Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Pelakon jelita Korea, Ha Nak Yung baru-baru mengalami saat-saat memalukan apabila beliau tersadung kakinya hingga terjatuh di karpet merah.
Pada 30 November lalu, pelakon tersebut telah menghadiri, 33rd Blue Dragon Film Awards. Belia hadir dengan memakai baju yang mengikut potongan badannya dan memiliki potongan di dada yang amat luas.
Ketika berjalan di karpet merah, akibat terpijak baju sendiri, Ha Na Kyung terjatuh hingga bajunya sedikit terselak dan menampakkan puting payudaranya.
Kejadian tersebut sempat dirakamkan oleh beberapa jurugambar yang ada di situ. Natijahnya foto tersebut mula tersebar di internet.








Selepas kejadian memalukan itu, Ha Na Kyung, melalui twitternya memohon maaf ke atas apa yang telah terjadi. Beliau menulis, "Pertama, saya memohon maaf. Saya hadir dengan hati yang gembira, malangnya ianya berakhir dengan insiden yang memalukan. Saya akan terus berhati=hati di masa hadapan."

Kamil Mezalka (21)dari Florida ialah seorang pedofil yang dikehendaki polis kerana dipercayai menyinpan ratusan bahan lucah kanak-kanak bawah umur. Rumah Kamil diserbu FBI selasa lalu dan beliau pada awalnya memberikan kooperasi sepenuhnya kepada pegawai FBI yang mencari bukti. 

Kemudian secara tiba-tiba Kamil berlari masuk kedalam bilik tidur beliau dan menguncinya dari dalam. Apabila pintu dipecahkan, pegawai FBI terkejut apabila melihat Kamil yang hanya memakai seluar dalam sedang cuba memusnahkan komputer beliau dengan menggunakan sebilah pedang samurai. Cubaan beliau walaubagaimanapun gagal kerana pihak forensik FBI masih berjaya menjumpai ratusan gambar lucah kanak-kanak bawah umur dari cakera keras komputer Kamil. FAIL!


On a side note bulan lepas Kamil dipuji pihak polis Florida kerana mempertahankan ibu beliau dari diserang bapa tirinya. Dalam insiden tersebut Kamil menyelamatkan ibu beliau yang sedang dicekik dan diacu pistol dengan menggertak bapa tiri beliau dengan menggunakan pedang samurai yang sama. 


Laporan asal JournalOnline
LOKI1

Pastinya ‘die hard fan’ pelakon Tom Hiddleston yang memegang watak Loki dalam filem Thor berasa cemburu dengan penyanyi K-Pop, Tiffany daripada kumpulan SNSD.

Ini semua gara-gara sekeping gambar mesra aksi spontan Loki mencium kepala Tiffany di saat mereka bertemu dalam program Mnet Wide.

Nampaknya tahap populariti di antara Loki dan Thor, lebih ramai wanita yang jatuh hati dengan Loki lagi.

Mungkin disebabkan watak Loki yang sentiasa berlagak sinis menerusi filem itu berjaya menambat hati para peminatnya di luar sana.
Bad boy over good boy, huh?

Tak kisahlah Loki ke Thor ke, yang penting filem itu kini sedang menduduki takhta filem terlaris di seluruh dunia.

Namun, satu yang pasti membuatkan peminat jatuh hati kepada Hiddleston ialah cara ketawanya yang unik, yang sekali gus menjadi trademark kepada pelakon kelahiran London ini.

LOKI

penguatkuasa 1

KUANTAN – Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mati selepas terkena tiga das tembakan di rumahnya di Indera Mahkota 2 dekat sini hari ini.

Menurut sumber polis, Raflie Ab Malik (Gambar bawah) dipercayai mati di tempat kejadian kira-kira 2 petang.

“Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu,” kata sumber polis kepada Bernama di sini.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.

“Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah,” katanya.
Beliau berkata polis masih menyiasat kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA

RaflieJAIP

HACKERS

Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika (FBI) telah menawarkan sebanyak USD100,000 (RM317,750) kepada mana-mana pihak yang dapat memberikan maklumat mengenai lima penggodam yang paling dikehendaki oleh lembaga penyiasatan tersebut.

Senarai nama lima penggodam tersebut juga telah diedarkan oleh FBI dalam usaha mereka untuk menjejaki penjenayah siber  berkenaan.
Dua daripada mereka yang paling dikehendaki itu berasal dari Pakistan, dikenali sebagai Farhan Arshad dan Noor Aziz Uddin.

Mereka dipercayai terlibat dalam sistem penggodaman telekomunikasi antarabangsa di antara tahun 2008 sehingga 2012.
Farhan dan Noor Aziz dikatakan mendapat capaian ke dalam sistem komunikasi perniagaan, sekali gus berjaya memperoleh USD50 juta hasil aktiviti haram itu.

FBI percaya aktiviti mereka turut dijalankan bukan sahaja di Pakistan, sebaliknya termasuk di Filipina, Arab Saudi, Switzerland, Sepanyol, Singapura, Itali dan Malaysia.
Penggodam ketiga yang paling dikehendaki ialah Carlos Perez-Melara, di mana dia menggunakan modus operandi dengan mencuri segala maklumat sulit mengenai pelanggannya.

Perez-Melara telah memperkenalkan satu laman web penipuan yang diwujudkannya iaitu ‘catch a cheating lover’, kemudiannya apabila pelanggan memuat naik program tersebut di komputer tersebut, secara tidak langsung maklumat peribadi dan sulit mereka akan terdedah kepadanya.

Keempat ialah Andrey Nabilebich Tamme, yang dipercayai terlibat dalam sistem yang dinamakan sebagai ‘Operation Ghost Click’ yang telah menggodam lebih empat juta komputer di 100 negara di antara tahun 2007 sehingga Oktober 2011.
Di Amerika sahaja, sebanyak 500,000 mangsa dilaporkan telah tertipu dengan helah yang digunakan oleh Tamme.

Akhir sekali ialah Alexsey Belan, yang dikehendaki kerana secara haram memasuki rangkaian data tiga syarikat yang berpangkalan di Amerika, kemudiannya mencuri maklumat data serta identiti pekerja syarikat tersebut bermula pada 2012 sehingga tahun ini.


Lagi gambar Attar, bayi lelaki Aeril Zafrel dan Wawa - Sejak dihimpit kontroversi akibat merahsiakan berita perkahwinan pada  4 Februari lalu, pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini terus menjadi perhatian dan bualan orang ramai.

Pun begitu, Aeril Zafrel tidak terus membiarkan dirinya tertekan dan bersedih. Beliau menerusi akaun Twitternya telah mengeluarkan satu kenyataan berbunyi jika nama anaknya, Attar menjadi trending di Twitter, maka dia akan berkongsi foto terbaru bayi comelnya itu kepada peminat.

Walaupun pada awalnya hanya sekadar bergurau namun Aeril terpaksa akur dengan populariti anaknya selepas Attar menduduki carta kedua trending di Malaysia sepanjang hari ini.



Kejayaan nama Attar dalam trending di Twitter membuatkan peminat menuntut Aeril untuk menepati janjinya berkongsi gambar terbaru Attar atau nama sebenarnya Ahmad Fakharuddin Attar. Jom layan sekeping gambar bayi lelaki Wawa Zainal yang amat comel.



KAJANG: Pelakon Fizo Omar sah bergelar suami kepada anak pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan telah berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights di sini kira-kira pukul 9.30 pagi, Ahad.
Acara tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Akad nikah telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan disaksikan oleh dua orang saksi iaitu Wan Zamani Wan Omar dan Azreen Bajuri.

Pada majlis tersebut, Mawar, 24, turut menerima mas kahwin sebanyak RM506 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, dan Mawar terdahulu mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.

Rombongan pengantin lelaki diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi selain tujuh selebriti lelaki iaitu Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Kamal Adli, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Johan As'ari dan Shaheizy Sam ditugaskan untuk membawa dulang hantaran.

mStar

Los Angeles: Empat orang didakwa menculik, menyeksa dan mengerat kemaluan seorang pemilik tempat penyimpanan ganja perubatan bagi memaksa mangsa mendedahkan tempat simpanan perniagaan dadahnya.

Tertuduh percaya mangsa menyembunyikan sejumlah besar wangnya di kawasan terpencil padang pasir.

Bagaimanapun penjenayah terbabit tidak menyangka bahawa mereka tersilap menilai mangsa kerana lelaki terbabit bukanlah pengedar dadah, sebaliknya cuma ahli perniagaan yang menjalankan perkhidmatan penyimpanan ganja berlesen.

Dua daripada suspek, Ryan Anthony Kevorkian, 34, dan Naomi Josette Kevorkian, 33, ditahan di Fresno, tengah California semalam, sehari selepas defendan ketiga Hossein Nayeri, 34, ditahan di Republik Czech.

Pihak berkuasa berkata, pada awalnya Hossein melarikan diri dari AS ke Iran selama beberapa bulan tetapi ditahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) ketika cuba melawat keluarganya di Sepanyol.

Kyle Shirakawa Handley, 34, dalang yang dituduh dalam kes penculikan itu sudah ditahan sejurus selepas insiden tersilap mangsa itu berlaku Oktober lalu.

Setiap suspek didakwa atas tuduhan menculik, melakukan kekacauan, penyeksaan dan mencuri dengan hukuman tambahan kerana menyebabkan kecederaan parah pada tubuh. Semua mereka ditahan tanpa dibenar diikat jamin dan berdepan hukuman maksimum penjara seumur hidup tanpa parol jika disabitkan kesalahan.

Mangsa - yang dirahsiakan identitinya oleh pihak berkuasa - adalah pemilik tempat penyimpanan ganja sah yang mewah di California.

Ganja itu disimpan untuk tujuan perubatan. Mangsa terselamat daripada dicacatkan tetapi terpaksa dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang lama. Polis berkata, suspek melarikan diri bersama potongan kemaluan mangsa supaya ia tidak dapat disambung semula. Menurut polis, rancangan penculikan itu dibuat selepas mangsa membawa beberapa penanam ganja yang menjadi pembekal kepada tempat penyimpanannya, termasuk Handley untuk percutian mewah hujung minggu ke Las Vegas. - Reuters

Tulungagung: Penduduk di Tulungagung, Jawa Timur digemparkan dengan foto panas penyanyi dangdut Ratna Dewi atau Dewi Permatasari. 

Foto Dewi, 22, yang berasal dari Ngantru itu tersebar di Internet, termasuk melalui Facebook.

Terdapat pelbagai aksi dalam foto yang dimuat turun itu, termasuk foto yang menunjukkan penyanyi terbabit tidak memakai seurat benang pun. Dikhabarkan bahawa foto itu kononnya dimuat turun oleh bekas kekasih penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun, kemunculan foto itu mendapat kecaman banyak pihak selepas dikongsi dalam kumpulan ‘Tulungagung Sparkling’ di Facebook. Pentadbir kumpulan itu turut mengingatkan ahlinya agar tidak berkongsi foto tidak senonoh bagi mengelakkan akaun mereka disekat.

“Ahli kumpulan ini diberi amaran agar tidak berkongsi foto tidak sopan walaupun untuk koleksi peribadi. Tolong laporkan kepada kami agar foto seumpamanya disekat,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi

New York: Nampaknya serangan dan kutukan terhadap pengguna Instagram yang kemaruk mengambil gambar sendiri bukan ‘jenayah’ sebenar di lawan sesawang perkongsian gambar popular itu.
Maklumat terbaru menunjukkan Instagram turut dimanfaatkan peniaga dadah sebagai perantara untuk berhubung dengan pelanggan masing-masing.

Ada pemilik akaun Instagram menggunakan laman sesawang itu untuk menjual dadah dengan memuat turun foto produk mereka.
Pelanggan kemudian menghubungi mereka melalui laman berkenaan.

Dan dengan laporan penjualan dadah kini kian berkembang, Instagram berkata, pihaknya sudah melaksanakan penyaringan bagi menyekat aktiviti haram itu.

Aktiviti Instagram mungkin turut bertanggungjawab terhadap penutupan laman Silk Road yang menjadi hab jualan haram dadah serta senjata api oleh Biro Siasatan Persekutuan pada Oktober lalu. Pengedar memuat naik imej produk mereka dengan dipaut pada hashtag tertentu bagi memudahkan pembeli mengesannya. - Agensi
Aivern Loo

KUALA PILAH – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam bilik tidur ibu bapanya, di Taman Pilah Perdana, di sini, kelmarin.
Mayat Aivern Loo, 21, pelajar tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui ibunya, Lee Tai Giok, 56, kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurut bapa mangsa, Loo Kwee Wah, 56, Aivern pulang untuk bercuti semester sejak 3 November lalu.

“Seperti biasa, saya dan isteri keluar rumah jam 7 pagi memandangkan saya bertugas sebagai Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Chung Hua, manakala isteri saya bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Ketika itu Alvern sedang tidur seorang diri di biliknya.

“Namun, pada jam 9 pagi  semalam (kelmarin), saya dihubungi pihak pengurusan dekan UKM memaklumkan Aivern tidak hadir pada sesi perjumpaan di universiti berkenaan berkaitan keputusannya untuk bertukar jurusan,” katanya dekat sini.

Selepas itu, kata Kwee Wah, dia cuba beberapa kali menghubungi anaknya tetapi gagal.  

Curiga dengan keadaan ini, Kwee Wah menyuruh isterinya segera pulang rumah untuk melihat keadaan Aivern.

"Sejurus tiba di rumah jam 12 tengah hari, isteri saya menemui Aivern dalam keadaan tertiarap dengan kepala berselubung plastik putih dan muka berlumuran darah di dalam bilik tidur kami di tingkat atas.

“Isteri saya membuka plastik di kepala Aivern, namun mendapati dia sudah tidak bernyawa sebelum menghubungi saya," katanya.

Sementara itu, Kwee Wah berkata, kejadian itu berkemungkinan ada kaitan dengan permohonan Aivern untuk menukar jurusan pengajian dalam bidang perubatan pada pertengahan Ogos, baru-baru ini.

“Kami menentang sekeras-kerasnya permohonan Aivern untuk menukar jurusan itu tetapi beberapa hari lalu kami mengalah dan bersetuju mengikut kehendaknya. Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan.

“Aivern merupakan anak sulung daripada dua beradik, sementara  adiknya kini sedang menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan perakaunan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati, tali pinggang yang diikat pada gril tingkap di bilik ibu bapa mangsa putus dan dipercayai mangsa menggantungkan diri di situ.

“Tali pinggang tersebut terputus menyebabkan muka mangsa tersembam ke lantai sehingga sebahagian mukanya hampir pecah.

“Tiada kecederaan lain ditemui dan kesemua pintu serta tingkap berkunci sebaik ibunya tiba di rumah, malah tiada kesan pergelutan ditemui. Keadaan di dalam rumah juga tidak berselerak dan tiada barang hilang,” katanya.

Katanya, kes masih disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sinarharian
Hilang dara di hotel bajet

DUNGUN – Perkenalan seorang gadis yang bekerja sebagai pembantu restoran makanan segera di daerah ini dengan seorang jejaka, membawa detik hitam apabila kesucian dirinya dinodai kekasih.
Detik mendukacitakan itu berlaku di sebuah hotel bajet, dekat sini, apabila gadis berusia 19 terbabit  menjadi mangsa kerakusan hubungan luar nikah dilakukan kekasihnya sendiri.

Rahsia gadis terbabit terbongkar dalam serbuan sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Agama Syariah Dungun, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin selepas menerima maklumat mengatakan pasangan menyewa bilik hotel itu berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketika serbuan, pasangan lelaki itu dikatakan membuka pintu, manakala kekasihnya pula difahamkan sempat masuk ke bilik air untuk mandi.

Hasil soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim, sebaliknya lelaki itu datang dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk bertemu kekasihnya yang dikenali setahun lalu sebelum menginap di hotel tersebut.

Lelaki berasal dari Tanah Merah, Kelantan yang bekerja sebagai pekerja swasta di Rawang, Selangor itu sanggup datang ke Dungun untuk melampiaskan nafsu bersama kekasihnya yang juga dari Kelantan, malah mereka dikatakan baru pertama kali memadu asmara dan tidur bersama.

Akibat perbuatan terkutuk itu, pasangan terbabit akhirnya ditahan bagi siasatan lanjut kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Turut dirampas, coli dan seluar dalam wanita itu untuk dijadikan bahan kes dalam prosiding pendakwaan pada awal Disember nanti. Sinarharian

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.
"Syabas pasukan Ops Cantas Bukit Aman... terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM Malaysia," ujar Khalid di laman mikto Twitter miliknya.
Kepala hancur kena tetak

SIMPANG PULAI – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas dia diserang sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang ketika berehat di ruang tamu rumah sewanya di Hala Pulai Timur 7, Taman Chandan Desa di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, S Susindran, 22, maut di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan serius akibat tetakan di bahagian kepala.

Saksi kejadian, Kiah, 60, berkata, dia terkejut melihat sekumpulan lelaki bertopeng dan memegang parang keluar dari kereta Proton Perdana berwarna hitam yang berhenti di hadapan rumahnya.

Katanya, dia terus berlari masuk rumah dan kemudian terdengar suara seorang lelaki menjerit meminta tolong.

“Masa itu makcik sedang membersihkan tong ikan. Pada mulanya makcik tidak kisah kereta terbabit berhenti tetapi melihatkan semua yang menaikinya bertopeng dan bersenjata, makcik terus berlari masuk dalam rumah.

“Selepas mereka pergi, seorang pemuda menelefon polis dan ambulan. Makcik diberitahu seluruh lantai rumah mangsa dipenuhi darah,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam kira-kira jam 3 petang dan anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang wanita berusia awal 30 an dipercayai penyewa di rumah berkenaan menyaksikan mangsa diserang empat lelaki terbabit.

“Ketika kejadian, wanita terbabit diacukan parang dan diugut supaya mendiamkan diri.

"Wanita itu kini ditahan untuk diambil keterangan dan suaminya sedang dikesan bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Ahmad Termizi berkata, pada jam 3.15 petang, kumpulan terbabit dikesan berlegar di Taman Song Choon yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian, dipercayai sedang mencari seorang lagi mangsa.

“Kita percaya kumpulan itu adalah kumpulan sama cuba mencari seseorang di taman terbabit namun gagal.

“Kita menerima laporan polis menyatakan lelaki terbabit menaiki kenderaan sama, memegang parang yang masih berdarah ketika berada di Taman Song Choong,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kes terbabit mempunyai unsur-unsur dendam.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sinarharian
Lady Gaga

PENYANYI Lady Gaga berkata, dia hampir ketagih ganja selepas mengalami kecederaan di pinggangnya tahun lalu.

Seperti dilapor contactmusic.com, ganja dapat melegakan kesakitan yang dialaminya terutama selepas menjalani pembedahan.

"Saya telah merokok dengan kuat sehingga lima belas hari kerana ingin mengurangkan kesakitan yang saya alami," katanya.

KUALA LUMPUR: Pelakon Hanez Suraya menafikan khabar angin yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik terhadap hidungnya bagi kelihatan lebih cantik.

Hanez, 29, berkata, dia percaya ada pihak yang menyebarkan berita tersebut dan cuba menjatuhkan reputasinya dalam industri seni.

"Cerita ini tidak benar, saya ke Bali baru-baru ini adalah untuk bercuti dan bukan kerana melakukan pembedahan hidung.

"Saya tahu ada individu yang sebarkan berita palsu ini dan cuba memburukkan nama saya dalam industri," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Media Prima Screening 2014, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, Jumaat.

Hanez berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik keatas hidungnya di sebuah pusat kecantikan di Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, Hanez berpendapat tidak salah bagi individu yang ingin melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik dan ia suatu perkara normal dewasa ini.
"Bagi saya pembedahan plastik sudah jadi satu perkara normal bagi sesetengah orang. Kalau seseorang itu buat pembedahan plastik untuk cantik, kenapa tidak? Itu adalah hak masing-masing," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang lakonannya dalam drama popular I Love You Mr.Arrogant, Hanez berkata, dia dibenci peminat gara-gara watak antogonis yang dibawanya itu.

"Watak Sherry beri impak yang besar kepada saya, sehinggakan ada peminat yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya.
"Ada juga yang menyamakan watak Sherry tu dengan diri saya misalnya dari segi perangai dan pakaian yang seksi. Saya harap penonton tidak terus membuat persepsi begitu", katanya.
Noh Salleh

SHAH ALAM: Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, menganggap perubahan isterinya Mizz Nina kearah mendalami ajaran Islam adalah suatu perkara yang sangat menyentuh hatinya sebagai seorang suami.

Noh, 28, berkata, dia sentiasa menyokong apa juga tindakan isterinya terutama ke arah kebaikan dalam rumah tangga mereka.

"Dia tahu apa yang dia lakukan dan sebagai suami sudha tentu saya menyokong apa yang dia buat jika perkara tersebut ke arah kebaikan kami berdua.

"Baru-baru ini dia ada mendaftarkan kami untuk kelas mengaji Al-Quran dan ada ketikanya dia meminta saya membaca Al-Quran selepas solat. Perkara-perkara yang dia lakukan itu membuatkan saya terharu," katanya kepada mStar Online.

Noh bersama isterinya Mizz Nina

Bagaimanapun, jelas Noh, Mizz Nina tidak pernah memberitahunya tentang tindakannya untuk berhijrah.

"Dia tidak pernah beritahu saya tentang dia ingin berhijrah atau bertudung. Itu antara dia dengan Allah dan semua yang dilakukan adalah atas kehendak dirinya sendiri.

"Tentang bertudung, dia ada cuba-cuba untuk pakai sebelum kami menunaikan Haji, tapi sekarang saya tidak tahu sama ada dia ingin terus memakai atau tidak, biar dia buat keputusannya sendiri," katanya.

Bercerita tentang pengalaman menunaikan Haji baru-baru ini, Noh berkata, ia adalah satu pengalaman manis dalam hidupnya.

"Pengalaman paling bermakna ialah ketika di Arafah yang mana saya berdoa dengan Nina.
"Sebenarnya kami tak pernah jangka dapat menunaikan Haji secepat ini. Perancangan tu ada tapi saya anggarkan dalam tiga tahun lagi sebelum dapat anak. Bagaimanapun saya rasa sangat bersyukur," ujarnya.
Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memenangi anugerah Wired Celebritiy Award pada majlis Anugerah Shout! Award yang disiarkan secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, pada Sabtu.

Khairy menewaskan beberapa nama popular dalam kategori tersebut seperti Aaron Aziz, Adibah Noor, Sofea Jane dan Yuna.

"Saya terharu dengan kemenangan ini kerana kebiasaannya melihat acara ini hanya di televisyen," katanya pada sidang media Shout! Awards, di sini, Sabtu.
Sementara itu, anugerah utama Shout! Awards iaitu The Ultimate Shout! Award berjaya dimenangi oleh penyanyi rap dan komposer Joe Flizzow.

Manakala, penyanyi Hafiz Suip memenangi dua kategori iaitu Popstar Award dan Power Vocal Award.

Pelakon dan pengacara Zizan Razak pula meraih Favourite TV Personality Awards dan Best On-Screen Chemistry Awards bersama Johan (Jozan).
Pelakon Aaron Aziz dan Nur Fazura mencuri perhatian penonton apabila masing-masing mendapat Hot Guy Awards dan Hot Chick Awards.

Selain itu, kemenangan penyanyi Jay Walia menerusi kategori Break Out Award turut tidak dijangka kerana dapat menewaskan penyanyi popular W.A.R.I.S.

Manakala, Kumpulan Bunkface sekali lagi mengulangi kemenangan tahun lalu dalam kategori Rockstar Award.

Kumpulan KRU ft Stacy pula meraih Music Video Award pada malam anugerah tersebut.
Acara itu dihoskan oleh Razif Hashim dan Natalie Kniese.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Joe Flizzow, Reshmenu, Najwa Latif dan Shane Filan dari kumpulan Westlife.Berikut adalah senarai penuh pencalonan Shout Awards 2013:

Kategori Muzik
1. Rockstar Award: Bunkface
2. Popstar Award : Hafiz
3. Power Vocal Award: Hafiz
4. Flava Award: Mizz Nina Ft Jay Park
5. Music Video Award: KRU ft Stacy
6. Break-Out Award (Best New Act): Jay Walia
7. Best On-Screen Chemistry Award : Zizan Razak dan Johan (Jozan)
8. Fresh TV Series Awards: Sebenarnya Saya Isteri Dia
9. Breakthrough Local Feature Award: KIL
10. Favourite TV Program Award: Versus 2
11. Favourite TV Personality Award: Zizan Razak
12. Coolest Radio Announcer Award: Fara Fauzana
13. Favourite Radio Show Award : Johara Pagi Era
14. Hot Chick Award: Nur Fazura
15. Hot Guy Award: Aaron Aziz

Kategori Sosial Media
16. Wired Celebrity Award: Khairy Jamaluddin
17. Shout Aloud Award: Matluthfi90
18. The Ultimate Shout! Award : Joe Flizzow