Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


LULUH hati pasangan Tanya dan Adam Philips apabila kekurangan yang ada bayi perempuan mereka dipandang sinis oleh orang ramai.
Honey-Rae yang berusia 18 bulan dilahirkan dengan tanda lahir kekal yang agak banyak di bahagian tubuh sebelah kanannya.
Tidak mahu anak mereka berasa tersisih dengan keadaan dirinya, pasangan itu membuat keputusan yang cukup luar biasa iaitu mencacah tatu yang hampir serupa dengan tanda lahir anak mereka.
Menurut Tanya, pengalamannya membawa Honey-Rae keluar bersiar-siar tanpa menutup tanda lahir di kakinya begitu mengecewakan apabila orang ramai memandang dan berbisik tatkala melihat bayinya.
“Biarpun ramai yang mengatakan tindakan kami agak ekstrem, tetapi kami perlu lakukan sesuatu agar Honey-Rae tahu bahawa dia amat disayangi meskipun berbeza daripada orang lain,” ujarnya, memetik laporan Mirror.
Walaupun Tanya mengakui pada mulanya kulit mereka mengalami kesakitan dan bengkak akibat tatu tersebut, dia tetap yakin bahawa itulah keputusan terbaik demi anak mereka.

RUSIA - Apa perasaan anda sekiranya salah satu organ badan anda hilang selepas bangun dari tidur?
Ia tentu menakutkan tetapi itu yang dialami seorang pelakon, Dmitry Nikolaev, 30, yang mendapati buah zakarnya hilang dengan tiba-tiba.
Kejadian berlaku dalam sekelip mata, selepas dia bertemu seorang wanita yang cantik.
Mereka menghabiskan masa berpoya-poya dengan minum di bar sebelum mandi sauna. Namun selepas itu Nikolaev, yang telah berkahwin itu, tidak sedarkan diri.
Keesokan harinya, Nikolaev mendapati dia berada di tempat menunggu bas dalam keadaan kesakitan dan seluarnya pula dipenuhi darah.
Selepas dikejarkan ke hospital, Nikolaev dimaklumkan oleh doktor bahawa buah zakarnya telah dicuri dan proses itu melibatkan pembedahan yang dijalankan oleh seseorang yang pakar dalam perubatan.
Polis juga percaya Nikolaev diberi dadah sebelum dia tidak sedarkan diri.
Pada mulanya, pelakon itu berasa malu untuk menerangkan perkara berkenaan kepada isterinya namun akhirnya dia tiada pilihan.
Susulan itu polis kini sedang memburu sindiket berkenaan termasuk seorang doktor yang menjual organ berkenaan di pasaran gelap.

TAIWAN – Sedih dan luluh hati seorang bapa apabila anak lelaki kesayangannya yang juga seorang penuntut sebuah kolej sanggup membakar diri sendiri hanya semata-mata kerana ditegur akibat ketagih bermain game melalui dalam talian.
Lelaki itu, Liu, 48, dia sama sekali tidak menyangka anaknya itu, Hsueh Jun-Chen, 22, sanggup mengambil tindakan bodoh itu.
Lebih menyedihkan apabila Liu sendiri yang menemui mayat anaknya dalam keadaan rentung, kira-kira 300 meter dari rumah mereka.
“Anak saya sememangnya ketagih dengan game dalam talian dan dia boleh menghabiskan masa berjam-jam dalam bilik.
“Pada hari kejadian, saya telah memintanya berhenti main game dan masuk tidur kerana pengajian di kolej akan bermula, justeru dia memerlukan rehat yang mencukupi,’’ katanya.
Bagaimanapun selepas ditegur oleh Liu, kedua-dua beranak itu kemudiannya bergaduh.
Keesokan harinya, Liu mendapati Jun-Chen hilang dari rumah. Dia kemudiannya mendapati motosikal anaknya masih berada di dalam garaj namun hatinya mulai cuak apabila mendapati dua tin minyak tanah hilang.
“Saya mula berasa tidak sedap hati lalu saya mencari Jun-Chen di luar rumah. Saya sama sekali tidak menyangka akan menemui mayat anaknya saya dalam keadaan rentung,’’ katanya.
Dalam pada itu, jurucakap polis memberitahu, Jun-Chen kemungkinan mengambil keputusan membunuh diri kerana tertekan dengan pengajiannya di kolej, dan pada masa sama bimbang dengan masa depannya.

Hati-hati kepada pemilik blog di Blogger, milik syarikat gergasi Google, yang mengandungi imej atau video berunsur lucah.

Dalam tempoh sebulan, sehingga 23 Mac, blog lucah tidak boleh diakses oleh orang lain jika pengendali gagal mematuhi peraturan baru ini.

Google tidak akan membuang kandungan tersebut tetapi ia hanya boleh dicapai oleh pengendali blog di Blogger, lapor portal The Independent.

Sebelum ini, syarikat itu membenarkan kandungan lucah di Blogger dengan memberi satu halaman amaran sebelum diakses pelayar Internet.

Google hanya melarang kandungan lucah yang sumbernya tidak sah atau dikongsikan tanpa kebenaran mereka yang dipaparkan.

Bagaimanapun pengguna mempertikaikan keputusan mendadak itu dengan mendakwa Google tidak berlaku adil, lapor portal itu lagi.



Washington: Pendakwa Chicago semalam berkata, seorang pelajar kolej melakukan serangan seksual selepas mendapat ilham daripada filem Fifty Shades of Grey.

Kata Sarah Karr, Mohammad Hossain mengaku melakonkan semula adegan daripada filem itu bersama mangsa di bilik asramanya Ahad lalu.
“Dia menyuruh wanita terbabit menanggalkan pakaian sebelum mengikatnya.

“Matanya ditutup dengan topi dan seluar dalamnya ditanggalkan manakala tali leher disumbat ke dalam mulutnya. Mohammad kemudian memukulnya menggunakan tali pinggang,” katanya.
Ketika ini Mohammad, 19, ditahan selepas hadir di mahkamah pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings, Awie terkilan dengan tindakan isterinya, Rozana Misbun yang membawa lari dua anak mereka ketika kanak-kanak itu berada di sekolah tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepadanya.


Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, dia tidak pernah menghalang isterinya itu untuk melawat anak-anak mereka di sekolah memandangkan wanita berkenaan enggan datang ke rumahnya.

"Saya tidak pasti kenapa dia tidak mahu datang ke rumah saya sendiri untuk berjumpa dengan anak-anak tetapi dia akan ‘serang’ apabila saya tiada di rumah.



"Perbuatan dia membawa lari anak-anak dari sekolah dengan membawa polis bersenjata membuatkan saya terkilan.

"Saya ingin tahu siapa polis itu kerana saya ragu-ragu dengan identitinya kerana sesuka hati membawa senjata tambahan pula ke sekolah," katanya kepada mStar Online.

Awie ditemui pada sidang media pelancaran album Wings Live Rockestra @ Istana Budaya dan Aplikasi Telefon Pintar 'Wings Mobile Web' di Istana Budaya di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Awie turut mempertikaikan tindakan Rozana yang tidak menghantar dua anaknya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7 dan Puteri Qasseh Antasha, 5, ke sekolah sejak membawa lari mereka pada 9 Februari lalu.


Kata Awie, pihak sekolah memaklumkan perkara itu kepadanya dan berharap wanita berkenaan akan kembali menghantar mereka ke sekolah demi kepentingan pelajaran mereka.

"Bawa mereka lari satu hal malah tidak hantar mereka ke sekolah. Saya membayar yuran mereka bukan untuk disia-siakan begitu sahaja dan berasa pelik dengan tindakan anehnya," jelas Awie.

Seorang lagi anak Awie, Putra Ahmad Merrah, 8, kini berada di bawah jagaannya termasuk dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.

Sementara itu, Awie berkata, pihaknya telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah pada 24 Februari lalu berhubung penjagaan sementara anak-anaknya berikutan hak tersebut diperoleh Rozana.

Awie memberitahu keputusan kes berkenaan hanya akan diketahui pada Mei depan.

Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur memberi hak penjagaan sementara tiga anak Rozana dan Awie iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

Awie diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

mStar Online difahamkan langkah Rozana menjaga anak-anaknya itu adalah mematuhi peraturan undang-undang atas kebenaran mahkamah berbanding Awie yang hanya mendapat hak melawat mereka sahaja.

Mstar


PENYANYI Lady Gaga dan tunangnya Taylor Kinney dilaporkan akan segera melangsungkan perkahwinan selepas mengikat tali pertunangan pada 14 Februari lalu.

Daily Mail melaporkan pasangan tersebut merancang untuk mengadakan majlis berkenaan di kediaman mewah milik Gaga di Malibu dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat.

Malah Gaga dikatakan bakal mengundang penyanyi legenda Tony Bennett untuk menyanyikan lagu duet mereka iaitu Cheek To Cheek pada majlis tersebut.

"Perkahwinan itu nanti akan menjadi majlis yang luar biasa tambahan pula kediaman Gaga terletak di atas bukit di Malibu dan dikelilingi oleh pergunungan dengan pemandangan indah," kata sumber terdekat pasangan berkenaan.

Selain Tony, Gaga juga akan menjemput pereka fesyen, Donatella Versace dan Kelly Osbourne pada hari bahagiannya nanti.

Bagaimanapun masih belum ada tarikh tetap untuk majlis itu.


PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip terpaksa akur apabila perlu menjalani rawatan fisioterapi selama setahun di sebuah hospital swasta di Subang Jaya dekat sini akibat kecederaan pada bahagian tulang belakangnya (slipped disc) bulan lalu.

Hafiz, 25, berkata, biarpun kecederaan tersebut sudah pun pulih namun dia masih perlu melakukan rawatan tersebut bagi memastikan dia benar-benar bebas penyakit itu.

"Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

"Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya," katanya kepada mStar Online.


Terdahulu, Hafiz dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit pada bahagian belakang badannya akibat tercedera semasa bermain futsal.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, biarpun dia kini kelihatan sihat namun dia dinasihatkan tidak melakukan sebarang kerja berat selain berdiri terlalu lama.

"Kesakitan yang saya alami sebelum ini memang teruk dan Alhamdulillah sekarang saya semakin pulih dan mengikut semua arahan yang doktor berikan.

"Pun begitu saya kini kembali aktif mengambil undangan nyanyian tetapi lebih berhati-hati dalam pergerakan saya," katanya.

Mstar