New York – Selepas sekian lama menipu akhirnya penipuan yang dilakukan oleh seorang jurugambar hingga melayakkan dia memenangi anugerah Pulitzer, terbongkar.
Narciso Contreras yang bertugas dengan Associated Press kini telah dibuang kerja selepas mengaku mengubah gambar perang Syria dengan menggunakan photoshop.
Dia menggunakan teknik `cloning’ sebelum menghantar gambar tersebut ke meja AP.
“Saya membuat keputusan yang salah. Saya berasa malu dengannya,’’ katanya.
Menurut Contreras, dia hanya mengubah satu-satunya gambar berkenaan.
Dalam pada itu Naib Presiden dan Pengarah Gambar AP, Santiago Lyon berkata, reputasi AP adalah yang paling utama justeru tindakan tegas perlu diambil kerana ia menjejaskan imeh dan melanggar kod etika agensi tersebut.
Hasil kerja Contreras sebelum ini telah disiarkan di seluruh dunia termasuk The New York Times, Der Spiegel, TIME, dan The Washington Post.
Sejak pendedahan itu juga, AP telah memeriksa semula 494 keping gambar yang diambil oleh Contretas namun tidak menemui sebarang pengubahsuaian.
Ini bukan kali pertama AP terpaksa menarik semula gambar-gambarnya disebabkan oleh manupulasi digital.
Pada 2011, AP telah menarik seluruh siri gambar yang dikeluarkannya selepas jurugambar terbabit menggunakan perisian untuk membuang bayang daripada gambar berkenaan.
No comments
Post a Comment