Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Hafiz Suip Diarahkan Jalani Fisioterapi Setahun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Suip terpaksa akur apabila perlu menjalani rawatan fisioterapi selama setahun di sebuah hospital swasta di Subang Jaya dekat sini akibat kecederaan pada bahagian tulang belakangnya (slipped disc) bulan lalu.

Hafiz, 25, berkata, biarpun kecederaan tersebut sudah pun pulih namun dia masih perlu melakukan rawatan tersebut bagi memastikan dia benar-benar bebas penyakit itu.

"Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

"Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya," katanya kepada mStar Online.


Terdahulu, Hafiz dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit pada bahagian belakang badannya akibat tercedera semasa bermain futsal.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, biarpun dia kini kelihatan sihat namun dia dinasihatkan tidak melakukan sebarang kerja berat selain berdiri terlalu lama.

"Kesakitan yang saya alami sebelum ini memang teruk dan Alhamdulillah sekarang saya semakin pulih dan mengikut semua arahan yang doktor berikan.

"Pun begitu saya kini kembali aktif mengambil undangan nyanyian tetapi lebih berhati-hati dalam pergerakan saya," katanya.

Mstar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments