KUALA LUMPUR: Pelakon Hanez Suraya menafikan khabar angin yang
mendakwa dia melakukan pembedahan plastik terhadap hidungnya bagi
kelihatan lebih cantik.
Hanez, 29, berkata, dia percaya ada pihak yang menyebarkan berita tersebut dan cuba menjatuhkan reputasinya dalam industri seni.
"Cerita ini tidak benar, saya ke Bali baru-baru ini adalah untuk bercuti dan bukan kerana melakukan pembedahan hidung.
"Saya tahu ada individu yang sebarkan berita palsu ini dan cuba memburukkan nama saya dalam industri," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis Media Prima Screening 2014, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, Jumaat.
Hanez berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin
yang mendakwa dia melakukan pembedahan plastik keatas hidungnya di
sebuah pusat kecantikan di Bali, Indonesia.
Bagaimanapun, Hanez berpendapat tidak salah bagi individu yang ingin
melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik dan ia suatu perkara
normal dewasa ini.
"Bagi saya pembedahan plastik sudah jadi satu perkara normal bagi
sesetengah orang. Kalau seseorang itu buat pembedahan plastik untuk
cantik, kenapa tidak? Itu adalah hak masing-masing," ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas tentang lakonannya dalam drama popular I Love You Mr.Arrogant, Hanez berkata, dia dibenci peminat gara-gara watak antogonis yang dibawanya itu.
"Watak Sherry beri impak yang besar kepada saya, sehinggakan ada peminat yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya.
"Ada juga yang menyamakan watak Sherry tu dengan diri saya misalnya
dari segi perangai dan pakaian yang seksi. Saya harap penonton tidak
terus membuat persepsi begitu", katanya.
No comments
Post a Comment