Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Kes rogol beramai-ramai di India muncul lagi! [OMG][Tak serik]
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Enam perogol yang ditahan 

New Delhi – India dikejutkan lagi dengan kes rogol beramai-ramai. Kejadian ini berlaku seminggu selepas kes rogol dan bunuh melibatkan seorang pelajar perubatan di bandar itu, hingga membangkitkan gelombang kemarahan penduduknya.
Mangsa terbaru ini adaklah seorang wanita yang telah berkahwin dan berusia 29 tahun.
Dia diculik dan dibawa menaiki bas ke sebuah kawasan sebelum dirogol beramai-ramai. Wanita itu kemudiannya ditinggalkan berhampiran kampung mertuanya, di Punjab, keesokan harinya.
Berikutan itu, enam orang sudah ditangkap dan dalam siasatan awal yang dijalankan, suspek mengaku melakukan jenayah berkenaan.
Bagaimanapun suspek ketujuh masih bebas dan usaha memburunya kini giat dijalankan.
Antara suspek yang ditangkap ialah pemandu bas dan kelindannya.
Pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor mengesahkan bahawa mangsa telah dirogol.
Dalam pada itu, kumpulan pembangkang telah mengkritik polis kerana gagal melaksanakan pemeriksaan ketat terhadap pemandu bas di negara itu.
“Kejadian ini berlaku kerana pihak polis tidak sensitif dan tegas terhadap insiden serangan seks melibatkan wanita walaupun kes rogol dan bunuh pelajar perubatan di New Delhi pada 16 Disember lalu telah mengejutkan seluruh negara,” kata salah seorang wakil pembangkang.

Sumber - Mynewshub

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments