LONDON - Dua wanita berani berhasrat mencatat nama mereka dalam rekod dunia dengan mendayung melintasi Lautan Atlantik dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan Mel King, 37 dan Annie Januszewski, 40, mahu melakukan pengembaraan sejauh 4,600 kilometer itu tanpa seurat benangdengan menggunakan sebuah bot dayung.
Pada mulanya, dua wanita itu memutuskan untuk memakai coli dan seluar dalam sepanjang perjalanan jauh itu bagi mengelakkan badan mereka melecet akibat pakaian basah.
Namun, pasangan itu menukar fikiran selepas itu kerana denganberbogel, mereka boleh memberi tumpuan penuh untuk mendayung.
“Kami berharap dengan berbogel, kami dapat mencatat masa lebih pantas,” kata Januszewski sebelum mereka dijadual berlepas kelmarin dari Gomera di Kepulauan Canary, Sepanyol dan menamatkan pelayaran di Antigua, Februari depan.-AFP
No comments
Post a Comment