Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Keunikkan kepompong yang dikatakan merupakan spesis baru telah membuka mata pakar alam sekitar. Ini kerana kepompong ini membina satu tiang tengah serta pagar untuk menghalang serangga untuk mengganggu kehidupan mereka. 





siapa pernah tengok Looper, Rise of the Planet of The Apes, Planet of the Apes, Salt, Click, Blade 3, Benjamin Button danRing? Kalau anda ingin tahu solekan kesan khas yang cool dari filem-filem diatas dihasilkan oleh Kazuhiro Tsuji yang berasal dari Kyoto Jepun. Beliau kemudian mengembangkan sayap ke Amerika Syarikat dan melakukan solekan untuk filem Men In Black. Solekan beliau terkenal kerana ianya hiper realistik dan oleh sebab itu beliau memenangi pelbagai anugerah industri kesan khas. Beliau kini mempunyai syarikat kesan khas beliau sendiri. 



Laporan asal Kazuhiro Tsuji

Jarang sekali kita lihat pejabat syarikat bukan teknologi mempunyai rekaan sebebeni. Pejabat baru Bank of Australia di Melbourne Waterfront memecahkan tradisi ini. Rekaan dalamannya bukan sahaja nampak ceria tetapi sangat moden. Biasanya pejabat bank nampak skema dan old fashioned. Warna terang dan bentuk geometri digunakan pada keseluruhan bangunan. Very nice. Kalau semua pejabat macam ini pastinya cool. Barulah ada semangat nak datang kerja.






Laporan asal TrendIdeas
SEBUAH bandar kecil di Florida dekat sini, Broolsville memperkenalkan peraturan baru yang buat kali pertama mewajibkan setiap penduduk tidak kira jantina supaya memakai seluar dalam sewaktu bertugas.


Namun undang-undang kecil yang digubal itu mencetuskan pertikaian di kalangan penduduknya dan didakwa sebagai melanggar kebebasan. Malah, peraturan baru itu melarang pakaian dalam untuk dipertonton secara terbuka.


Turut dipinda ialah peraturan yang mewajibkan pekerja memakai deodoran bagi menghilangkan bau busuk ketiak di dalam pejabat. Selain itu, mereka dilarang memakai anting-anting di telinga dan pakaian yang berbaur lucah.


Pihak dewan bandaran menegaskan penduduk yang melanggar undang-undang kecil itu boleh dihukum denda. Bagaimanapun, Datuk Bandarnya, Joe Bernadini menentang pindaan itu sebagai mencabuli hak asasi manusia.
Seekor monyet di Desa Pasirian di sini jatuh cinta dengan seekor ayam betina sehingga menjadi tumpuan penduduk kampung.  
Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra. Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu.

Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya.

Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak.

"Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah," kata Ali.

Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya.

Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra.

Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat percintaan antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar.

Semasa monyet dan haiwan itu berkasih-kasihan, penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa. - Agensi
Gambar kesesakan lalu lintas paling teruk di dunia. Inilah beberapa gambar kesesakan jalan raya paling teruk di dunia yang pernah berlaku. 

Memang menakutkan sekali kerana sebarang perlanggaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja. 

 







China juga mempunyai program SERENTI mereka sendiri. Dibawah ialah pusat pemulihan dadah di Kunming, Provinsi Yunnan. Disini penagih dadah dirawat dengan menggunakan rawatan psikologi , terapi muzik dan aktiviti fizikal. Nampak mewah bukan?






Laporan asal Reuters
Pada setiap bulan keenam menurut kalendar Cina, etnik minoriti Miao, Yao dan Dong menyambut festival tempatan yang dikenali sebagai Naoyu. Perayaan tersebut disambut oleh penduduk kampung di daerah Rongshui dalam Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, selatan China.
 
Pada perayaan tersebut, orang ramai menangkap ikan dan berdoa untuk memohon kekayaan, hasil pertanian yang banyak dan kehidupan tenteram. Mereka turut melakukan acara korban dengan menggantung seekor lembu pada dahan pokok sehingga haiwan itu mati. Penduduk kampung kemudian akan mengagihkan daging haiwan tersebut sesama mereka. – Reuters

Tradisi Pelik Gantung Lembu Di Pokok

2013 07 12 060905 300x206 Upacara Gantung Lembu Mohon Kekayaan
Tradisi Pelik Gantung Lembu Di Pokok

Di China, tidak pelik jika anjing dijadikan sebagai makanan kerana permintaannya cukup tinggi. Mungkin rasa dagingnya sangat sedap? 

Anjing yang masih hidup dipukul sehingga mati kemudian direndam di dalam air panas untuk memudahkan proses membuang bulu. Setelah bulu habis dibuang, sekali lagi ianya direndam untuk dibersihkan. Sesudah itu, anjing dipotong untuk mengeluarkan segala kandungan yang ada di dalam badan. Selesai semuanya, anjing tersebut akan dijemur dan dikeringkan.



Memang pelik jika kita mendengar Buaya Panggang. Tapi lain pula di China kerana Buaya Panggang ini merupakan salah satu makanan popular di negara mereka. Admin pernah makan buaya. Memang Sedapppppp.. 


Seks Haiwan

London – Pada April lalu, polis Britain menangkap seorang lelaki kerana kesalahan mencuri.
Bagaimanapun, siasatan yang dilakukan menemui jenayah lain yang lebih mengejutkan.

Polis menahan Graham Redfearn, 41, kerana disyaki memecah masuk sebuah kediaman dan mencuri. Apabila menggeledah rumah suspek, mereka menemui rakaman video lucah lelaki terbabit, menunjukkan dia yang melakukan seks dengan seekor kuda, manakala dalam satu lagi rakaman menunjukkan dia melakukan seks dengan dua ekor anjing.

Redfearn memberitahu polis dia hanya menjalankan “eksperimen” dengan berbaring di atas katil, manakala selebihnya dilakukan anjing itu,” lapor akhbar Metro UK.

Menurut Shropshire Star, polis percaya Redfearn ingin berkongsi video itu dengan orang lain. Dia mengaku bersalah terhadap dakwaan aktiviti seksual bersama kuda dan anjing, selain dua lagi tuduhan menghasilkan imej lucah melampau.

Redfearn turut memuat turun status di Facebook mengatakan dia tidak sabar untuk “bekerja” dengan kuda dan pernah mempunyai pengalaman melakukan kerja sedemikian.

Mahkamah Khamis lalu, melarang Redfearn memiliki haiwan dan dia dikenakan arahan larangan aktiviti seksual selama 10 tahun.

Menurut akhbar Mirror pula, dalam kenyataannya kepada mahkamah di Shrewsbury, Redfearn berkata, dia berkelakuan demikian kerana pernah didera dan diperkosa anjing German Shepherd ketika berusia 12 tahun.

Walaupun video menunjukkan dia melakukan seks dengan kuda, Redfearn terlepas hukuman penjara kerana tiada bukti menunjukkan bahawa haiwan berkenaan marah atau cemas.
 
Ini bukan kes seksual dengan haiwan yang pertama di Britain dibicarakan.

Ogos lalu, seorang lelaki dari Wiltshire dilarang melakukan kerja di ladang selepas mengaku melakukan seks dengan seekor kambing. Awal minggu ini, dia dijatuhkan hukuman penjara enam minggu. – Agensi
Lelaki Makan 12,000 Big Mac Dalam 30 Tahun

SEORANG lelaki dari Utah kelihatan normal dan tidak gemuk mahupun obes tetapi beliau cukup meminati menu makanan segera McDonald’s iaitu BigMac sejak tiga dekad lalu yang dikatakan menggemukkan.

Sepanjang tempoh itu, beliau sudah pun memakan kira-kira 12,000 burger Big Mac yang cukup disukainya.

Dennis Rosinlof mula memakan Big Mac sejak mula berkerja sebagai seorang jurujual 30 tahun lalu.

Dalam tempoh 20 tahun sebelum ini, beliau yang juga seorang veteran tentera Perang Vietnam  memakan 10 burger berkenaan seminggu dan padanya masih tidak mencukupi.

Beliau makan satu pada Isnin ketika pulang dari kerja, dua pada Selasa ketika pergi dan pulang kerja, satu Big Mac untuk sarapan pagi pada Rabu, dua pada Khamis dan Jumaat dan dua pada hari Sabtu.

Rosinlof hanya berhenti seketika dari memakan Big Mac pada hari Ahad kerana isterinya memasak makanan untuk sekeluarga pada hari itu.

Rosinlof menganggarkan sudah membelanjakan US$60,000 kira-kira RM195,360 untuk BigMac sejak mula memakan burger dua tingkat itu.

Sudah pasti bagi seseorang yang memakan makanan segera enam hari seminggu pasti bersaiz besar dan gemuk tetapi tidak bagi Rosinlof yang bentuk badannya tegap dan ideal.
Dengan ketinggian 1.82 meter, berat hanya 74.8 kg dan paras kolesterol di bawah 200, isterinya seorang jururawat dan anaknya sentiasa menasihati lelaki itu agar makan dengan lebih sihat.

Bagaimanapun, apabila melihat tabiat memakan Big Mac tidak menjejaskan kesihatan lelaki itu keluarganya berhenti dari terus menasihatinya.

Satu hidangan Big Mac mengandungi 930 kalori, jika beliau makan dua kali sehari Dennis tidak akan melebihi jumlah kalori yang sepatutnya diambil iaitu 2,000 kalori.

Rosinlof hanya makan Big Mac dan tidak mengambil makanan kurang berkhasiat yang lain.
“Saya sentiasa melihat untuk pergi ke McDonald’s pada setiap masa untuk memakan Big Mac, saya menikmati setiap saat kerana burger itu sungguh lazat dan saya dapat makan benda yang sama setiap hari,” katanya.

Walaupun lelaki yang dikenali sebagai Utah Man itu sudah pun memakan 12,000 Big Mac tetapi rekod dunia untuk kategori itu dipegang oleh Don Gorske yang sehingga kini telah pun memakan kira-kira 25,000 burger Big Mac.
Mari melihat gambar perjalanan Anguri (26) seorang wanita dari Madya Pradesh untuk melahirkan seorang bayi. Mari menitis air mata dan respect pada ibu masing2.




Laporan asal REUTERS