Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika (FBI) telah menawarkan sebanyak
USD100,000 (RM317,750) kepada mana-mana pihak yang dapat memberikan
maklumat mengenai lima penggodam yang paling dikehendaki oleh lembaga
penyiasatan tersebut.
Senarai nama lima penggodam tersebut juga telah diedarkan oleh FBI
dalam usaha mereka untuk menjejaki penjenayah siber berkenaan.
Dua daripada mereka yang paling dikehendaki itu berasal dari Pakistan, dikenali sebagai Farhan Arshad dan Noor Aziz Uddin.
Mereka dipercayai terlibat dalam sistem penggodaman telekomunikasi antarabangsa di antara tahun 2008 sehingga 2012.
Farhan dan Noor Aziz dikatakan mendapat capaian ke dalam sistem
komunikasi perniagaan, sekali gus berjaya memperoleh USD50 juta hasil
aktiviti haram itu.
FBI percaya aktiviti mereka turut dijalankan bukan sahaja di
Pakistan, sebaliknya termasuk di Filipina, Arab Saudi, Switzerland,
Sepanyol, Singapura, Itali dan Malaysia.
Penggodam ketiga yang paling dikehendaki ialah Carlos Perez-Melara,
di mana dia menggunakan modus operandi dengan mencuri segala maklumat
sulit mengenai pelanggannya.
Perez-Melara telah memperkenalkan satu laman web penipuan yang
diwujudkannya iaitu ‘catch a cheating lover’, kemudiannya apabila
pelanggan memuat naik program tersebut di komputer tersebut, secara
tidak langsung maklumat peribadi dan sulit mereka akan terdedah
kepadanya.
Keempat ialah Andrey Nabilebich Tamme, yang dipercayai terlibat dalam
sistem yang dinamakan sebagai ‘Operation Ghost Click’ yang telah
menggodam lebih empat juta komputer di 100 negara di antara tahun 2007
sehingga Oktober 2011.
Di Amerika sahaja, sebanyak 500,000 mangsa dilaporkan telah tertipu dengan helah yang digunakan oleh Tamme.
Akhir sekali ialah Alexsey Belan, yang dikehendaki kerana secara
haram memasuki rangkaian data tiga syarikat yang berpangkalan di
Amerika, kemudiannya mencuri maklumat data serta identiti pekerja
syarikat tersebut bermula pada 2012 sehingga tahun ini.
No comments
Post a Comment