Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


NEW DELHI, India – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di sini menghidap sejenis penyakit ganjil menyebabkan kepalanya dalam keadaan tergantung di tubuhnya.
Kanak-kanak itu, Mahendra Ahirwar yang berasal dari Madhya Pradesh, tengah India bukan sahaja tidak mampu berdiri atau berjalan, malah tidak boleh duduk lama akibat tulang belakangnya yang lemah.
Keadaan itu menyebabkan Mahendra hanya mampu merangkak dan memerlukan bantuan untuk makan atau ke tandas.
Bapanya, Mukesh Ahirwar, 40, berkata, dia telah merujuk kepada lebih 50 doktor di seluruh negara, namun mereka tidak dapat mengesahkan penyakit anaknya itu yang mula dikesan ketika dia berusia enam bulan.
“Dia tidak mampu membuat apa-apa dengan sendiri. Bayangkan, dia hanya mampu duduk di satu sudut sepanjang hari. Jika doktor tidak boleh merawatnya, lebih baik tuhan mengambilnya,” katanya.
Sementara itu, seorang pakar telinga, hidung dan tekak Hospital Artemis, Dr. Shashidhar Tatavarthy berkata, kanak-kanak itu mungkin mengalami masalah gangguan otot.
“Ia merupakan salah satu kes yang paling luar biasa. Kepalanya tergantung mungkin kerana masalah tulang belakang atau gangguan otot,” katanya. – Agensi

PASANGAN lesbian dan selebriti terkenal Jepun, Akane Sugimori, 28 dan Ayaka Ichinose, 34 telah selamat melangsungkan perkahwinan sama jenis mereka pada hari ini.
Walapun Jepun merupakan sebuah negara yang mengharamkan perkahwinan homoseksual dan tidak akan mengiktiraf pasangan ini, mereka masih meneruskan upacara perkahwinan bagi menentang undang-undang sedia ada itu.
Mereka menggenakan pakaian putih sewaktu upacara perkahwinan dan hadirin majis merupakan saudara-mara dan kenalan rapat.
“kami adakan majlis perkahwinan ini agar ia menjadi pemangkin kepada pasangan sama jenis yang lain buat masa akan datang,” kata Sugimori kepada sebuah akhbar.
Beliau juga menegaskan akan mendaftar perkahwinan mereka di Pejabat Pendaftaran walaupun seakan sudah mengetahui jawapan ‘ditolak’ yang bakal diterima oleh mereka


PETALING JAYA: Pelakon Amar Baharin mengalami cedera di bahagian kening  akibat ditumbuk ketika menjalani penggambaran drama Jalan Cinta Ke Syurga di Rawang pada pagi Ahad.

Amar, 30, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama 10 pelakon tambahan berlakon dalam babak aksi dan ketika penggambaran berlangsung, dia terkena tumbukan daripada salah seorang daripada mereka, seorang pelakon baharu bernama Redza.

"Ketika kami sedang berlawan, saya tidak sempat untuk menepis tumbukan lawan saya. Tetapi masa itu saya tak rasa sakit.

"Dua jam selepas kejadian barulah saya ke Hospital Pakar KPJ Rawang untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu luka saya agak dalam dan ia perlu dijahit," katanya kepada mStar online yang dihubungi pada petang Ahad.


Bagaimanapun kata Amar, dia meminta doktor tidak menjahit luka tersebut sehinggalah dia selesai menjalani penggambaran drama arahan Rashid Sibir itu.

Sementara itu, Amar memberitahu dia bakal terlibat dengan penggambaran drama yang diadaptasi daripada novel berjudul Cik Bunga Encik Sombong pada Isnin, namun dia terpaksa berbincang dengan pihak produksi untuk menunda penggambaran tersebut sehingga lukanya sembuh.

"Mengikut kata doktor, saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu sehingga kesan koyak itu pulih.

"Apapun terpulang pada pihak produksi adakah mereka mahu menunda penggambaran tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Amar menyifatkan kejadian tersebut memberi pengajaran kepadanya dan pada masa akan datang, dia akan memastikan  mempunyai teknik dan latihan yang cukup sebelum melibatkan diri dalam babak-babak aksi.

mSTAR