Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Polis Periksa Rumah Juruterbang MH370, Jadi Suspek Utama
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



SHAH ALAM - Sepasukan polis dilihat tiba di kawasan kediaman juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah (gambar), di Laman Seri, di sini, kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kereta peronda dilihat memasuki kawasan kediaman berpagar (gated community) mewah itu, selepas seorang pegawai turun memperkenalkan diri kepada pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal.
Pihak media bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut, lapor Reuters.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media pagi ini mengesahkan bahawa pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat pada pagi Sabtu lalu adalah pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dari radar awam sejurus sebelum itu.
Bagaimanapun, lokasi sebenar pesawat tersebut masih belum dapat disahkan, kata Najib yang menjelaskan pasukan penyiasat kini sedang meneruskan usaha menentukannya.
Perdana Menteri mendedahkan bahawa pesawat MH370 telah sengaja diterbangkan dalam arah yang berbeza.
Bagaimanapun, mengenai laporan bahawa pesawat itu telah dirampas, Najib berkata pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan apa yang menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan penerbangan asalnya.
Beliau juga berkata peralatan komunikasi dalm pesawat Boeing 777 telah dimatikan dan pengesahan mengenainya adalah berdasarkan maklumat satelit.
Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.
China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Penyiasat percaya seseorang di atas kapal pesawat itu sengaja menutup sistem komunikasi dan pengesanannya, membawa pesawat itu berpatah balik dan terbang selama hampir tujuh jam selepas ia hilang, kata perdana menteri hari ini.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments