Shah Alam : Spekulasi mengenai krisis rumahtangga Adam AF2 dan
isterinya pelakon Fiza Elite akhirnya terjawab apabila mereka sah
bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, melafazkan talak
satu itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Nazri Basrawi jam 1.05 tengah
hari.
Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, sebelum itu mengemukakan permohonon lisan untuk mengadakan prosiding tanpa kehadiran wartawan atas alasan dia adalah seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga mereka diketahui umum.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan lisan Fiza dan memerintahkan semua wartawan yang berada di dalam mahkamah untuk keluar.
Bekas penyanyi kumpulan Elite yang berjubah hitam itu hadir ke mahkamah
bersama Adam serta ditemani beberapa rakan artis, termasuk rakan baik
Fiza, Azza Elite.
No comments
Post a Comment