boleh mendakwa pesalah berkenaan mengikut Seksyen 39 B Akta ADB 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.
“Kini jika pokok ketum itu ditanam seperti ladang di belakang rumah seseorang pun kita tidak boleh ambil tindakan kecuali apabila mereka mengedar dan menjual daun itu kepada pihak lain, barulah ia menjadi kesalahan,” katanya.
KDN pertimbang perundangan baru atasi isu ketum
Susulan itu, KDN turut mempertimbangkan tiga kaedah untuk mengawal penjualan dan pengedaran daun ketum, yang dianggap sebagai tumbuhan mengkhayalkan seperti dadah, termasuk menggubal akta baru untuk mengawal penanaman tumbuhan itu.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain menggubal undang-undang, dua lagi kaedah yang boleh diambil ialah menguatkuasakan undang-undang sedia ada dengan memasukkan daun ketum sebagai bahan dalam Jadual Satu Akta Dadah Berbahaya atau mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas).
“Ketiga-tiga perkara ini masih dalam perbincangan terperinci di peringkat kementerian dan satu kajian sedang dijalankan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga sudah meminta pegawai perundangan daripada kementerian dan Jabatan Peguam Negara untuk turut meneliti perkara itu termasuk mengkaji satu perundangan di Thailand berkaitan penguatkuasaan daun ketum untuk diadaptasikan di negara ini.
Beliau berkata, hasil intipan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis juga mendapati daun ketum banyak ditanam di kawasan utara Semenanjung dan pihaknya serius untuk menangani masalah penyalahgunaan daun ketum kerana didapati 75 peratus pelaku jenayah menggunakan dadah.
Menurutnya, penasihat undang-undang KDN juga sedang meneliti secara terperinci langkah penguatkuasaan berkaitan salah guna daun ketum termasuk undang-undang yang dilaksanakan di Thailand. Kajian itu dilakukan bersama-sama penasihat undang-undang PDRM dan Jabatan Peguam Negara.
“Ada tiga langkah yang akan kita lakukan. Pertama, memperkukuhkan undang-undang dadah berbahaya yang ada sekarang atau langkah-langkah pencegahan khas atau mewujudkan undang-undang baharu berkaitan penanaman, pengedaran dan penggunaan daun ketum.
“Kita yakin undang-undang yang telah diguna pakai di Thailand adalah berat dan kita akan meneliti undang-undang berkenaan untuk disesuaikan dengan acuan perundangan Malaysia. Penanaman dan salah guna daun ketum banyak melibatkan kawasan di utara Semenanjung Malaysia,” katanya.
Gesa Parlimen gubal segera akta daun ketum
Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) menggesa Parlimen menggubal akta bersesuaian berhubung penggunaan daun ketum dan aktiviti menghidu gam, yang disifatkan sebagai ancaman kepada generasi muda, selain penyalahgunaan dadah.
Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Yunus Pathi berkata, perkara itu wajar diberi perhatian kerana kedua-dua bahan terbabit mudah didapati, selain dikenal pasti sebagai langkah awal golongan itu terjebak dengan penyalahgunaan dadah.
“Sebelum ini, Pengasih sudah pun menyeru kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap isu ini, dengan mewujudkan peruntukan undang-undang penggunaan daun ketum dan hidu gam. Saya harap ia disegerakan dan dibawa bincang di Parlimen,” katanya.
Mengulas ketiadaan peruntukan undang-undang tertentu di mana hanya wujud kesalahan bagi memiliki air daun ketum bawah Akta Racun, Mohd Yunus berkata, Jabatan Peguam Negara dan Parlimen wajar mengkaji semula undang-undang berkaitan penyalahgunaan daun ketum agar dipinda kepada Akta Dadah Merbahaya.
“Isu ini perlu dikupas lebih lanjut oleh Anggota Parlimen, saya juga harap agar proses penguatkuasaan dipercepat kerana ia serius berbanding isu lain,” katanya.
Menurutnya, pencegahan melalui perundangan amat perlu selain saluran pendidikan, dengan menganjurkan seminar kepada ibu bapa dan guru agar lebih memahami tentang bahaya kedua-dua bahan berkenaan.
“Kebiasaan, penagih dadah akan mencuba bahan-bahan yang mudah didapati seperti daun ketum. Daun Ketum banyak tumbuh di utara terutama di kawasan sawah dan ia masih lagi tiada tindakan dari aspek perundangan atas penanaman pokok ini,” katanya.
MB Perlis nasihati penduduk musnah ketum
Menteri Besar Perlis, Azlan Man kecewa sikap segelintir penduduk di negeri itu yang giat menanam pokok ketum sebagai pendapatan sampingan di sebalik untuk tujuan perubatan.
Tegas Azlan, beliau tidak mahu Perlis nanti terkenal sebagai negeri `pengeksport’ ketum berikutan sudah terdapat banyak laporan berita di media cetak dan media elektronik mengenai aktiviti penyeludupan daun ketum di kawasan bersempadan Perlis dengan wilayah selatan Thailand.
“Saya menasihati penduduk di negeri ini terutama di kawasan luar bandar supaya tidak menjadikan tanaman ketum atau biak sebagai sumber pendapatan keluarga masing-masing kerana air ketum yang telah dicampur dengan bahan-bahan lain termasuk serbuk mentol lampu atau ubat nyamuk berbahaya kepada mereka yang meminumnya.
Tanam pokok stevia ganti ketum
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penanaman pokok ketum boleh dihentikan kerana ada tanaman alternatif iaitu stevia yang boleh diproses serta menjana pendapatan lumayan dalam masa singkat. Ia perlu bagi menangani kewujudan ladang ketum khususnya di Kedah. Daun pokok stevia boleh diproses sebagai bahan menggantikan gula dan ini boleh mengelak orang ramai terus menanam pokok ketum.
“Kita wajar membangunkan industri tumbuhan stevia khususnya di negeri ini yang mempunyai tanah dan cuaca yang sesuai. Ia boleh bangunkan secara besar-besaran,” katanya.
Kedah bakal ikut jejak langkah fatwakan peraturan ketum
Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perbincangan ke arah memperhalusi fatwa berhubung penyalahgunaan ketum akan dilaksanakan berikutan gejala ketagihan air ketum semakin serius di negeri itu terutamanya di kawasan pedalaman.
“Jika dulu penggunaan daun ketum bertujuan untuk rawatan tradisional namun anak muda sekarang terlebih pandai mengubahsuai ramuan termasuk mencampurkan ubat penahan sakit, ubat batuk. Daun ketum yang direbus walaupun tidak dicampur juga boleh menyebabkan ketagihan kerana mengandungi getah,” katanya.
Sementara itu, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, Majlis Fatwa Negeri Kedah juga pernah membincangkan mengenai pengharaman air daun ketum. Mesyuarat pada 3 Oktober 2005 telah memutuskan bahawa meminum air daun ketum sehingga memabukkan dengan dicampurkan dengan bahan yang lain, hukumnya haram.
“Ketum pada asal hukumnya adalah harus kerana masyarakat menggunakannya untuk perubatan herba atau tradisional. Tetapi telah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat ,” katanya. - Sinar Harian Online
Isu Semasa
Miri – Kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat hubungan cinta terputus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak menyebarkan gambar bogel dan video bekas teman wanitanya dalam keadaan mengaibkan sejak seminggu lalu.
Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini, memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya sejak awal bulan ini kerana tidak tahan sikap panas barannya.
Tindakan wanita terbabit menolak permintaan kembali menjalinkan hubungan menyebabkan lelaki berusia 35 tahun itu berang dan menyebarkan gambar bogel mangsa di laman sosial.
Sumber berkata, mulanya mangsa tidak mengendahkan ugutan lelaki terbabit sehingga pada Rabu lalu dia menerima pesanan melalui WeChat dari seorang rakan yang ternampak gambar bogelnya dimuatkan dalam Facebook.
Lebih teruk, katanya, lelaki terbabit turut membuka sebuah lagi akaun Facebook untuk menyebarkan gambar bogel dan video lucahnya selain turut dimuatkan ke YouTube.
“Mangsa menghubungi lelaki itu, namun dia menafikan bertanggungjawab mengenai penyebaran gambar dan video lucah berkenaan.
“Temberang lelaki itu terbongkar apabila dia memarahi mangsa dan memaklumkan penyebaran gambar bogel dan video lucah sebagai balasan tindakannya memutuskan hubungan mereka,” katanya.
Berikutan itu mangsa ditemani seorang rakan membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut, kelmarin. – myMetro Online
Isu Semasa
Pelakon Hanez Suraya menjelaskan bakal suaminya yang dikenali sebagai Mr. R adalah seorang duda anak dua dan bukannya suami orang seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Minggu lalu, Hanez, 29, membuat pendedahan di media bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka yang dikenalinya sejak tiga bulan lalu.
Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Hanez berkata dirinya telah difitnah oleh bekas isteri kepada kekasihnya itu.
“Sebenarnya lelaki itu adalah seorang duda anak dua ketika kami mula berkawan dan bukan suami orang seperti yang didakwa. Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam-macam selepas saya mendedahkan untuk berkahwin baru-baru ini?
“Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang kenapa keluarga lelaki itu memberi restu dan dia sendiri yang melamar saya? Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Hanez sebelum itu juga pernah dilihat berkongsi gambar dengan anak-anak kekasihnya di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon cantik ini juga dijadualkan bakal mengadakan satu sidangmedia Khamis ini bagi memperjelaskan isu ini kepada peminatnya di luar sana.
Hong Kong yang mempunyai populasi tujuh juta orang merupakan bekas jajahan koloni British dan memiliki kawasan seluas 426 batu persegi yang menyebabkan harga hartanah melambung tinggi.
Satu apartmen dengan satu bilik boleh mencapai sewa 1,240 pound (RM6,850.13) sebulan.
Seorang pesara buruh, Tai Lun Po, 79, telah ‘menginap’ di dalam kandangnya selama 30 tahun.
“Saya terpaksa tidur meringkuk kerana saiz ruang terlalu kecil,” katanya.
Menurutnya, beberapa 'kandang' akan disusun secara bertingkat di dalam sebuah bilik gelap dan panas, laporan dipetik dari CNA.
Global
KOTA KINABALU - Tindakan seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) melakukan pusingan U di sebuah lampu isyarat mengundang padah apabila kereta dipandunya itu dirempuh sebuah bas ekspres di Jalan Tuaran By Pass di sini kelmarin.
Kejadian pukul 8 malam itu menyebabkan pelajar UMS yang memandu kereta jenis Perodua Viva tersebut, Shahzwan Hazlami Sharidzuan, 23, dan penumpang, Nurashila Abdullah, 23, yang juga merupakan pelajar UMS maut setelah kenderaan itu diseret sejauh 70 meter selepas dirempuh bas berkenaan
Shahzwan yang berasal dari Sandakan dekat sini dan Nurashila dari Miri, Sarawak meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments