Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Wowww!! Angry Birds secara realiti? !!!

Mustahil tiada siapa yang tahu tentang aplikasi Angry Birds yang merupakan permainan interaktif yang amat popular di dunia.

Kepada sesiapa yang tergila-gilakan permainan Angry Birds, anda bolehlah ke Changsa China kerana mereka ada menyediakan sebuah taman hiburan iaitu Window of the World Park dengan permainan Angry Birds.

Namun begitu, Taman hiburan ini tidak memilik lesen rasmi dari pengembang game Angry Birds iaitu Rovio.. Adakah ia akan menjadi masalah akan datang atau tidak? Tidak siapa yang tahu... 

JOM TENGOK GAMBAR...


Wowww!!! Shasha Mendoza menghangatkan suasana!! 

Biarpun ada yang tak puas hati dengan tindakannya, Admin tetap rasa bangga sebab diusianya yang masih muda, Shasha berani tampil dan menyuarakan pendapatnya!

Penyokong pembangkang semua merasakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Shasha berbaurkan satu penghinaan! Apa pendapat korang??






Majlis resepsi yang berlangsung di Mutiara Ballroom, Hotel Royal Bintang, Damansara pada malam tadi bertemakan ala Inggeris.

Jom Tengok gambar-gambar resepsi mereka!
 
PETALING JAYA – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu keputusannya untuk bertudung litup mendapat sokongan daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Siti berkata, suaminya benar-benar gembira selepas beliau terbuka hati untuk melakukan kewajipan sebagai Muslimah iaitu menutup rambut sepenuhnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 pada 11 Januari lalu.

“Suami saya adalah antara yang sangat gembira dengan peralihan imej Siti dan boleh dikatakan dia juga merupakan tunggak yang banyak menyokong kepada perubahan ini.
“Bagi Siti, ia adalah satu keikhlasan yang datang daripada diri dan berharap agar imej ini kekal sampai bila-bila,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Jom Tengok Gambar Siti Nurhaliza !
 
GEORGE TOWN — Seorang lelaki yang disyaki memperdaya lebih 20 wanita menerusi laman-laman web sosial dan mengaut lebih RM500,000 sejak 2001, akhirnya ditahan polis.
Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di rumah sewanya di Bukit Gambir di sini pada 4 Januari hasil risikan dan maklumat awam, kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial negeri, ACP Roslee Chik.

Beliau berkata, lelaki penganggur itu dikatakan menyamar sebagai doktor dan memperdaya wanita di beberapa negeri menerusi laman web sosial dengan menabur janji manis untuk mengahwini mereka.
“Mangsa kebanyakannya bekerja sebagai guru, jururawat dan sektor perkilangan serta berstatus bujang. Suspek biasanya akan menyakinkan mangsa dan turut bertemu ahli keluarga wanita berkenaan untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata selepas mendapat kepercayaan keluarga mangsa, lelaki itu memberi alasan kesempitan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan dan memujuk mangsanya menyerahkan wang tunai, barang kemas sebelum menghilangkan diri.
Jelas beliau, hasil kegiatan selama lebih 10 tahun, lelaki yang telah berkeluarga dan mempunyai dua anak itu hidup mewah dan mampu menyewa rumah teres berharga RM1,800 sebulan.

Hasil serbuan di rumah suspek, polis menemui pelbagai jenis barang kemas bernilai hampir RM30,000, 49.40 gram logam dipercayai emas lebur, resit gadaian emas, jaket berlambang kementerian kesihatan, slip transaksi bank, tiga telefon bimbit dan lima kad sim.

Menurut Roslee, suspek yang berasal dari Taiping Perak dan mempunyai enam rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan itu juga didapati menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu dan sering menukar nombor telefon bimbitnya. — BERNAMA

Foto - Utusan Online
MyNewshub.my
Sudah diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas, tapi sifat tamak memakan diri dan MENYUSAHKAN ORANG LAIN!!

Dilaporkan pada beberapa hari lalu, penyanyi, Alyah telah dilaporkan kerugian hampir RM40 ribu dari akaun banknya akibat dikebas pengurus sendiri.
Kerugian yang dialami pelantun lagu Kisah Hati ini melibatkan wang persembahan dan wang ansuran bagi sewa beli kereta dan rumah.

Kegiatan pengurusnya itu mula terbongkar apabila pihak bank memaklumkan akan menarik semula keretanya ekoran tunggakan bayaran bulanan kereta tersebut dalam tempoh empat bulan.
“Bila mendapat berita tersebut saya amat terkejut memandangkan saya sudah menyerahkan wang ansuran kereta itu kepada pengurusnya untuk dilunaskan,” ujarnya yang dipetik dari Ohbulan.

Tetapi nampaknya, pengurusnya tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan.
Menurut Alyah selepas mengetahui isu tersebut, dia segera membuat semakan terhadap akaun bank yang dimiliknya tetapi sudah terlambat kerana semua wang tersebut turut dikebas oleh pengurusnya yang sehingga kini gagal dikesan.

Sementara itu, menerusi beberapa ruangan portal, ada juga pembaca yang memberi komen, kejadian itu seperti balasan kepada Alyah kerana sebelum ini dia sering menimbulkan rasa tidak puas hati kepada beberapa orang termasuk seorang pereka fesyen.

Kini, Alyah bagaikan jatuh ditimpa tangga. Itulah akibatnya jika terlalu percayakan orang.
Sampai urusan pembayaran ansuran kereta dan rumah pun nak orang bayarkan memang mengundang kecelakaan.

Tak apalah, mungkin selepas ini Alyah akan lebih berhati-hati, kiranya kejadian seperti ini adalah pengajaran buat dirinya.

Sumber - MynewsHub.My
woooww!! Neelofa dilantik jadi Duta Suzuki Swift yang baru?!

Tahniah admin ucapkan.. Walaupun sering dilanda Kontroversi, Rezeki tuh takkan lari kemana pun...

Kuala Lumpur – Wang RM50,000 milik pelakon Lisa Surihani, 26 dan ibunya telah dicuri selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.
Menurut laporan Harian Metro, ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, 62, mula menyedari kehilangan wang itu ketika dia ingin mengeluarkan sejumlah wang pada Jumaat lalu kira-kira pukul 10.30 pagi di mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan Siti Amira mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.
Menurutnya, apabila dirujuk kepada pihak bank dia diberitahu kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.

“Berikutan itu Siti Amira bersama Lisa Surihani tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama,” katanya.
Sumber itu berkata, selepas semakan dilakukan, rekod pengeluaran wang menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.
Sementara itu, Lisa Surihani ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai.

“Apa yang boleh saya katakan laporan yang dibuat itu berkaitan dengan kehilangan wang,” katanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - mStar Online

Enam perogol yang ditahan 

New Delhi – India dikejutkan lagi dengan kes rogol beramai-ramai. Kejadian ini berlaku seminggu selepas kes rogol dan bunuh melibatkan seorang pelajar perubatan di bandar itu, hingga membangkitkan gelombang kemarahan penduduknya.
Mangsa terbaru ini adaklah seorang wanita yang telah berkahwin dan berusia 29 tahun.
Dia diculik dan dibawa menaiki bas ke sebuah kawasan sebelum dirogol beramai-ramai. Wanita itu kemudiannya ditinggalkan berhampiran kampung mertuanya, di Punjab, keesokan harinya.
Berikutan itu, enam orang sudah ditangkap dan dalam siasatan awal yang dijalankan, suspek mengaku melakukan jenayah berkenaan.
Bagaimanapun suspek ketujuh masih bebas dan usaha memburunya kini giat dijalankan.
Antara suspek yang ditangkap ialah pemandu bas dan kelindannya.
Pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor mengesahkan bahawa mangsa telah dirogol.
Dalam pada itu, kumpulan pembangkang telah mengkritik polis kerana gagal melaksanakan pemeriksaan ketat terhadap pemandu bas di negara itu.
“Kejadian ini berlaku kerana pihak polis tidak sensitif dan tegas terhadap insiden serangan seks melibatkan wanita walaupun kes rogol dan bunuh pelajar perubatan di New Delhi pada 16 Disember lalu telah mengejutkan seluruh negara,” kata salah seorang wakil pembangkang.

Sumber - Mynewshub

Apa nak jadi?? Kalau tak restu pun tak payah lah sampai nak belasah pulak.. 
Kejadian di Pasir Puteh apabila sebuah Perkahwinan yang dikatakan tidak direstui selama tiga tahun semakin pahit untuk dilalui seorang ibu muda apabila dia mendakwa menjadi mangsa belasahan keluarga mentuanya yang mengikat kedua-dua kaki dan tangannya sebelum disepak bertubi-tubi dalam kejadian di Kampung Batu Sebutir, pagi kelmarin.
Lebih menyedihkan apabila mangsa yang berusia 29 tahun itu merayu supaya tindakan terbabit dihentikan, namun ia tidak diendahkan, malah kepala mangsa dihantuk ke dinding rumah dalam kejadian jam 7 pagi itu.
Kejadian itu menyebabkan mangsa pengsan sebelum dibawa pulang ke rumah kakaknya di Kampung Padang Pak Amat, di sini, dan ditahan di wad semalaman di Hospital Tengku Anis (HTA) untuk rawatan.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Liza berkata, pada mulanya dia berselisih faham dengan suami berusia 34 tahun sebelum lelaki itu keluar rumah akibat tidak berpuas hati apabila ditegur kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Sumber: Harian Metro
BIARPUN 2012 telah berlalu dan 2013 memulakan lembarannya, namun nama Sharnaaz Ahmad tidak hilang mengikut tahun yang berlalu.
Tidak sekadar berkaitan karier seni, setelah mengakui perihal cintanya dengan penyanyi, Shila Amzah langkah mereka sering menjadi perhatian.
Malah, apa jua yang berlaku di antara mereka sering menjadi bahan berita.
Menganggap perkara itu sebagai lumrah dan dugaan dalam bercinta, pelakon drama Bukan Bidadari, ini juga turut mengakui dia sememangnya mengongkong langkah Shila.
“Saya perlu tanya dan melarang apa jua perkara tidak perlu dia lakukan.
“Namun, saya menolak dakwaan sekiranya saya dilabel sebagai pemusnah masa depan Shila. Saya berbuat demikian kerana saya sayang dia dan tidak mahu dia melakukan perkara yang tidak diingini,” katanya.
Bertanya mengenai ketiadaannya ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini, Sharnaaz menepis dakwaan dia dan Shila berselisih faham ketika itu.
“Saya memang nak pergi dan bagi sokongan pada Shila ketika itu. Namun, saya terikat dengan jadual penggambaran.
“Jadi, saya tidak dapat ikut sama. Namun, saya tidak berjanji dengan Shila untuk turut serta. Dia pun faham mengenai kerja saya yang perlu disiapkan.
“Tidak perlu timbul isu ini kerana tiada apa yang berlaku di antara kami. Kami masih lagi pasangan kekasih dan berusaha ke arah seterusnya,” katanya.
Serius dalam hubungan, Sharnaaz mengakui kesibukan menyebabkan dia tiada kelapangan berjumpa keluarga.
Berhasrat untuk berbincang mengenai peringkat hubungan seterusnya, Sharnaaz mengakui akan hantar rombongan merisik tidak lama lagi.
“Insya-ALLAH, dalam bulan Mac, saya akan hantar rombongan merisik. Buat masa ini, saya dan Shila memang sibuk.
“Namun, kalau nak ikutkan jadual, memang tak pernah kosong. Jadi, saya perlu selitkan sedikit ruang untuk keluarga berkenalan dengan bakal isteri saya.
“Kami pernah berbincang sebelum ini untuk mendirikan rumah tangga pada 2014, namun tarikhnya belum ditetapkan. Saya harap rombongan saya diterima keluarga Shila,” katanya.
Ingin kurangkan kontroversi
Sempena kehadiran tahun baru, Sharnaaz berkata, dia berharap tiada lagi cerita negatif berkaitan dirinya dan segala cerita kontroversi dapat dikurangkan.
“Ya, 2012 memang ‘panas’. 2012 sepatutnya adalah tahun saya. Angka 12 tu sendiri sebenar angka kegemaran saya. Tapi nak buat macam mana, kita tak rancang pun semua (kontroversi) itu boleh berlaku.
“Tahun ni saya ‘comeback’ untuk menjadi diri saya dan nak fokus pada kerjaya. Tak nak buat hal lagi,” katanya.
Sementara itu, mengulas perkembangan kes dia disaman penerbit filem Darah Panas, S Baldiev, Sharnaaz berkata, dia harap perkara itu akan dapat diselesaikan dengan cara baik.
“Setakat ini apa yang boleh saya katakan, saya akan berjumpa dengan Baldiev dalam masa terdekat ini. Pihak Seniman sedia membantu kami menyelesaikan hal ni.
“Saya harap pertemuan ini ke arah kebaikan. Kalau pihak beliau (Baldev) mahu selesai di luar mahkamah, saya juga harap ianya dapat diselesaikan di luar mahkamah,” katanya.
‘Benjami n’ beri kelainan
Sementara itu, bercerita mengenai drama lakonan terbarunya, Ruby, Sharnaaz berkata, watak Benjamin beri kelainan berbanding lakonannya sebelum ini.
Walaupun kelihatan lebih ringan, Sharnaaz menganggap watak itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk digalas.
“Watak Benjamin lebih kepada komedi dan ‘gila-gila’, namun sebenarnya itulah yang susah untuk dilakukan.
“Saya memang lebih suka watak berat, namun tidak bermakna watak sebegini hanya ‘makanan’. Saya perlu membawa jiwa saya ke set. Jika berdepan masalah keluarga, peribadi dan cinta, ia turut merosakkan ‘mood’.
“Namun, saya seronok bekerjasama dengan Siti Saleha dan dia juga membantu saya mengenali siapa Benjamin,” 
katanya. – SinarHarian


Satu lagi berita yang mengemparkan industri hiburan tanah air menghiasi muka depan akhbar Kosmo! hari ini. Laporan menyebut, seorang artis baharu, Zeehan Husin mendedahkan budaya kotor dunia seni tanah air masih berlak apabila dia dikejutkan dengan permintaan seorang pengarah terkenal untuk menajdi peneman tidur semata-mata bagi mendapatkan watak utama dalam drama arahannya.

Zeehan, 30, yang pernah muncul dalam drama bersiri seperti Pesona Sukma, Nur Kasih, Aku Tak Gila, Lela Manja dan Wanita Coklat itu bagaimanapun menolak permintaan tersebut.


“Saya masih waras. Hingga kini saya tidak lagi ditawarkan berlakon oleh pegarah itu,”katanya yang mendakwa, ada artis baharu lain yang dipercayai telah menjadi mangsa pengarah tersebut.


Mangsa Habuan Seks Sila Lapor Pada Seniman
Sementara itu dalam laporan berasingan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa penggiat seni tanah air yang berdaftar di bawahnya supaya segera melaporkan kepada mereka sekiranya pernah diminta habuan seks untuk tindakan termasuk disenaraihitamkan.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, mereka yang menjadi mangsa kepada tindakan tidak bermoral segelintir pengarah ataupun penerbit drama dan filem itu perlu memberanikan diri untuk tampil melaporkan kes seumpama itu.


Menurutnya, mangsa boleh melaporkan kes kepada Biro Aduan dan Perundangan Seniman supaya tindakan selanjutnya dapat diambil. Seniman akan merujuk kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bagi menentukan sama ada terdapat ahli mereka yang terlibat.


Menurut Zed, Seniman memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung masalah tersebut yang telah berlarutan begitu lama walaupun hanya melibatkan segelintir pihak.

BUKIT KAYU HITAM: Kawasan berpagar Kompleks Bebas Cukai dan Kelab Golf Bukit Kayu Hitam di sini dipercayai menjadi laluan kegiatan penyeludupan dan aktiviti jenayah lain, susulan penemuan 'lorong tikus' di situ.
Laluan haram terbabit ditemui ketika tinjauan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharom bersama agensi penguat kuasa di kawasan sempadan itu, hari ini. 

"Apa yang saya boleh buat sekarang adalah meminta semua agensi keselamatan di sempadan mempertingkatkan kawalan dan memupuk koordinasi untuk memantapkan keberkesanan operasi mereka dan dibuat secara bersama," katanya kepada pemberita selepas tinjauan itu. 
Sumber - Berita Harian

                                 
GEORGETOWN – Tujuh kereta yang diletakkan di tingkat tiga parkir Flat Taman Jade, Bukit Gambir di sini, hangus dalam kebakaran dipercayai perbuatan khianat, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata kejadian pada jam 5 pagi itu memusnahkan kereta jenis Honda City, Proton Satria dan dua Perodua Myvi sementara tiga lagi kereta jenis Proton Waja, Proton Iswara serta Proton Wira mengalami kerosakan kecil.
“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari kereta Honda City kerana terdapat kesan simbahan bahan bakar ke atas badan kenderaan itu,” katanya kepada pemberita, di sini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Kesekaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA