Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Anjing ini dijumpai di Jiulongjiang Forst PArk, Rucheng, China. Cuaca sejuk yang agak melampau tengah melanda negara itu. Anjing ini juga kesejukkan dan mereka pandai mencari lokasi yang sesuai.







SHAH ALAM - Sepasukan polis dilihat tiba di kawasan kediaman juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah (gambar), di Laman Seri, di sini, kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta peronda dilihat memasuki kawasan kediaman berpagar (gated community) mewah itu, selepas seorang pegawai turun memperkenalkan diri kepada pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal.
Pihak media bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut, lapor Reuters.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media pagi ini mengesahkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat pada pagi Sabtu lalu adalah pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dari radar awam sejurus sebelum itu.
Bagaimanapun, lokasi sebenar pesawat tersebut masih belum dapat disahkan, kata Najib yang menjelaskan pasukan penyiasat kini sedang meneruskan usaha menentukannya.
Perdana Menteri mendedahkan bahawa pesawat MH370 telah sengaja diterbangkan dalam arah yang berbeza.
Bagaimanapun, mengenai laporan bahawa pesawat itu telah dirampas, Najib berkata pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan apa yang menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan penerbangan asalnya.
Beliau juga berkata peralatan komunikasi dalm pesawat Boeing 777 telah dimatikan dan pengesahan mengenainya adalah berdasarkan maklumat satelit.
Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.
China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Penyiasat percaya seseorang di atas kapal pesawat itu sengaja menutup sistem komunikasi dan pengesanannya, membawa pesawat itu berpatah balik dan terbang selama hampir tujuh jam selepas ia hilang, kata perdana menteri hari ini.

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu, mungkin sengaja dialihkan ke arah Lautan Hindi oleh seseorang yang ada kemahiran tentang penerbangan dan kedudukan radar, kata seorang pegawai kanan tentera Malaysia.
Komen tersebut menguatkan lagi dakwaan mengenai misteri kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang itu mungkin dirampas.
“Individu itu boleh jadi juruterbang yang profesional dan cekap,” kata pegawai tersebut yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
Beliau berkata, teori itu berdasarkan data dari radar militari yang masih lagi tidak diketahui.
Radar tersebut terus mengesan laluan pesawat selama beberapa jam selepas ia hilang dari radar pusat kawalan trafik udara dan radar awam, katanya.
Pesawat itu dipercayai diterbangkan ke Lautan Hindi, beratus-ratus kilometer dari laluan sebenar penerbangan pesawat itu.
“Dia tahu cara untuk mengelak dikesan radar awam. Dia dilihat sudah mengkaji cara untuk mengelak daripada dikesan,” katanya.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat satu objek yang tidak dikenali dikesan oleh data radar militari sedang menuju ke Laut Andaman beberapa jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu lalu. – AFP

JIKA anda berpendapat bahawa ahli sihir dan pengamal perubatan tidak mempunyai tempat untuk membeli barangan kotor mereka, anda adalah salah. Dalam post ini, anda akan melihat gambar-gambar pelbagai pasar barangan untuk ahli-ahli sihir, yang terletak di pelbagai tempat.
Dalam pasar ini, ahli-ahli sihir boleh membeli buku-buku ejaan, herba, ramuan, ramuan cinta, azimat untuk nasib baik, kemenyan, lilin daripada roh-roh jahat, perkara yang perlu dilakukan dalam ritual dan banyak artikel menyeramkan dan menjijikkan.
Barangan untuk upacara ritual atau pemujaan seperti mumia haiwan atau bangkai haiwan dalam bahagian-bahagian, dan katak, kelawar kering, janin llama, tengkorak lembu, kepala kering monyet, kerbau, harimau dan haiwan lain masih sempurna.
Gambar-gambar yang disertakan adalah Pasar ahli-ahli sihir di (Bolivia) dan pasar ahli-ahli sihir di Peru, Mexico dan negara-negara di Afrika.









KUALA LUMPUR- Agensi berita asing, Associated Press (AP) melaporkan bahawa kerajaan Malaysia sudah mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 dirampas.
AP melaporkan seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap ‘konklusif’.
Bagaimanapun, agensi berkenaan tidak memetik nama sumber tersebut.
Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu berkata, mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.
Bagaimanapun, setakat ini, motifnya belum diketahui dan lokasi di mana pesawat itu berada belum diketahui dengan jelas.
Difahamkan, kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar dijangka diadakan pada 1 tengah hari ini.


MELIHAT sahaja tajuknya, Fobia Malam Pertama (FMP), sudah cukup memberikan pandangan sinikal bagi sesetengah pihak yang terfikir kisah-kisah yang tidak sepatutnya di dalam filem ini.

Walaupun diklasifikasikan sebagai filem untuk tontonan 18 tahun ke atas, filem pertama garapan Murali Abdullah ini memaparkan mengenai kepentingan maruah diri seorang wanita dan pentingnya bergelar ‘anak dara’ sebelum berkahwin.

Filem yang diterajui oleh Azad Jasmin, Shafnida Syuhaimi, Julia Perez, Razali Hussain, Faizal Hussein, Zarina Zainoordin, Khairil Anuar, dan ramai lagi ini mengisahkan Zaty, pelajar sebuah kolej yang fobia untuk berkahwin.

Dia percaya dia akan mati ketika melahirkan anak akibat sumpahan terhadap keluarganya selepas moyang Zaty pernah membuat perjanjian dengan saka. Mengikut kepercayaan keluarganya, saka berkenaan akan ‘mengambil nyawa’ ahli keluarga wanita sebaik saja mereka melahirkan anak pertama.

Sementara itu, Asraf pelajar di kolej sama baru pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun berada di Indonesia. Ayahnya, Haji Kamaruddin pula ingin melihat dia berkahwin dengan seorang dara.

Walaupun Asraf kurang bersetuju dengan syarat ayahnya itu, dia tidak pula membantah. Suatu hari, rakan baiknya di kolej, Angah membuat hipnosis ke atas Zaty dan mendapat tahu gadis itu masih lagi dara.

Lalu, Asraf yang sudah ada teman wanita di Indonesia bernama Maria cuba memikat Zaty. Hidup Maria yang sosial menyebabkan Asraf tidak menyukainya apatah lagi untuk dijadikan isteri.

Zaty bersetuju berkahwin dengan Asraf, namun cuba mengelak untuk mendampingi Asraf hingga memberikan suaminya minum ubat bagi melemah syahwat. Namun tidak lama selepas itu, Zaty tetap mengandung lalu dia menjadi fobia untuk melahirkan anak.

Bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang menarik, Murali juga menggarap filem ini dengan penuh rencah; ada suka, duka, ketawa dan tangis yang diadunkan bersama.

Karya bersahaja

Pada pandangan penulis, apa yang pasti, filem ini mempunyai mesej yang cukup berguna buat remaja hari ini, lebih-lebih lagi masalah sosial menjadi satu isu yang cukup mendapat perhatian masyarakat.

Apatah lagi, Murali juga turut menyelitkan situasi sebenarnya yang dilalui oleh remaja ketika ini dan sesetengah remaja lelaki atau perempuan yang tidak pernah mengambil pusing mengenai soal dara sebelum berkahwin.

Bahkan bukan sahaja untuk golongan yang belum berkahwin, filem ini juga cukup sesuai ditonton untuk mereka yang sudah berkahwin bagi mengambil iktibar mengenai alam perkahwinan.

Gandingan adik dan abang ipar

Antara lain yang menarik mengenai filem ini adalah gandingan pertama abang ipar bersama adik iparnya iaitu Azad Jasmin dan Shafnida Syuhaimi bersama aktres kontroversi dari Indonesia, Julia Perez.

Biarpun mereka bertiga pertama kali digandingkan, namun ia tidak sedikit pun melihatkan kejanggalan, bahkan Shafnida sendiri berjaya lari daripada imej kakaknya, Eira Syazira.

Kewibawaan Azad juga tidak perlu dipertikaikan lagi. Biarpun belum mendapat sebarang pengiktirafan, namun ia bukan penghalang buat Azad memberi yang terbaik.

Pendek kata, berikan apa sahaja watak kepada Azad, dia pasti tidak akan mengecewakan penonton apatah lagi pengarah.

Manakala lakonan Julia pula tidak kurang hebatnya. Dia tidak dilihat terlalu cuba menonjol, sebaliknya membawa wataknya itu dengan gaya yang tersendiri.

Jadi bagi anda yang masih belum menonton filem Fobia Malam Pertama, jangan lepaskan peluang menonton filem ini di pawagam berdekatan anda.



KUALA LUMPUR; Sekurang-kurangnya empat orang meninggal dunia dipercayai sesak nafas dalam satu konsert yang diadakan di Bukit Jalil, malam tadi. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan kejadian malah memberitahu, lima lagi individu dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). 

BH


Gambar majlis resepsi Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril, 28, bersama isterinya Puteri Erma Edlinda, 27, iaitu seorang pramugari kepada syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines. 


Majlis tersebut telah diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam khas untuk jemputan terpilih sahaja. Untuk makluman, majlis resepsi mereka berkonsepkan retro dengan dihiasi warna 'gold' diselangselikan lampu-lampu candeliar. 

SUMBER: Myartis































KAJANG -“Satu Malaysia nak tampar dia,” demikian kata Khairy Jamaluddin berseloroh ketika ditanya mengenai kenyataan ‘Raja Bomoh’ yang ingin menamparnya berhubung kenyataan di Twitter baru-baru ini.

Tegas Menteri Belia dan Sukan itu, beliau enggan melayan kerenah Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin yang disifatkannya mengamalkan amalan khurafat dan upacara ritual hingga memalukan negara.

“Dia sorang yang nak tampar saya…tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab malukan negara.
“Perbuatan dia syirik, khurafat…saya tak nak layan,” katanya ringkas ketika ditemui selepas bersarapan dengan pengundi di Taman Indah Sungai Jelok di sini, Sabtu.
Sebelum ini Ibrahim yang menggunakan gelaran ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’ mengugut untuk menampar Ketua Pemuda Umno itu seperti buaya di atas kenyataannya itu.
Terdahulu Khairy menerusi Twitternya menyifatkan tindakan Ibrahim yang mengamalkan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengesan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sebagai karut dan khurafat.
Gambar dan video ritual Raja Bomoh yang menggunakan tikar, buah kelapa dan ‘tongkat sakti’ di ruang legar KLIA tersebar luas di internet dan menjadi bahan ketawa masyarat dunia.
Beberapa gambar parodi rakyat asing mengenai ritual tersebut turut dikongsi di laman sosial yang menyifatkan kononnya Malaysia menggunakan kaedah unik dalam mencari pesawat MH370.


SEBUAH apartmen setinggi 17 tingkat menyerupai pokok gergasi dan berlatarbelakangkan pemandangan gunung serta pantai akan dibina di Montpellier, selatan Perancis.
Projek L’Arbre Blanc atau The White Tree hasil kerjasama pereka tempatan dan Jepun yang menggabungkan seni arkitek abad ke-21 itu diilhamkan dari imej pokok sebenar.
Premis tersebut akan dilengkapi 120 unit kediaman dengan balkoni yang mengunjur ke luar pada arah berbeza seperti dahan pokok.
Selain itu, beberapa unit pejabat, restoran dan galeri seni juga bakal dibina bagi menarik lebih ramai pengunjung ke menara setinggi 56 meter tersebut.
Gizmodo.com.au melaporkan setiap apartmen itu turut menyediakan ruang balkoni terbuka untuk penduduk menikmati udara segar.
Difahamkan menurut DailyMail, projek pembinaan The White Tree akan bermula pada Julai 2015 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2017. – SH

Middlesbrough: Seorang lelaki yang kemaluannya dipotong dan dibuang di dalam semak di tepi lebuh raya di sini oleh sekumpulan samseng gipsi kini koma di hospital.
Polis dilapor menanti di sisi katilnya, untuk menemubualnya mengenai kejadian itu.
Mangsa diserang selepas kumpulan samseng itu mengetahui dia meniduri kekasih seorang daripada mereka.

Polis terpaksa menutup lebuh raya yang sibuk di bandar itu untuk mencari kemaluan lelaki berkenaan.

Polis Cleveland mengesahkan lelaki berusia 40 tahun itu ditemui mencari sesuatu di dalam semak di tepi lebuh raya terbabit walaupun dalam kesakitan.
Seorang pekerja pasar raya yang terletak berhampiran tempat kejadian berkata dia mendengar cerita tentang nasib yang menimpa lelaki itu.

Dua anggota polis yang ditemui di tempat kejadian enggan mengulas apabila ditanya sama ada benar kemaluan seorang lelaki dipotong.

Mereka hanya berkata lelaki itu cedera parah di pangkal paha.

Bagaimanapun, berita yang tersebar di kalangan penduduk setempat ialah kemaluan lelaki berkenaan dipotong dan hilang, menyebabkan polis menutup sebahagian laluan di lebuh raya itu untuk mencarinya.

Kira-kira lapan anggota polis dilihat mengepung kawasan berkenaan, dipercayai untuk mencari kemaluan mangsa yang dicampak oleh samseng gipsi itu.

Sehubungan itu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditangkap kerana disyaki terbabit dalam serangan itu.- AFP