Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sharnaaz Ahmad - Hantar rombongan merisik?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

BIARPUN 2012 telah berlalu dan 2013 memulakan lembarannya, namun nama Sharnaaz Ahmad tidak hilang mengikut tahun yang berlalu.
Tidak sekadar berkaitan karier seni, setelah mengakui perihal cintanya dengan penyanyi, Shila Amzah langkah mereka sering menjadi perhatian.
Malah, apa jua yang berlaku di antara mereka sering menjadi bahan berita.
Menganggap perkara itu sebagai lumrah dan dugaan dalam bercinta, pelakon drama Bukan Bidadari, ini juga turut mengakui dia sememangnya mengongkong langkah Shila.
“Saya perlu tanya dan melarang apa jua perkara tidak perlu dia lakukan.
“Namun, saya menolak dakwaan sekiranya saya dilabel sebagai pemusnah masa depan Shila. Saya berbuat demikian kerana saya sayang dia dan tidak mahu dia melakukan perkara yang tidak diingini,” katanya.
Bertanya mengenai ketiadaannya ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini, Sharnaaz menepis dakwaan dia dan Shila berselisih faham ketika itu.
“Saya memang nak pergi dan bagi sokongan pada Shila ketika itu. Namun, saya terikat dengan jadual penggambaran.
“Jadi, saya tidak dapat ikut sama. Namun, saya tidak berjanji dengan Shila untuk turut serta. Dia pun faham mengenai kerja saya yang perlu disiapkan.
“Tidak perlu timbul isu ini kerana tiada apa yang berlaku di antara kami. Kami masih lagi pasangan kekasih dan berusaha ke arah seterusnya,” katanya.
Serius dalam hubungan, Sharnaaz mengakui kesibukan menyebabkan dia tiada kelapangan berjumpa keluarga.
Berhasrat untuk berbincang mengenai peringkat hubungan seterusnya, Sharnaaz mengakui akan hantar rombongan merisik tidak lama lagi.
“Insya-ALLAH, dalam bulan Mac, saya akan hantar rombongan merisik. Buat masa ini, saya dan Shila memang sibuk.
“Namun, kalau nak ikutkan jadual, memang tak pernah kosong. Jadi, saya perlu selitkan sedikit ruang untuk keluarga berkenalan dengan bakal isteri saya.
“Kami pernah berbincang sebelum ini untuk mendirikan rumah tangga pada 2014, namun tarikhnya belum ditetapkan. Saya harap rombongan saya diterima keluarga Shila,” katanya.
Ingin kurangkan kontroversi
Sempena kehadiran tahun baru, Sharnaaz berkata, dia berharap tiada lagi cerita negatif berkaitan dirinya dan segala cerita kontroversi dapat dikurangkan.
“Ya, 2012 memang ‘panas’. 2012 sepatutnya adalah tahun saya. Angka 12 tu sendiri sebenar angka kegemaran saya. Tapi nak buat macam mana, kita tak rancang pun semua (kontroversi) itu boleh berlaku.
“Tahun ni saya ‘comeback’ untuk menjadi diri saya dan nak fokus pada kerjaya. Tak nak buat hal lagi,” katanya.
Sementara itu, mengulas perkembangan kes dia disaman penerbit filem Darah Panas, S Baldiev, Sharnaaz berkata, dia harap perkara itu akan dapat diselesaikan dengan cara baik.
“Setakat ini apa yang boleh saya katakan, saya akan berjumpa dengan Baldiev dalam masa terdekat ini. Pihak Seniman sedia membantu kami menyelesaikan hal ni.
“Saya harap pertemuan ini ke arah kebaikan. Kalau pihak beliau (Baldev) mahu selesai di luar mahkamah, saya juga harap ianya dapat diselesaikan di luar mahkamah,” katanya.
‘Benjami n’ beri kelainan
Sementara itu, bercerita mengenai drama lakonan terbarunya, Ruby, Sharnaaz berkata, watak Benjamin beri kelainan berbanding lakonannya sebelum ini.
Walaupun kelihatan lebih ringan, Sharnaaz menganggap watak itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk digalas.
“Watak Benjamin lebih kepada komedi dan ‘gila-gila’, namun sebenarnya itulah yang susah untuk dilakukan.
“Saya memang lebih suka watak berat, namun tidak bermakna watak sebegini hanya ‘makanan’. Saya perlu membawa jiwa saya ke set. Jika berdepan masalah keluarga, peribadi dan cinta, ia turut merosakkan ‘mood’.
“Namun, saya seronok bekerjasama dengan Siti Saleha dan dia juga membantu saya mengenali siapa Benjamin,” 
katanya. – SinarHarian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments