Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Dalam usaha mengetatkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan hanya rakyat Malaysia yang memerlukan menikmati kelebihan kesemua subsidi, petrol RON 95 yang disubsidi dijangkakan akan hanya boleh dinikmati golongan “yang memerlukan”, atau dengan kata lain, golongan miskin.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan polisi harga baharu ini mungkin akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini, tambah beliau.
Menurut beliau, sesiapa yang tidak layak untuk membeli RON95 pada harga subsidi hanya layak untuk membeli petrol RON97.
“Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95,” jelas beliau.
Harga semasa RON95 ialah RM2.10 seliter (subsidi 63 sen) manakala RON97 pula RM2.80 yang mana harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.
“Malah penduduk dari jiran kita, Singapura dan Thailand juga rakyat asing yang tinggal dan bekerja di negara kita turut menikmati minyak pada harga subsidi,” tambah beliau lagi.
Pendekatan baharu ini masih lagi dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.
Apa kata anda?
Isu Semasa
HANYA kerana telefon iPhone 5Cnya dicuri oleh seorang wanita yang cantik, seorang lelaki dari Jepun telah memaafkan wanita itu kerana mencuri gajet miliknya.
Kecurian telefon itu berlaku ketika lelaki berkenaan, Matsumoto Hiroki melancong ke Bangkok, Thailand.
Identiti siapa pencuri telefon Hiroki terbongkar apabila si pencuri merakamkan gambar sendiri secara ‘selfie’ dengan menggunakan telefon milik Hiroki.
Dia boleh melihat gambar berkenaan daripada aplikasi iCloudnya.
Selepas melihat gambar pencurinya, Hiroki melalui Twitternya pada 10 Januari lepas memberitahu bahawa pencuri telefon pintarnya amat comel.
“Anda boleh menyimpan iPhone selagi kita masih berkawan” kata Hiroki.
Mesej itu diterjemahkan ke dalam bahasa Thailand, dan kemudian dihantar kepada pencuri wanita tersebut.
Selepas mesej itu diterima, Hiroki mendapati terdapat sejumlah gambar lelaki di aplikasi tersebut.
Hiroki kemudian menutup akaun telefonnya.
Disangka pencurinya wanita cantik.. sekali rupa-rupanya si jejaka sama jantina.
Isu Panas
Setiap guru mempunyai etika perguruan yang mesti dipatuhi. Apatah lagi tugas mendidik mesti dilakukan mengikut cara betul kerana ia melibatkan generasi yang bakal mewarisi negara.
Walaupun sesetengah guru mengamalkan hukuman rotan dalam pengajaran, masih terdapat khilaf sama ada kaedah ini sesuai diguna pakai untuk mendidik pelajar.
Bagaimanapun jika merujuk pada tindakan menyuruh pelajar makan rumput, ini terang-terangan satu tindakan yang boleh dikatakan melampau.
Justeru seorang bapa yang terkilan apabila mengetahui perkara ini bertindak membuat laporan polis.
Mengikut laporan polis yang kini tersebar di laman sosial, kejadian berlaku semalam (23 Januari) lebih kurang 3.30 petang di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Sungkai, Perak.
Selain dipaksa makan rumput, anak pengadu bersama seorang lagi rakannya dikatakan turut didenda memakai loceng di leher sebelum gambar mereka dirakam oleh guru terbabit untuk ditunjukkan kepada pelajar kelas lain.
Pengadu turut memaklumkan, guru anaknya memberitahu gambar itu akan dimuatnaik di Facebook jadi dia berasa perkara ini sesuatu yang keterlaluan lalu bertindak membuat laporan polis.
Hm, macam-macam pula cerita membabitkan guru keluar sejak akhir-akhir ini. Apa pun diharapkan ia diselesaikan secara baik. -
Sumber: beliabangkit.blogspot.com
Isu Panas
IPOH – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di lorong kecemasan di Kilometer 315 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata mangsa Kamarul Ariffin Abd Rahman, 43, dari Kampung Gajah dekat sini, cedera parah di bahagian badannya dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata kejadian berlaku pada 10.45 pagi tadi ketika lori itu berhenti di lorong kecemasan kerana sedang diperiksa oleh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum mangsa, yang menunggang motosikal jenis KTM Duke 200, gagal mengelaknya lalu merempuh belakang lori.
“Akibat rempuhan itu anggota JPJ, D. Jal Chandra, 22, cedera ringan di mulut manakala pemandu lori yang berasal dari Kampung Baru Semeling, Bedong, Kedah tidak cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat. – BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
SEPASUKAN pasukan pendakwaan dan pakar forensik antarabangsa telah menemui bukti terbaru penyeksaan dan pembunuhan sistematik yang dilakukan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Wakil CNN, Christianne Amampour mendedahkan perkara tersebut dengan laporan eksklusifnya bersama akhbar The Guardian.
” Bukti ini TIDAK BOLEH DISANGKAL lagi,” kata salah seorang pakar, David Crane dalam laporan berkenaan.
Crane sebelum ini adalah ketua pendakwaan untuk Mahkamah Khas Sierra Leone
Gambar di bawah ini menunjukkan bagaimana tahanan telah dibiarkan kebuluran, dipukul dengan kejam dan diseksa hingga membawa kepada kematian mereka.
Sebanyak 15o mayat individu telah diperiksa, majoritinya berumur dari 20 hingga 40 tahun.
Salah seorang daripada tiga peguam yang menulis laporan itu, Sir Desmond de Silva, yang juga bekas ketua pendakwaan Mahkamah Khas Untuk Sierra Leone menyifatkan apa yang berlaku sama seperti mana mangsa kekejaman Holocaust.
Lihatlah ‘dunia’…
Pelbagai
JUMLAH RM748,000 adalah sangat besar semata-mata untuk sekeping plat kenderaan namun bagi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda tidak kisah kerana tahu duit berkenaan akan ‘kembali’ kepada rakyat.
Menurut kenyataan disiarkan The New Straits Times, jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan manfaat yang diperoleh oleh orang ramai.
Plat nombor W1N titah baginda, didapatkan menerusi cara yang betul iaitu dibida melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dimaklumkan terdapat ramai yang berminat dengan nombor pendaftaran tersebut.
Baginda menyifatkannya sebagai ‘cara Johor’ yang akan mendapatkan sesuatu dengan cara betul dan tidak melangkau prosedur sama seperti orang lain.
Dikenali sebagai pencinta kereta dan mempunyai banyak koleksi kenderaan termasuk kereta mewah edisi terhad, plat nombor W1N bagaimanapun akan dipasang pada kereta tempatan, Proton Suprima S milik baginda.
Tahun lalu, baginda Sultan Johor turut menarik perhatian ramai apabila membeli nombor plat kenderaan WW1 bernilai setengah juta ringgit. No plat yang mahal itu turut digunakan pada kereta tempatan, Proton Satria Neo
[Wow] - Berita Tempatan
Pokok bernama Manchineel diakui sebagai pokok paling beracun di dunia oleh Guiness Records . Kerana berbahaya , pokok ini diberi papan peringatan yang ketara agar orang tidak menghampiri .
Manchineel mengandung racun dalam pelbagai level sehingga digalakkan untuk menjaga jarak dengan pokok itu . Buahnya mirip epal kecil , tapi hanya menggigitnya satu kali anda boleh masuk ICU . Tak hairan buah itu dinamakan manzanita de la muerte alias buah kematian oleh Christopher Columbus .
Nicola H Strickland , perunding radiologi , pernah menjadi mangsa racun pada buahnya yang ternyata rasanya manis . " Lama - lama ada rasa pedas aneh di mulut yang berkembang menjadi terbakar seperti tekak dirobek dan sesak nafas , " tuturnya . Kesannya berlangsung 2 jam yang membuatnya tidak boleh menelan apa-apa dan perlu 8 jam untuk reda kembali ke normal .
Tak hanya buah , getah putih susu pada batangnya juga sangat beracun yang setitisnya saja boleh menyebabkan kulit melecet , bengkak atau luka bakar . Banyak traveller yang mengalaminya saat berteduh dari hujan di bawah Manchineel kerana tidak tahu bahayanya . Getah dari batang yang terbawa titisan hujan pun juga menyebabkan luka .
Manchineel berwana hijau terang , daun bujur dan boleh tumbuh setinggi 50 kaki serta menggunakan buah yang manis sebagai perangkap . Jenis ini biasanya tumbuh di Bahamas , Florida dan Caribbean . Asap dari bahagian Manchineel yang terbakar bahkan juga boleh menyebabkan kebutaan sementara hingga kekal .
Sumber: wowkeren.com
Manchineel mengandung racun dalam pelbagai level sehingga digalakkan untuk menjaga jarak dengan pokok itu . Buahnya mirip epal kecil , tapi hanya menggigitnya satu kali anda boleh masuk ICU . Tak hairan buah itu dinamakan manzanita de la muerte alias buah kematian oleh Christopher Columbus .
Nicola H Strickland , perunding radiologi , pernah menjadi mangsa racun pada buahnya yang ternyata rasanya manis . " Lama - lama ada rasa pedas aneh di mulut yang berkembang menjadi terbakar seperti tekak dirobek dan sesak nafas , " tuturnya . Kesannya berlangsung 2 jam yang membuatnya tidak boleh menelan apa-apa dan perlu 8 jam untuk reda kembali ke normal .
Tak hanya buah , getah putih susu pada batangnya juga sangat beracun yang setitisnya saja boleh menyebabkan kulit melecet , bengkak atau luka bakar . Banyak traveller yang mengalaminya saat berteduh dari hujan di bawah Manchineel kerana tidak tahu bahayanya . Getah dari batang yang terbawa titisan hujan pun juga menyebabkan luka .
Manchineel berwana hijau terang , daun bujur dan boleh tumbuh setinggi 50 kaki serta menggunakan buah yang manis sebagai perangkap . Jenis ini biasanya tumbuh di Bahamas , Florida dan Caribbean . Asap dari bahagian Manchineel yang terbakar bahkan juga boleh menyebabkan kebutaan sementara hingga kekal .
Sumber: wowkeren.com
Pelbagai
Keluarganya yang menonton rakaman yang menunjukkan dia menari berjaya menjejakinya di Yaman.
Nafei Al Daabali, 46, meninggalkan kediamannya di Al Lith enam tahun lalu dan sejak itu tidak pernah pulang.
Kehilangannya mendorong polis dan ahli keluarga melancarkan operasi mencari secara besar-besaran di seluruh negara tetapi gagal mengesannya. Pihak berkuasa Saudi kini berusaha untuk membawanya pulang dengan bantuan polis Yaman dan menyiasat bagaimana dia boleh menyeberang sempadan ke negara itu tanpa pasport.
Seorang ahli keluarganya berkata, Nafei nampak tidak sihat kerana menghadapi masalah fizikal dan psikologi. - AFP
Sumber: Harian Metro
Global
New York – Selepas sekian lama menipu akhirnya penipuan yang dilakukan oleh seorang jurugambar hingga melayakkan dia memenangi anugerah Pulitzer, terbongkar.
Narciso Contreras yang bertugas dengan Associated Press kini telah dibuang kerja selepas mengaku mengubah gambar perang Syria dengan menggunakan photoshop.
Dia menggunakan teknik `cloning’ sebelum menghantar gambar tersebut ke meja AP.
“Saya membuat keputusan yang salah. Saya berasa malu dengannya,’’ katanya.
Menurut Contreras, dia hanya mengubah satu-satunya gambar berkenaan.
Dalam pada itu Naib Presiden dan Pengarah Gambar AP, Santiago Lyon berkata, reputasi AP adalah yang paling utama justeru tindakan tegas perlu diambil kerana ia menjejaskan imeh dan melanggar kod etika agensi tersebut.
Hasil kerja Contreras sebelum ini telah disiarkan di seluruh dunia termasuk The New York Times, Der Spiegel, TIME, dan The Washington Post.
Sejak pendedahan itu juga, AP telah memeriksa semula 494 keping gambar yang diambil oleh Contretas namun tidak menemui sebarang pengubahsuaian.
Ini bukan kali pertama AP terpaksa menarik semula gambar-gambarnya disebabkan oleh manupulasi digital.
Pada 2011, AP telah menarik seluruh siri gambar yang dikeluarkannya selepas jurugambar terbabit menggunakan perisian untuk membuang bayang daripada gambar berkenaan.
Global
Bagi peminat-peminat tegar filem tempatan, pasti cukup mengingati dua filem ‘pecah pangggung’ sekitar 90-an, Sembilu dan Sembilu 2 yang pernah melakar sejarah kutipan tertinggi filem Melayu sebanyak RM4.2 juta dan RM6.1 juta masing-masing.
Filem arahan pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam yang mengisahkan kisah percintaan tiga segi, penuh konflik dan dendam itu telah mencipta fenomena di kalangan khalayak filem Melayu dan seni popular ketika itu.
Bagaimanapun kerinduan peminat-peminat Awie, Wati (Erra Fazira) dan Ziana Zain selama lebih dua dekad bakal terubat apabila ketiga-tiga bintang utama filem berkenaan akan bergandingan dalam satu konsert istimewa diberi nama Konsert Teaterikal Suara Kita.
Rasa keterujaan yang tinggi bukan sahaja akan dirasai para peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert tersebut (3 hingga 9 Mac), malahan bagi Erra juga – heroin dalam filem-filem Melayu hebat itu.
Menurut aktres yang terkenal dengan jolokan Primadona filem Melayu dekad 1990-an ini, beliau tidak pernah membayangkan yang mereka bertiga akan bergandingan semula. Namun beliau amat bersemangat untuk mengembalikan nostalgia peminat terhadap filem tersebut. Lebih-lebih lagi gandingan kali ini akan mengambil tempat di pentas Istana Budaya.
Begitu pun Erra tidak menafikan yang dia juga berasa gusar lebih-lebih lagi apabila dia perlu membuat persembahan nyanyian dalam tempoh yang panjang. Erra akan menyanyikan lagu OST dari sedutan filem popular lakonannya seperti Yang Terindah Hanya Sementara, Pasrah dan Pertemuan.
“Kegusaran pertama dah saya terlerai apabila piha-pihak yang saya perlu jaga hati mereka telah memberi restu untuk saya, Awie dan Ziana dalam merealisasikan konsert ini.
“Tapi timbul kegusaran saya yang kedua, saya kena jadi penyanyi semula. Bergandingan pula dengan dua lagenda ni. Sebabnya saya dah lama tak menyanyi. Memang kadang-kadang saya ada buat persembahan nyanyian tapi tak bukanlah untuk konsert yang besar sebegini. Dengan masa saya yang terhad tapi saya rasa kalau dapat latihan yang cukup, semua itu tak akan jadi masalah”, katanya ketika ditemui pada sidang media konsert tersebut di Istana Budaya, semalam.
Dalam pada itu, Erra juga menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk berlakon dengan Awie terutamanya dalam melakonkan semula babak-babak romantis. Malah dia menantikan untuk melakonkan semula adegan masterpiece filem Sembilu iaitu babak di mana Wati menampar Awie.
“Kami berdua sudah cukup matang dan profesional. Tiada masalah untuk saya dan Awie berlakon bersama. Saat dia buka mulut menyatakan idea projek ni, saya tak ambil masa yang panjang untuk beri kata setuju. Apa yang kami buat ini untuk peminat-peminat. Kita nak kembalikan semula nostalgia mereka.
“Bezanya, kalau dulu Wati seorang remaja. Sekarang ni Wati dah tak berapa remaja (gelak).
“Saya rasa semua orang ingat babak Wati tampar Awie tu. Saya tak sabar nak lakonkan babak itu. Kita ada beritahu pengarah, Eirma Fatima, untuk selitkan babak itu dan beberapa babak lain yang memang peminat nanti-nantikan”, katanya sebelum mengakhiri perbualan. – Malaysian Digest
[Wow] - Kisah Artis
Tennessee – Macam-macam perangai manusia akhir zaman ini. Ada makanan tidak mahu makan sebaliknya beg plastik juga jadi pilihan.
Ketagihan terhadap plastik itu dialami oleh seorang lelaki, Robert, 23, yang bermula sejak dia berusia tujuh tahun dan sehingga hari ini, dia sudah makan kira-kira 60,000 keping plastik.
Jumlah berkenaan mencukupi untuk menutup sebuah padang bola sepak.
Setiap pagi, dia akan makan plastik sebagai sarapan dan gemar memilih beg plastik biru yang sering digunakan untuk mengisi surat khabar.
Setiap pagi, dia akan makan plastik sebagai sarapan dan gemar memilih beg plastik biru yang sering digunakan untuk mengisi surat khabar.
Menurut Robert, beg plastik dengan warna tersebut lebih sedap.
Kadang-kadang Robert sanggup memandu ke seluruh kejiranan itu untuk melihat sama ada jirannya tertinggal beg plastik beg itu di depan rumah mereka.
Dia juga sanggup mencuri plastik lut sinar yang digunakan untuk membalut buah dan sayur di pasar raya.
Robert percaya beg plastik yang berbeza warna mempunyai rasa tersendiri.
Selepas makan plastik itu, dia boleh menahan lapar selama sehari.
Tunangnya, Ashley kini mula risau dengan ketagihan aneh Robert dan mahu dia berhenti sebelum mereka berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi.
Kesabarannya teruji selepas mendapati Robert enggan makan kek sempena pertunangan mereka kerana telah kenyang selepas makan plastik.
Dia juga mula mengadu sakit perut.
Pelbagai
Fenomena salji tidak akan berlaku di Malaysia berikutan suhu sejuk yang melanda negara kini.
Itu jawapan yang diberikan oleh sumber Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi Mynewshub.my, hari ini.
Malah, menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh jabatan itu semalam, kejadian salji di Indonesia juga tidak benar sama sekali.
Ini kerana, adalah agak mustahil untuk negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia untuk mengalami salji kerana suhu udara kedua-dua negara tersebut adalah tinggi sepanjang tahun.
Suhu udara sejuk daripada kebiasaan yang dialami di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang yang berpunca dari Tanah Besar China yang sedang mengalami musim sejuk.
Bulan Januari dan Februari merupakan tempoh suhu minimum agak rendah berbanding bulan-bulan lain dan cuaca sejuk dijangka berlarutan sehingga awal minggu hadapan.
Pada masa yang sama, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi.
Sementara itu, beberapa penduduk di Kuala Krai, Kelantan yang berhadapan dengan suhu sejuk minimun 17 darjah Celcius mengaku mengalami sedikit kesukaran kerana keadaan itu, memetik laporan Berita Harian.
“Biasanya, anak saya mandi air paip pada waktu pagi tanpa masalah. Namun, sekarang, tengah hari pun air paip masih terasa sejuk seperti dicampur ais, membuatkan anak yang baru balik sekolah enggan mandi. Suasana dalam rumah pada waktu malam juga terasa bagaikan dipasang pendingin hawa hingga memerlukan selimut tebal untuk mengurangkan kesejukan.
“Keadaan ini memberi kesan kepada kesihatan suami saya, R Azmi Jaafar, 48, yang mengalami angin ahmar sejak tujuh bulan lalu,” kata seorang surirumah, Rosmanita Zainal Abidin, 42.
Rohaida Mohamed, 36, pula berkata, mereka tidak menghidupkan kipas kerana keadaan kini seumpama menggunakan penghawa dingin.
“Sepanjang masa kalau berjalan dalam rumah pun perlu memakai selipar atau stokin bagi mengurangkan rasa sejuk,” ujarnya
Justeru, diharapkan orang ramai yang sedang menghadapi suhu sejuk di kawasan-kawasan tertentu menjaga kesihatan dengan sebaik-baiknya bagi mengelakkan timbulnya pelbagai penyakit terutamanya di kalangan kanak-kanak dan warga tua.
[Wow] - Berita Tempatan
MEMANG bertuah sungguh Ziana Zain mempunyai anak lelaki yang
benar-benar sayangkan ibunya sehingga meminta penyanyi dan pelakon itu
mengenakan hijab serta menutup aurat.
Muhammad Aiman, 14, yang kini bersekolah di Sekolah Agama Menengah
Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor turut menyuarakan agar
Ziana memakai hijab jika mahu melawatnya di sekolah, memetik laporan GUA.
“Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya;
‘bila Mama nak pakai tudung’? Terkejut juga apabila dia suarakan
perkara itu. Tapi, saya jelaskan kepadanya, jika saya mengambil
keputusan untuk bertudung, biarlah ia datang dari hati dan ikhlas. Bukan
kerana terpaksa. Jadi dia faham. Namun sempat juga ingatkan yang kita
tidak tahu tentang tarikh kematian kita.
Pesan Aiman lagi, kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak
buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia
memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup
lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,” ujar Ziana.
Mengakui bahawa Aiman sudah beberapa kali menegurnya, dia tidak
pernah memarahinya sebaliknya bersyukur kerana yakin anaknya itu akan
dapat membimbing adik-adiknya suatu hari nanti.
Kami harapkan suatu hari nanti hati Ziana akan terbuka untuk berhijab dan diharap agar peminat juga mendoakan yang sama.
Hiburan
TERNYATA video yang sedang hangat tersebar di laman sosial yang menunjukkan salji turun di bahagian Utara di Kepulauan Indonesia buat kali pertama adalah palsu!
Entah bagaimana video yang sebenarnya dimuatnaik pada bulan Ogos
tahun lalu itu tersebar semula sekaligus menjadikan ramai yang percaya
bahawa fenomena itu terjadi baru-baru ini.
Memetik artikel dari laman Western Pacific Weather, rakaman itu hampir menyerupai video laporan palsu mengenai salji yang turun di Mindanao, Filipina beberapa bulan lalu.
Bukan itu sahaja, malah suara ‘pembaca berita’ yang kononnya dari
Chelms Ford News juga hampir sama dan ia menguatkan lagi bukti kepalsuan
video tersebut.
Lebih jelas lagi, pokok pain yang sememangnya bukan jenis tumbuhan tropika tempatan turut dirakamkan.
Biarpun palsu, kedua-dua video ini sudah ditonton lebih satu juta kali oleh pengguna internet.
Pada masa yang sama, penyebaran video ini secara tidak langsung telah
menyebabkan ramai rakyat di negara ini mengaitkannya dengan suhu sejuk
yang sedang melanda negara sejak seminggu lalu terutama pada waktu
malam.
Dengan suhu serendah 17 darjah Celcius di Kuala Krai, Kelantan
semalam, ada yang mengandaikan salji mungkin akan turun di negara ini.
Bagaimanapun, laporan sebuah akhbar tempatan menafikan perkara tersebut kerana kedudukan Malaysia yang berada di garisan khatulistiwa.
Secara logiknya, kita tidak akan mengalami fenomena salji kerana menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.
Apa pun, diharap selepas ini orang ramai lebih berhati-hati dan menyiasat kesahihan sesebuah berita sebelum menyebarkannya.
Isu Panas
Belum pun sampai 24 jam Nurul Izzah disahkan telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Raja Ahamd Shahrir Iskandar, seorang lelaki yang menggelar dirinya Sultan Melaka memuatnaik satu status ingin memperisterikan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Sememangnya satu perkara lucu bagi admin kerana individu berkenaan baru sahaja habis menjalani tahanan reman selama lima di penjara hari baru-baru ini atas kesalahan menghina pelembagaan negara. Ini membuktikan Sultan Melaka itu mempunyai masalah sakit mental.
Sememangnya satu perkara lucu bagi admin kerana individu berkenaan baru sahaja habis menjalani tahanan reman selama lima di penjara hari baru-baru ini atas kesalahan menghina pelembagaan negara. Ini membuktikan Sultan Melaka itu mempunyai masalah sakit mental.
Isu Panas
Kolkata: Seorang wanita dirogol beramai-ramai oleh 12 lelaki atas arahan majlis kampung di timur India sebagai hukuman kerana menjalinkan hubungan, kata polis semalam.
Majlis berkenaan mengarahkan hukuman dahsyat itu dilakukan di kampung di Benggala Barat malam Selasa lalu selepas gadis berusia 20 tahun itu ditemui bersama-sama lelaki daripada komuniti lain.
Polis tahan 12 lelaki
Polis menahan 12 orang berhubung serangan itu yang dilakukan selepas ibu bapa wanita berkenaan berkata mereka tidak mampu membayar denda berjumlah 25,000 rupee (RM1,332) yang dikenakan majlis kerana hubungan itu.
“Gadis berkenaan dirogol beramai-ramai kerana menjalin hubungan dengan lelaki komuniti lain dan gagal membayar denda yang dikenakan majlis kampung. Setakat ini kami menahan 12 orang berkaitan kejadian itu,” kata Superintendan Polis Daerah, C Sudhakar.
Serangan itu sekali lagi meletakkan rekod India dalam keganasan seksual dalam tumpuan sekali lagi selepas kemarahan awam berhubung kes rogol beramai-ramai yang membawa kematian seorang penuntut di New Delhi pada Disember 2012. - AFP
Global
PEMANDANGAN indah puncak Kinabalu dari puncak Gunung Trusmadi. |
Pemandangan matahari terbit di celah gunung lain berhampiran Gunung Kinabalu memberi panorama indah sukar digambarkan dengan kata-kata.
Lebih indah, cuaca baik tanpa kabus meliputi gunung tertinggi di Asia Tenggara itu membuktikan hebatnya ciptaan Allah SWT.
Ini kali pertama penulis mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Trusmadi di Keningau, Sabah. Ia terletak kira-kira dua jam perjalanan dari bandar itu.
Gunung Trusmadi, setinggi 2,642 meter adalah gunung kedua tertinggi di negara ini. Jarak perjalanan dari Kampung Sinua ke puncak itu sejauh 12 kilometer (km)
Ternyata untuk mendaki Gunung Trusmadi bukannya sesuatu yang mudah kerana pada 6 Januari lalu, penulis bersama 17 peserta Ekspedisi KE7B FELDA Greenland 2014 diuji dengan kekuatan mental dan fizikal.
Kira-kira jam 9 pagi, kami memulakan perjalanan melalui kawasan kebun sayuran sejauh enam kilometer dan menemui sebatang anak sungai sebelum pintu kaki Gunung Trusmadi menyambut kehadiran kami.
Salah seorang peserta ekspedisi memberitahu, ekspedisi perjalanan dari kaki gunung ke Kem 2 iaitu lokasi bermalam sejauh dua kilometer saja.
Justeru, penulis merasakan perjalanan itu tidak mengambil masa lama memandangkan jarak hanya dua kilometer. Namun, sangkaan itu jauh meleset kerana laluan dua kilometer itu bukan semudah disangka.
Laluan mencanak dan kadang kala terpaksa berhenti seketika untuk berehat selain laluan permatang yang pendek cukup meletihkan.
Sesekali kami berhenti berehat di beberapa lokasi yang mempunyai sumber air segar dari anak sungai berdekatan.
Sepanjang perjalanan, kami terpaksa berperang dengan pacat yang agak besar dan sentiasa mencari peluang untuk menghisap darah. Gigitannnya memang terasa.
Belum sempat tiba di Kem 2, kami basah kuyup ditimpa hujan lebat. Perjalanan dalam hujan dan situasi pendakian mencanak adalah cabaran awal kepada kami ke lokasi perkhemahan.
Di Kem 2, hujan masih lebat dan semua peserta memasang ‘flayer’ dan ‘ground’ secepat mungkin untuk bermalam.
Cuaca agak sejuk dan kami memasak secara ringkas sekadar mengisi perut dan menambah tenaga.
Pengalaman penulis bermalam dengan kumpulan peserta ekspedisi Greenland memberi banyak ruang berkongsi pengalaman dengan mereka mengenai dunia pendakian.
Ini kerana mereka mempunyai latar belakang sukan luar seperti memanjat dinding batu, gunung di dalam dan luar negara.
Usai berbual panjang dan mendengar taklimat untuk menyambung kembali perjalanan ke puncak Trusmadi, kami perlu tidur untuk memulakan pendakian jam 1 pagi.
Dari Kem 2 ke Puncak Trusmadi, jarak perjalanan kira-kira empat kilometer. Dalam cuaca sejuk, kami perlu menyesuaikan diri dan memanaskan badan secepat mungkin.
Laluan ke puncak bukan mudah. Walaupun tiada gangguan pacat, kami menempuh halangan laluan berlumpur menyebabkan pergerakan agak perlahan apatah lagi dengan laluan mencanak.
Malah, ada ketikanya penulis terpaksa merangkak kerana banyak pokok balak tumbang selain laluan berakar yang memerlukan kami berhati-hati bergerak dalam kegelapan malam.
Hampir dua jam perjalanan, penulis rasa mengantuk kerana kekurangan oksigen, tetapi bantuan rakan-rakan membolehkan penulis meneruskan perjalanan.
Sekitar jam 6 pagi, kami tiba di puncak Gunung Trusmadi. Ketika itu, matahari sudah memancarkan cahayanya dan panorama amat indah dan sukar digambarkan dengan kata-kata.
Dari kejauhan, penulis dapat melihat Gunung Kinabalu dan gunung lain megah berdiri. Kepuasan memang terasa dan membayar rasa kepenatan yang dilalui sebelum ini.
Kami menyanyikan Lagu Jalur Gemilang bagi membakar semangat dan kecintaan kepada negara.
Puas merakam detik kejayaan menawan Trusmadi, kami memulakan perjalanan turun ke Kem 2.
Perjalanan turun agak menarik dengan pelbagai pohon periuk kera bersaiz gergasi selain lumut hijau yang masih basah dek air embun.
Cuma, ketika melalui trek yang berlumpur, perjalanan agak kurang menarik kerana pergerakan menjadi perlahan dan perlu berhati-hati dengan laluan yang curam.
Kami tiba di kaki Gunung Trusmadi kira-kira jam 4 petang.
Sememangnya setiap puncak gunung punyai cerita dan keindahannya tersendiri, begitu juga dengan Trusmadi.
Setiap pendakian adalah latihan bagi membunuh ego manusia.
Usung beban 80kg sejauh 6km
Tujuh penjelajah utama Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014 diumumkan dua minggu lalu. Namun, ramai belum tahu kisah perjalanan mereka menyahut cabaran itu April ini.
Penulis berpeluang menyertai latihan memilih tujuh daripada 17 pendaki terbaik di Sabah, baru-baru ini .
Semua 17 calon peserta Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014 mendaki Gunung Kinabalu pada 3 Januari.
Antara latihan yang diberikan ialah membawa pengusung pesakit dengan beban kira-kira 80 kilogram (kg) sejauh enam kilometer dari Laban Rata hingga ke pintu masuk Timpohon.
Selepas menakluki Gunung Kinabalu, latihan diteruskan ke tapak perkhemahan Gunung Tambayukon, Ranau untuk mendaki gunung berkenaan esoknya.
Namun, nasib tidak menyebelahi kami apabila laluan ke kawasan itu ditenggelami air dan aktiviti mendaki gunung setinggi 2,579 meter itu terpaksa dibatalkan.
Pagi 5 Januari, 17 peserta berehat di Kolam Air Panas, Taman Negara Kinabalu dan dua nama penjelajah utama diumumkan Pengerusi Kelab Ekspedisi 7 Benua (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarruddin.
Mereka ialah Yanizam Mohamad Supiah, 29, dan Muhamad Shaiful Hisyam Abdul Aziz, 25, yang juga anak FELDA.
Pada 6 Januari, 17 calon peserta memulakan aktiviti pendakian di Gunung Trusmadi, Keningau.
Kami ke Kampung Sinua iaitu lokasi tapak perkhemahan pertama sebelum mendaki sejauh 12 kilometer.
Nampaknya, mendaki gunung kedua tertinggi di Malaysia ini bukan mudah.
Kami berhenti bermalam di tapak perkhemahan dan meneruskan perjalanan empat kilometer terakhir jam 1 pagi esoknya.
Laluan sepanjang empat kilometer terakhir itu amat menguji kesabaran kerana laluan agak mencanak ‘diserikan’ dengan laluan berlumpur serta cuaca dingin.
Tanggal 7 Januari 2013, peserta selamat tiba di puncak Trusmadi kira-kira jam 6 pagi.
Di puncak gunung Trusmadi, pemandangannya cukup indah dengan gambaran Gunung Kinabalu tersergam di kelilingi gunung ganang di sekitarnya.
Sekembalinya di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, lima nama penjelajah lain diumumkan Muqharabbin selepas mereka melalui satu lagi ujian kecerdasan iaitu larian 2.4 kilometer mengikut masa yang ditetapkan.
Lima penjelajah itu ialah Akasyah Jamaludin, 25, Tahira Najmunisaa Mohd Zaid, 25, Muhammad Irwan Yusuf Abdullah, 34, Abdul Rahman Abu Hassan, 31, dan Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 32.
Muqharabbin berkata, pemilihan tujuh penjelajah itu berdasarkan kemampuan mereka dalam ujian kecerdasan fizikal dan mental selain semangat berpasukan.
“Apa yang penting matlamat penjelajahan ini adalah untuk mendidik jiwa generasi muda mengagungkan kebesaran Allah SWT.
“Ia juga memupuk jati diri manusia yang baik dari pelbagai sudut selain membangunkan modal insan pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata, latihan tujuh penjelajah ini akan diteruskan mengikuti kursus asas ekspedisi kutub di Fox Glasier iaitu sekitar Aspiring National Park, New Zealand bermula 3 hingga 15 Februari ini.
Ia turut disertai kru sokongan Faherina Mohd Esa, Ahmad Mustapa dan Muhammad Musaddiq Samsudin.
“Dalam latihan di New Zealand, mereka akan mengikuti latihan asas ski dan pola bagi membolehkan penjelajah dan kru sokongan mengetahui teknik penting menggunakan ski dan membiasakan diri dengan cuaca sejuk.
“Selain itu, semua yang terbabit dalam ekspedisi ini akan mengikuti latihan di Norway dan Nepal secara berperingkat selepas mengikuti latihan di New Zealand,” katanya.
Rencana
Madrid: Polis Sepanyol diselar hebat apabila mendedahkan cara berkesan menyeludup dadah menerusi laman Twitter rasmi mereka.
“Sembunyikan dadah yang ingin diseludup di tempat yang tidak dapat
dihidu anjing pengesan.” Itu adalah tweet yang dihantar menerusi akaun
rasmi Polis Sepanyol pada laman Twitter pada Selasa lalu selepas ditanya
mengenai cara terbaik untuk menyeludup ganja di atas kapal terbang
pergi ke luar negara.
“Lebih baik bungkus dadah berkenaan di tempat yang tidak dapat dihidu anjing pengesan (mungkin dalam kotak rokok?),” katanya melalui laman Twitter yang mempunyai 715,000 pengikut itu apabila menjawab pertanyaan majalah JotDown.
Tweet tersebut mencetuskan kemarahan aktivis antidadah negara
itu dan mengatakan polis seolah-olah menggalakkan penyeludupan. Polis
bagaimanapun kemudiannya memohon maaf selepas memadamkannya. -Agensi
Global
Hong Kong: Seorang jutawan tempatan menggandakan jumlah tawaran wang
kepada mana-mana lelaki yang berjaya menambat hati anak perempuannya
yang lesbian untuk berkahwin.
Tawarannya sebanyak HK$500 juta (RM215 juta) yang dibuat tahun lalu sudah menarik minat 20,000 calon dua tahun lalu.
Cecil Chao, 77, mengikut laporan The Edge Malaysia, menggandakan tawaran itu kepada RM433.1 juta kepada lelaki yang berjaya menawan hati anaknya, Gigi.
“Saya tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi kehidupan anak
saya. Saya cuma mahu dia berkahwin dengan baik dan mendapat anak yang
bakal mewarisi perniagaan saya,” kata Chao Tetapi tindakan Chao membuat
tawaran untuk mencari jodoh buat anaknya menyebabkan Gigi dan
“pasangannya” Sean Eav kecewa.
“Saya tidak yakin tawaran itu akan menemukan saya dengan lelaki idaman saya,” kata Gigi kepada sebuah media tempatan.
“Saya lebih gembira dan berbaik dengan lelaki yang sanggup menderma kepada badan kebajikan saya dan yang penting, mereka tidak kisah saya sudah mempunyai ‘isteri’. “Terakhir sekali, terima kasih ayah, saya sayang ayah juga,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Gigi dilaporkan hampir mengahwini Eav - pasangannya selama sembilan
tahun - dalam satu majlis di Perancis pada awal 2012, kerana perkahwinan
sesama jantina tidak diiktiraf di Hong Kong.
Tawaran Chao yang mendapat perhatian seluruh dunia sebelum ini gagal mengubah pendirian Gigi mengenai cara hidupnya.
Gigi memberitahu media, tindakan ayahnya itu melambangkan betapa besar kasih sayang ayahnya terhadapnya.
Pengarah filem dari Britain, Sacha Baron dilaporkan sedang menyiapkan sebuah filem berdasarkan kisah Chao dan Gigi. - AFP
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments