Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » “Satu Malaysia nak tampar dia,” - Khairy Jamaluddin
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KAJANG -“Satu Malaysia nak tampar dia,” demikian kata Khairy Jamaluddin berseloroh ketika ditanya mengenai kenyataan ‘Raja Bomoh’ yang ingin menamparnya berhubung kenyataan di Twitter baru-baru ini.

Tegas Menteri Belia dan Sukan itu, beliau enggan melayan kerenah Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin yang disifatkannya mengamalkan amalan khurafat dan upacara ritual hingga memalukan negara.

“Dia sorang yang nak tampar saya…tapi saya rasa satu Malaysia nak tampar dia sebab malukan negara.
“Perbuatan dia syirik, khurafat…saya tak nak layan,” katanya ringkas ketika ditemui selepas bersarapan dengan pengundi di Taman Indah Sungai Jelok di sini, Sabtu.
Sebelum ini Ibrahim yang menggunakan gelaran ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’ mengugut untuk menampar Ketua Pemuda Umno itu seperti buaya di atas kenyataannya itu.
Terdahulu Khairy menerusi Twitternya menyifatkan tindakan Ibrahim yang mengamalkan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengesan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sebagai karut dan khurafat.
Gambar dan video ritual Raja Bomoh yang menggunakan tikar, buah kelapa dan ‘tongkat sakti’ di ruang legar KLIA tersebar luas di internet dan menjadi bahan ketawa masyarat dunia.
Beberapa gambar parodi rakyat asing mengenai ritual tersebut turut dikongsi di laman sosial yang menyifatkan kononnya Malaysia menggunakan kaedah unik dalam mencari pesawat MH370.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments