Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]30 Juta Belalang Serang Mesir!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

30 Juta Belalang Serang Mesir!

Berjuta-juta belalang telah menyerang  ladang pertanian yang terletak di Giza, Kaherah.
Video di bawah menunjukkan serangan belalang tersebut pada 3 Mac lalu.
Menurut Menteri Pertanian Mesir, Salah Abad Almoman berkata kumpulan belalang itu dianggarkan sebanyak 30 juta ekor dan ia telah mengakibatkan pelbagai kerosakan terhadap tanaman.

Di Kaherah, penduduknya cuba membuat pembakaran tayar untuk mengelakkan serangga hijau itu daripada terus menyerang kawasan penempatan mereka.

Perpindahan besar serangga itu turut dilaporkan sudah sampai sehingga ke Zafarana, 200 kilometer daripada Kaherah.

Selain itu, belalang-belalang tersebut turut dikhabarkan sudah melanda kawasan Qena di mana mereka telah dikesan menyerang tiga kampung utama yang terletak di situ.

Sumber Al-Ahram melaporkan sejak Januari lalu, perpindahan serangga bermula di Sudan terus melangkaui kawasan Laut Merah, Selatan Timur Mesir, Utara Timur Sudan, Eritrea dan Arab Saudi.

Pada 2004, serangan belalang yang paling teruk dalam sejarah pernah berlaku di sana apabila 15 daripada 27 daerah pertanian mengalami kerosakan tanaman yang sangat teruk.

Kementerian Pertanian Mesir sudah mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi.

Seorang professor di Fakulti Pertanian di Universiti Kaherah berkata, Persatuan Makanan dan Pertanian daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebelum ini pernah mengeluarkan amaran berhubung bahaya serangan belalang pada November lalu tetapi pihak kementerian enggan mempercayainya serta menganggap perkara itu adalah sebagai khabar angin sahaja.

Professor Nader Nur Al-Din turut mendakwa dia juga sudah memberitahu mengenai amaran bahaya itu kepada pihak kementerian sendiri tetapi mereka tetap tidak mengendahkannya dan enggan melayaninya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments