Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SAAT memalukan sebegini biasa berlaku di luar negara dek kerana pernampilan mereka bila di atas pentas yang terlalu seksi .Tapi admin pelik bukan kah benda tu yang dorg nak tunjuk so kenapa dorg harus berasa malu biler benda tu terkeluar huhuu
Jom layan gambar – gambar dibawah









Jika peminat DJ radio Hot FM perasan, kebelakangan ini Fara Fauzana kerap dan mula mengayakan selendang untuk menutup sebahagian kepalanya. Ekoran dari itu, timbul desas desus yang mendakwa Fara Fauzana bakal berhijab tidak lama lagi.




Baru baru ini, ketika hadir ke majlis kemuncak Kunci AM Krew berlangsung di Berjaya Times Square, Fara Fauzana mencuri perhatian media kerana tampil berselendang & mengakui yang dirinya dalam proses berhijab sepenuhnya.

Kenyataan Fara Fauzana dipetik dari portal GUA,

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberi komen kerana tidak mahu ada pihak memberikan persepsi yang lain kepada saya. Secara peribadi, memang saya dalam proses untuk ke arah itu. Saya mengharapkan agar peminat-peminat mendoakan yang terbaik untuk saya”

Sebelum ini, jika dirinya disoal mengenai bertudung, Fara lebih gemar mendiamkan diri tetapi kini dia sudah bersedia untuk memberikan maklumbalas kepada pihak media.

“Umur saya sudah mencecah 30-an, ianya bukan satu perkara yang begitu mengejutkan. Saya sendiri sudah lama menyimpan niat, namun secara perlahan-lahan ianya datang kepada saya sekarang. Saya belajar untuk menjadi lebih bersabar dan tidaklah ‘seganas’ dulu”

Tegas Fara, perubahannya baru baru ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak mahupun teman lelaki. Tetapi Fara tidak menolak, jika sudah tiba jodoh, dia akan berumah tangga jua. 


Apa apa pun, kami doakan yang terbaik untuk Fara Fauzana.

















Tiada siapa menyangka tali pertunangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri yang dibina sejak Disember 2012 sudah putus secara tidak rasmi setelah aktor itu mendedahkan sudah memiliki kekasih baru bernama Hanis Husna. 

Orangnya tidaklah secantik dan sejelita Redzwani Puteri namun penampilan wanita itu lebih seksi dan sosial. Mungkin inilah antara punca mengapa Shah Jaszle tertarik dan terpikat. 


Sehubungan itu, gelaran perampas kini bertukar tangan daripada Hanez Suraya kepada Hanis Husna. Sebahagian pengikut Shah meninggalkan komen pedas yang menganggap kekasihnya sebagai punca perpisahan aktor kesayangan mereka dengan bekas tunang yang juga pelajar jurusan perubatan di Malaysia Science University (MSU), Shah Alam. 
Bagaimanapun, Hanis menerusi Harian Metro menafikan tomahan tersebut dan melahirkan perasaan sedih dituduh merampas tunang orang tanpa mengetahui cerita sebenarnya. 

“Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shahz dan tunangnya." 

"Memang saya kekasih Shahz tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya. Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang (luar) tak tahu cerita sebenar.” 






Artis yang pernah memenangi Oscar asal Kenya, Lupita Nyongo terpilih sebagai wanita tercantik di dunia tahun 2014 versi majalah People.

Artis berusia 31 tahun itu berkata "tidak pernah bermimpi" ia mendapat pujian kerana prestasi beliau dan melihat wajahnya di muka depan majalah mingguan AS itu.

Nyongo meraih populariti selepas membintangi filem 12 Years of Slave, dan berjaya memenangi Oscar sebagai pelakon pembantu wanita terbaik pada Mac 2014.

Dia mulai dikenali saat menjadi model syarikat kosmetik gergasi Perancis, Lancome.

Nyongo mengatakan adalah "hal yang sangat menggembirakan dan pujian yang luar biasa" untuk tampil di sampul majalah People.

"Saya merasa gembira untuk semua perempuan yang akan melihat saya di majalah itu dan merasa sedikit lebih terlihat," ujar Nyongo seperti dikutip People.

Sumber: news.detik.com

Pakistan – Gara-gara berdepan dengan masalah rumahtangga, seorang suami hilang akal lalu memotong kedua-dua belah kaki isterinya dengan kapak, dalam satu kejadian malang malam semalam.

Kejadian itu berlaku di bandar Shahpur di Punjab, iaitu kira-kira dua bulan selepas pasangan tersebut mendirikan rumahtangga.

Lelaki berkenaan, Memoona Bibi dilaporkan mula mendera isteri keduanya itu beberapa hari selepas mereka berkahwin bulan lepas.

Dia dilaporkan memukul isterinya dengan kayu sebelum mengambil kapak dan memotong kedua-dua kaki wanita itu.

Jiran-jirannya yang mendengar pertengkaran itu kemudiannya menahan Memoona dan menyerahkan kepada polis manakala isterinya dibawa ke hospital.

PETALING JAYA – Sebuah pesawat latihan terhempas berhampiran Taman Kurnia Jaya dekat Pengkalan Chepa, Kelantan pada Isnin.
Keadaan juruterbang yang diselamatkan selepas pesawat ringan yang dipandunya terhempas di Pengkalan Chepa.
Maklumat awal mendapati juruterbang pelatih pesawat berkenaan cedera parah.
Tiada kecederaan membabitkan orang awam dilaporkan akibat insiden berkenaan.
Dipercayai pesawat itu milik Asia Pasific Flight Training.


BEIJING – Seorang pemuda di China, Wang Mou ditangkap kerana menyamar sebagai wanita dan berkahwin dengan tiga lelaki sebelum melarikan wang hantaran pertunanganmereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar Dahe Daily melaporkan Mou (gambar), 18, telah berkahwin dengan tiga orang lelaki pada tahun ini.

Pemuda itu menyamar sebagai wanita selepas dia ditipu oleh seorang wanita lain yang menjanjikan untuk mendapatkan pekerjaan kepadanya.
Namun, apa yang berlaku pada dirinya ialah pemuda itu dijual oleh wanita yang menjanjikan pekerjaan kepadanya dengan dijadikan isteri kepada lelaki lain.

“Dia menipu saya. Saya kemudiannya mendapat peluang untuk melarikan diri. Saya menyedari bahawa saya dapat menggunakan kaedah yang sama sebagai jalan singkat untuk mendapatkan wang,” kata Mou.
“Ramai orang menyangka saya ialah seorang wanita apabila kali pertama melihat saya,” tambahnya.

Selepas perkahwinan pertamanya, dia menjual dirinya dengan bantuan seorang rakan kepada dua lagi lelaki dengan bayaran 10,208 yuan (RM4,797).
Pemuda itu ditangkap semasa cuba melarikan diri pada hari perkahwinan ketiganya oleh beberapa wanita tempatan yang kemudian menyerahkannya kepada polis setelah mereka menyedari dia sebenarnya seorang lelaki.

NIAT seorang polis trafik yang cuba menasihati seorang gadis yang menjual sirih ditepi jalan di Taiwan, akhirnya bertukar menjadi pergaduhan apabila beliau membelasah gadis tersebut.
Pada mulanya, polis trafik itu telah menegur gadis tersebut dengan baik kerana beliau berpakaian terlalu menjolok mata ketika menjalan urusan perniagaannya.
Aksi gadis tersebut kelihatan bertambah lucah apabila sengaja duduk bertinggung hingga menampakkan seluar dalamnya untuk menarik pelanggan.

Setelah ditegur dengan baik, tiba-tiba gadis tersebut berang dan menengking pegawai polis tersebut. Kemudian pegawai polis tersebut memberi amaran kepada gadis itu supaya bersabar kerana tindakannya itu akan boleh menyebabkan beliau di tahan kerana menghina pegawai kerajaan.
Situasi menjadi lebih kronik apabila gadis seksi tersebut menengking pegawai polis itu, akibatnya beliau ditarik keluar dari kedai untuk ditahan. Akhirnya pergelutan berlaku antara mereka berdua, dan gadis tersebut teruk dibelasah.
Kejadian tersebut dirakamkan melalui pelbagai sudut CCTV dan juga telefon bimbit.

LONDON - Dua wanita berani berhasrat mencatat nama mereka dalam rekod dunia dengan mendayung melintasi Lautan Atlantik dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan Mel King, 37 dan Annie Januszewski, 40, mahu melakukan pengembaraan sejauh 4,600 kilometer itu tanpa seurat benangdengan menggunakan sebuah bot dayung.
Pada mulanya, dua wanita itu memutuskan untuk memakai coli dan seluar dalam sepanjang perjalanan jauh itu bagi mengelakkan badan mereka melecet akibat pakaian basah.
Namun, pasangan itu menukar fikiran selepas itu kerana denganberbogel, mereka boleh memberi tumpuan penuh untuk mendayung.
“Kami berharap dengan berbogel, kami dapat mencatat masa lebih pantas,” kata Januszewski sebelum mereka dijadual berlepas kelmarin dari Gomera di Kepulauan Canary, Sepanyol dan menamatkan pelayaran di Antigua, Februari depan.-AFP

Shah Alam : Spekulasi mengenai krisis rumahtangga Adam AF2 dan isterinya pelakon Fiza Elite akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Nazri Basrawi jam 1.05 tengah hari. 


Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, sebelum itu mengemukakan permohonon lisan untuk mengadakan prosiding tanpa kehadiran wartawan atas alasan dia adalah seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga mereka diketahui umum.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan lisan Fiza dan memerintahkan semua wartawan yang berada di dalam mahkamah untuk keluar.  

Bekas penyanyi kumpulan Elite yang berjubah hitam itu hadir ke mahkamah bersama Adam serta ditemani beberapa rakan artis, termasuk rakan baik Fiza, Azza Elite.


Malaysia perlu memastikan masyarakat bukan Islam di negara ini mendapat peluang yang sama seperti majoriti penduduk beragama Islam jika negara Asia Tenggara itu mahu terus makmur, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, dalam lawatannya ke Malaysia, 48 tahun selepas presiden terdahulu negara itu datang ke sini.
“Malaysia tidak akan berjaya jika bukan Islam tidak mendapat peluang yang sama,” katanya dalam majlis pertemuan dua hala untuk belia Asean di Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
Obama berkata, masyarakat bukan Islam di Malaysia pada masa ini berdepan permusuhan, dan ada yang rasa tertindas.
“Sepatutnya tidak ada alasan untuk diskriminasi, dan anda perlu memastikan anda menentang perkara ini dalam kehidupan harian.
“Dan apabila anda mula menjadi pemimpin, anda perlu berada di pihak politik yang membawa rakyat bersatu, bukan memisahkan mereka,” katanya.
Obama berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang belia Myanmar mengenai faktor kerjasama yang boleh membawa Asean bersatu memandangkan negara Asean mempunyai kepelbagaian dan perbezaan.
Beliau berkata, sumber konflik terbesar dan peperangan serta kesukaran yang dilalui di dunia berpunca daripada masyarakat yang memberikan layanan berbeza kepada mereka yang tidak sama seperti mereka.
Katanya, situasi di Myanmar sekarang ialah negara itu melalui perubahan selepas berdekad ditindas kerajaan, dan negara itu kini cuba untuk bersikap lebih terbuka.
“Namun, bahayanya sekarang ialah mereka sedang mendemokrasikan, akan ada kumpulan dalam Myanmar yang mungkin menyusun diri mereka secara politik dengan identiti agama atau etnik, bukan berpegang kepada prinsip keadilan atau undang-undang dan demokrasi.
“Dan anda sebenarnya boleh lihat konflik yang akan membawa Myanmar ke arah yang tidak baik,” katanya dan menambah salah satu masalah di Myanmar ialah hak golongan minoriti masyarakat Islam di negara itu tidak dilindungi.
Obama berkata, situasi itu bukan berlaku di Myanmar sahaja, kerana di Malaysia, yang mempunyai populasi masyarakat Islam, ada keadaan di mana mereka yang  bukan Islam mendapati diri mereka berdepan dengan permusuhan.
Katanya, di AS sendiri, mengikut sejarahnya, konflik terbesar timbul mengenai kaum, tetapi selepas beberapa generasi, keadaan itu diperbaiki, sehingga satu tahap, beliau boleh dipilih menjadi presiden.
“Kita semua, dalam diri kita ada rasa bias dan prejudis terhadap orang lain yang tidak sama seperti kita atau mereka yang tidak dibesarkan dengan keimanan yang sama atau datang daripada latar belakang berbeza, tetapi dunia semakin mengecil.
“Anda boleh berfikir seperti itu ketika tinggal berasingan di kampung-kampung dan puak berbeza dan tidak perlu ada hubungan komunikasi antara satu sama lain.
“Tetapi dengan adanya internet dan telefon pintar, budaya saling bercanggah, tidak ada negara yang boleh berjaya jika ada sebahagian populasinya diketepikan dan didiskriminasi,” katanya.
Katanya, perkara yang serupa boleh berlaku kepada negara ini, Malaysia tidak akan berjaya jika masyarakat bukan Islam tidak diberi peluang, dan perkara yang sama boleh berlaku di Myanmar jika populasi Islam terus tertindas.
“Malaysia tidak akan berjaya jika bukan Islam tidak mendapat peluang yang sama adil, Myanmar tidak akan berjaya jika populasi Islam di sana terus ditindas.
“Tidak ada masyarakat yang akan berjaya jika separuh daripada populasi wanita anda tidak menerima pendidikan dan peluang pekerjaan yang sama seperti lelaki,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru belia untuk meraikan budaya dan bangga dengan diri sendiri, dan pada masa sama menghargai perbezaan dalam bahasa, makanan dan bagaimana seseorang mempunyai cara berbeza dalam keimanan kepada Tuhan, serta menambah perbezaan itu adalah perkara yang patut dibanggakan dan bukan alat untuk memandang rendah kepada orang lain.
Beliau juga meminta generasi baru untuk cuba “berada di tempat seseorang yang berbeza dan melihat daripada kaca mata mereka”.
Obama berkata, hampir semua agama mengajar prinsip asas “berbuat baik kepada orang lain seperti mana anda mahu orang lain berbuat baik kepada anda” dan “beri layanan yang baik seperti mana anda mahu dilayan”.
“Jika anda tidak berbuat demikian, maka maknanya kita berpatah balik, bukan terus maju ke depan dan ini adalah benar untuk masyarakat seluruh dunia,” katanya di depan kira-kira 700 belia dan wakil persatuan awam.  – 27 April, 2014.


PETALING JAYA: Pelakon Ainul Aishah  terkilan apabila dikatakan mempunyai masalah dengan sebuah akhbar dan hanya memilih media tertentu sahaja untuk menerima tawaran ditemubual.

Malah Ainul, 29, turut terkejut apabila dikatakan telah menghasut rakan artis lain supaya tidak bekerjasama dengan akhbar berkenaan.



"Ini fitnah, saya tidak pernah ada masalah dengan mana-mana media, apatah lagi untuk menghasut artis lain agar tidak bekerjasama dengan sesebuah akhbar.

"Selama ini saya tidak pernah kisah untuk bekerjasama dengan mana-mana penerbitan pun untuk sesi fotografi. Saya sedar tahap saya di mana untuk berbuat demikian," katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.

Ainul berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu kononnya dia memilih akhbar-akhbar tertentu untuk menjalani sesi fotografi.

Dia dilaporkan bersikap sedemikan kerana akhbar berkenaan dikatakan tidak menganjurkan apa-apa anugerah yang boleh mengangkat nama seseorang artis.

Ainul berkata, sudah hampir setahun dia tidak menerima sebarang perlawaan untuk mengadakan sesi fotografi berikutan keputusannya untuk berehat daripada dunia hiburan.

"Saya pelik juga, kenapa timbul berita itu sedangkan saya sudah lama tidak dipanggil untuk fotografi kerana saya tiada cerita.


"Saya tidak aktif selama setahun ini kerana sibuk dengan perniagaan biskut dan menolak tawaran berlakon buat sementara waktu," katanya.

Tambah Ainul, khabar angin tersebut boleh menjejaskan imej dan persepsi buruk masyarakat dan media terhadapnya.

Bagaimanapun, kata Ainul, pada tahun ini, dia kembali aktif dan menerima beberapa tawaran drama berikutan perniagaan biskut Ainul  A Cookies sudah mempunyai pekerja.

Dia akan aktif sehingga projek terbaharu yang dirancang untuk perniagaan biskut itu terlaksana. 

"Saya ada team untuk bisnes ini, dan sekarang kami sedang merancang untuk buka sebuah kedai tetapi dalam proses lagi.

"Oleh itu, saya kembali ambil tawaran berlakon semula sementara team saya sibuk dengan persiapan bagi mengembangkan perniagaan itu," katanya.

Dalam perkembangan terbahru lain, Ainul baharu sahaja muncul dengan telefilem Toll Gate Asmara bagi siaran slot cerekarama di TV3.

Shenyang: Gambar satu pasangan yang duduk di bahagian tingkap sebuah teksi untuk merakamkan gambar ‘selfie’ mereka mendapat kritikan hebat pengguna Internet apabila ia dimuat naik di laman sosial China baru-baru ini.
Mereka dilabel sebagai ‘mabuk atau bodoh’ kerana melakukan perkara berkenaan dalam keadaan teksi yang bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam, sekali gus membahayakan keselamatan sendiri.
Ketika ditanyakan pemberita mengenai hal itu, pemandu teksi berkenaan menyatakan, pasangan itu tiba-tiba mengeluarkan badan mereka melalui tingkap di bahagian penumpang dan duduk sambil mengambil gambar berdua ketika dia sedang memandu di bandar dalam wilayah Lioning itu.



Kedua-dua mereka dikatakan berada dalam keadaan mabuk.
Gambar ‘kebodohan’ pasangan itu tersebar secara meluas di Internet dan mengundang kritikan dalam kalangan pengguna yang melihatnya. - Agensi

Beijing: Seorang lelaki menculik kekasihnya berusia 21 tahun yang sarat mengandung sebelum mengikat kanister gas pada belakangnya yang dinyalakan apabila polis datang menyelamatkan wanita berkenaan.
Li Moulian, 36, mengheret Xu Fan, 21, yang sedang tidur dari katilnya dan disumbat ke belakang keretanya sebelum dia mencederakan wanita berkenaan dengan kejam di Huizhou, wilayah Guangdong di selatan China.
Akibatnya pasangan itu terlantar sebelah-menyebelah di hospital manakala doktor berusaha menyelamatkan kedua-duanya. Namun ajaibnya, bayi dikandung Xu terselamat walaupun kecederaan dialami wanita terbabit begitu teruk.




Xu dipercayai mengandung selepas hubungan satu malam dengan Li, namun pasangan itu bersetuju terus menjalin hubungan, malah memilih untuk tinggal bersama.

Bagaimanapun, Li dipercayai tertekan selepas enam bulan. Dia menyerang Xu ketika tidur, malah mengugut berkali-kali akan membunuhnya.
Dia memandu di sekitar bandar itu sebelum dijejaki polis yang dihubungi jiran selepas melihat Xu diheret ke dalam kereta teman lelakinya itu, namun ketika itu Li sudah meletupkan kanister gas berkenaan.


Anggota polis berjaya menarik Xu keluar dari kereta itu sebelum memadamkan api dan membawa kedua-duanya ke hospital untuk rawatan. Kecederaan dialami Li amat serius dan dia tidak dijangka dapat diselamatkan.

Bapa saudara Xu, Wu Chin, 47, berkata, keluarganya pernah menasihatkan wanita itu supaya berhati-hati dalam hubungannya dengan Li. - Agensi


Kuala Lumpur: Seorang gadis berusia 17 tahun nekad melawan suspek lelaki yang cuba merogolnya walaupun penjenayah itu mencekik leher mangsa sekuat hati.
Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa dikatakan diserang penjenayah ketika menunggu ibunya untuk keluar makan di kawasan perumahan berhampiran Taman Muda, Ampang, di sini.
Sumber polis berkata, mangsa yang bersendirian dihampiri suspek berusia lewat 20-an dari arah belakang sebelum memeluknya.

“Mangsa meronta-ronta bagi melepaskan diri, namun dipukul lelaki terbabit. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dicekik suspek dipercayai bagi mengelakkannya menjerit.
“Remaja terbabit terus bergelut sebelum lelaki itu cuba menanggalkan pakaiannya dipercayai bagi merogol mangsa,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang bergelut dengan suspek kemudian terjatuh sebelum menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai.

“Jeritan kuat itu didengari penduduk kawasan berkenaan sebelum lima hingga tujuh lelaki bergegas memberi bantuan,” katanya.

Johor Bahru: Hasrat dua beradik untuk menemui ibu yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, tidak kesampaian apabila motosikal yang mereka tunggang digilis treler di Kilometer 14.8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.20 pagi, mangsa, Mohd Nor Hafis Bokhari, 28, yang menunggang motosikal Honda Wave 125 dipercayai cuba memotong treler itu namun gagal.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, akibat kejadian itu, Mohd Nor Hafis dan adiknya, Nur Saifuddin, 19, yang membonceng motosikal berkenaan, maut di tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan awal yang dijalankan di tempat kejadian mendapati keadaan jalan kering, cuaca baik dan pandangan tidak terhalang.

“Kemalangan disyaki berlaku apabila motosikal Honda Wave125 ditunggang mangsa cuba memotong treler di sebelah kiri jalan namun gagal apabila bergesel di bahagian tengah treler menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh dan digilis tayar belakang kenderaan berat itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Melaka: Tindakan seorang janda membawa anak berusia lima tahun ketika berkhalwat dengan teman lelakinya terbongkar selepas mereka ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai, Batu Berendam, semalam.
Difahamkan, dalam serbuan jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 33 tahun dari Kuala Lumpur itu membawa anak lelakinya ketika ditahan bersama pasangannya berusia 43 tahun.
Menurut sumber, ketika pemeriksaan pasangan itu cuba menyembunyikan status mereka dengan mengaku sudah berkahwin sebelum diserahkan kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

“Sebaik pintu bilik diketuk anggota polis, seorang lelaki membuka pintu dan mengaku sudah berkahwin serta mempunyai anak.

“Namun, apabila kita membuat siasatan awal, mereka gagal menunjukkan bukti pernikahan sebelum mengaku baru saja berkenalan dan belum berkahwin,” katanya, semalam.