Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan Malaysia menembak mati lebih ramai lelaki bersenjata apabila mereka memperluaskan pemburuan terhadap kumpulan bersenjata Sulu pada Rabu, selepas operasi ofensif menentang kumpulan itu di Kampung Tanduo pada Selasa.
[Wow] - Berita Tempatan
KUALA LUMPUR: Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.
Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.
[Wow] - Berita Tempatan
Seorang pengganas Sulu yang dibunuh oleh penduduk setempat di Semporna baru-baru ini tidak hanya mendedahkan wujudnya penyertaan militan dari Selatan Filipina dalam kes pencerobohan Sabah malah tangkal yang dipakai lelaki yang mati itu menunjukkan amalan ilmu hitam dijadikan sandaran untuk menambah keyakinan di medan tempur.
Dalam kejadian di Kampung Sri Jaya, Simunul itu selepas serangan hendap oleh pengganas Sulu yang mengorbankan 6 nyawa anggota keselamatan negara, penduduk setempat yang kebanyakannya keturunan Sulu telah mengambil tindakan drastik membelasah dan membunuh seorang pengikut MNLF bersenjatakan M16 yang mengaku telah membunuh 6 polis tersebut.
[Wow] - Berita Tempatan
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan dua pemimpin pembangkang terlibat sebagai perancang dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
Menurut Anwar dakwaan terbabit muncul apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, R. Sivarasa pergi ke Filipina pada 7 Februari lalu iaitu dua hari sebelum penceroboh Sulu memasuki Kampung Tanduo di Lahad Datu Sabah.
[Wow] - Berita Tempatan
Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu yang diketuai adiknya, Azzumudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.
Lebih-lebih lagi di saat perebutan tahtha Kesultanan Sulu yang semakin rumit apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada 9 orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu sebenar. Jamalul Kiram III dan adiknya Esmail Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.
[Wow] - Informasi
Berjuta-juta belalang telah menyerang ladang pertanian yang terletak di Giza, Kaherah.
Video di bawah menunjukkan serangan belalang tersebut pada 3 Mac lalu.
Menurut Menteri Pertanian Mesir, Salah Abad Almoman berkata kumpulan belalang itu dianggarkan sebanyak 30 juta ekor dan ia telah mengakibatkan pelbagai kerosakan terhadap tanaman.
[Wow] - Biar Betul
SEREMBAN – Pelawak, Helmi Gimik nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba dalam satu kejadian di Jalan Bukit Tangga, Jelebu–Seremban, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Helmi bersama dua rakannya menaiki kereta jenis Mercedes Benz E240 dalam perjalanan pulang ke Nilai selepas membuat persembahan di majlis yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, Jelebu, di sini.
Hiburan
Afghanistan - Seorang tentera Rusia yang hilang selama 33 tahun akhirnya ditemui di kawasan pedalaman Afghanistan dengan identiti baru.
Bakhretdin Khakimov kini dikenali sebagai Sheikh Abdullah dan merupakan pengamal perubatan di Heart.
[Wow] - Berita Tempatan
London – Mathew Whelan, 33, merupakan lelaki yang mempunyai paling banyak tatu di badannya meliputi 80 peratus termasuk di bahagian mata.
Dia sanggup menghabiskan wang sehingg £20,000 bagi tujuan berkenaan.
[Wow] - Macam macam
KUALA LUMPUR – Bagi peminat yang sering mengikuti perkembangan anak watan Malaysia, Yunalis Zarai atau Yuna, yang kini merentas dunia mempertaruhkan muzik dan bakatnya pasti akan gembira dengan sebuah lagi pencapaian yang diraih penyanyi berusia 27 tahun ini.
[Wow] - Hiburan
MANILA – Sultan Jamalul Kiram III menolak label pengganas yang dikenakan, oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina, ke atas pengikutnya yang menceroboh Lahad Datu, Sabah awal bulan lalu dan berkubu sehingga sekarang.
Label pengganas dikeluarkan beberapa jam selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas kumpulan yang berkubu di Lahad Datu.
[Wow] - Berita Dunia
AMPANG – Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun. |
[Wow] - Jenayah
Seorang kanak-kanak Britain berusia lima tahun yang bermain permainan percuma di dalam iPad tanpa disedarinya membelanjakan wang bapanya lebih 1,700 pound (RM8,059) ke atas iklan tambahan di tablet itu.
Danny Kitchen sebelum itu meminta bapanya kod laluan bagi membolehkannya memuat naik permainan percuma Zombies di dalam iPad.
[Wow] - Biar Betul
Seorang kanak-kanak lelaki di sini tidak menyangka belon berisi gas helium yang dilepaskannya dari sekolahnya di sini pada Disember lalu ditemui semula di Australia, semalam.
Joshua Blackaby, 6, terkejut apabila menerima sepucuk surat daripada seorang kanak-kanak perempuan bernama Millie dari Australia yang memberitahunya bahawa belonnya ditemui tersangkut pada sebatang pokok di belakang rumahnya di Kurrajon Timur, New South Wales, kira-kira 80 kilometer dari Sydney.
[Wow] - Macam macam
WOOOOWWW!! Apa celoppp Group nih!! Panas dan menghanjing tentang Sabah tak tentu pasal! Siapa Admin group nih erkkk??
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments