Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



BEIJING: Para pengkaji sejarah telah menemui 97 rangka manusia yang disumbatkan ke dalam sebuah tapak bekas rumah kediaman kecil yang berusia 5,000 tahun di Timur Laut China.

Ia adalah tapak perkampungan pra-sejarah - era di mana tulisan masih belum dicipta lagi.

Rangka-rangka manusia yang ditemui itu termasuklah rangka kanak-kanak, remaja, pertengahan umur - kesemuanya disumbatkan ke dalam sebuah rumah kecil yang berkeluasan  20 kaki persegi.

Kesemua rangka manusia yang ditemui itu tidak ditanam sebaliknya hanya dibiarkan bertimbun di dalam rumah berkenaan.

Para pakar berkata, berdasarkan pemerhatian, mayat-mayat yang diletakkan di tapak rumah berkenaan adalah mangsa kepada satu malapetaka atau wabak yang membunuh.

Kawasan berkenaan yang kini dikenali dengan nama 'Hamin Mangha,' berusia sekurang-kurangnya 5,000 tahun iaitu era tulisan masih belum digunakan sebagai satu bentuk komunikasi.

Ia adalah kawasan petempatan yang kecil dan mereka yang mendiaminya bercucuk tanam dan memburu untuk kehidupan seharian.

Turut ditemui di kawasan perkampungan itu ialah tembikar, alat mengisar, panah dan anak panah - sekaligus menjelaskan tentang aktiviti seharian para penghuninya.

"Hamin Mangha adalah kawasan pra-sejarah yang paling besar dan masih elok terpelihara di kawasan Timur Laut China," jelas pasukan arkeologi di dalam terbitan terbaru makalah Chinese Archaeology.

Mereka melaporkan, rangka-rangka yang ditemui di kawasan itu masih dalam keadaan baik dan lengkap sekaligus memudahkan kajian.

Selepas 5,000 tahun ia dibiarkan begitu dan kini ditemui dalam keadaan yang sama, para ahli antropologi dari Universiti Jilin cuba menentukan apakah sebenarnya yang terjadi kepada manusia purba ini.

Dan mereka membuat rumusan, manusia yang ditemui dalam rumah itu adalah mangsa satu malapetaka yang berlaku 5,000 tahun yang lalu dan mereka kemudiannya disumbatkan ke dalam rumah kecil itu tanpa ditanam.

Jumlah kematian yang berlaku terlalu pantas sehingga penduduk kampung berkenaan tidak sempat untuk menanam lalu hanya melonggokkan mayat-mayat tersebut di dalam rumah berkenaan.

Oleh kerana ia adalah satu ancaman wabak maka mayat-mayat itu dibiarkan begitu sahaja tanpa disentuh oleh mereka yang masih hidup selepas itu.



Patricia Navidad penyanyi asal Mexico ini mengalami insiden memalukan iaitu tuala wanita yang dipakainya terjatuh semasa dia sedang menyanyikan sebuah lagu di sebuah acara yang disiarkan secara langsung di salah sebuah stesen televisyen Mexico pada rabu (15/7) lalu.

Tuala wanita tersebut terjatuh di kala Patricia sedang menyanyikan lagu "Viva Mexico". Walaupun mengetahui hal demikian, wanita berusia 42 tahun ini tetap meneruskan nyanyiannya dan membiarkan hal tersebut.

Video insiden tersebut tersebar dan menjadi viral di media sosial. Ia mendapat banyak kritikan dari para netizen.

Sebahagian Netizen menganggap bahawa Patricia Navidad memang sengaja menjatuhkan tuala wanita tersebut agar menjadi sensasi yang boleh mempopularkan dirinya.

CHONGQING - CHINA. Gara-gara terlalu obses dengan kepercayaan tertentu, seorang lelaki di daerah ini mengecat tebing sebuah gunung dengan cat bagi mengelakkan bala.

Yang Zhigang mengecat sebahagian dinding gunung dengan warna hijau kerana percaya warna asal gunung tersebut memberi pengaruh negatif dan membawa bala kepada rumahnya.

Zhigang mengupah enam pekerja untuk mengecat dinding gunung yang bekeluasan 2000 meter persegi dan berketinggian 900 meter dan mengambil masa seminggu untuk menyudahkannya.

Hanya sebahagian daripada gunung itu yang dicat, selebihnya tidak dicat.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat untuk mengenalpasti tahap kerosakan yang diakibatkan tindakan lelaki berkenaan.

Walaubagaimanapun, Zhigang menganggap tindakannya mengecat gunung berkenaan sebagai sesuatu yang tidak menyalahi undang-undang.

"Saya rasa tebing gunung tersebut kelihatan lebih baik dan tiada yang salah mengenainya," katanya dipetik CRI.


TIONA Rodroguez, 18, pada mulanya ditangkap kerana ‘kantoi’ mencuri di butik Victoria’s Secret namun penemuan apa yang ada dalam begnya selepas itu jauh lebih mengejutkan pihak keselamatan.
Ianya adalah mayat seorang bayi lelaki.
Ketika perbicaraan berlangsung Khamis lalu, pendakwaraya Rachel Ferrari memberitahu mahkamah bayi itu dipercayai dibunuh Rodriguez dan dia dalam perjalanan untuk menanam mayat apabila memutuskan untuk singgah ke butik yang terletak di Harold’s Square, New York di mana dia ditangkap mencuri, pada 2013.
Rodriguez yang turut mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkannya ketika berusia 14 tahun, dikatakan bertindak membunuh bayi itu kerana mahu menyembunyikannya daripada pengetahuan keluarga yang langsung tidak sedar dia sedang hamil.
Peguam Rodriguez bagaimanapun mendakwa, anak guamnya mengalami keguguran pada hari kejadian dan tidak tahu apa yang mesti dibuat dengan mayat bayinya.
Ferrari berkata, pihaknya yakin Rodriguez sememangnya sudah merancang pembunuhan bayi yang dikandungnya tanpa pengetahuan keluarga itu dengan teliti.
“Apabila tahu sudah tiba masa untuk melahirkan, dia pergi ke rumah seorang rakan yang terletak jauh dari kawasan rumahnya, gunakan bilik air rumah tersebut untuk melahirkan bayi sebelum memotong tali pusat dengan tangan sendiri.
“Siasatan dapati bayi itu masih hidup ketika lahir jadi dia telah membunuhnya. Selepas itu dia merancang untuk makan sebelum menanam mayat.
“Namun dia kemudian menukar fikiran untuk singgah ke butik pakaian dalam dan mencuri di sana. Pakaian yang dicuri diletakkan dalam beg sama yang mengandungi jasad bayinya,” kata Ferrari.

Tambah Ferrari, tidak ada perasaan panik dialami ibu muda tersebut kerana dia sudah mempunyai pengalaman melahirkan anak sebelum ini.
Penyiasatan mendapati, Rodrigez juga pernah hamil dan melahirkan anak pada 2012 dalam tab mandi namun memberitahu teman lelakinya anak tersebut mati ketika dilahirkan.
Dia dipercayai melupuskan bukti dengan membakar mayat bayi tersebut.
Perbicaraan masih berlangsung dan jika sabit kesalahan, Rodriguez boleh dijatuhi hukuman sehingga 15 tahun penjara. 

SEORANG wartawan televisyen Jepun di Thailand dipecat selepas tersilap menghantar mesej lucah di sebuah forum dalam aplikasi mesej Line.
Apa yang ‘mengharukan’, forum tersebut dibentuk oleh Kementerian Luar Negeri Thailand khusus untuk para wartawan asing yang bekerja di negara tersebut.
“Kami meminta maaf kepada Kementerian Luar Negeri Thailand dan kesemua yang terlibat,” ujar jurucakap Asahi selepas syarikat tersebut diminta memberikan penjelasan terhadap gambar yang dimuatnaik oleh wartawan penyiaran mereka pada malam Isnin lalu.
Media Jepun melaporkan, wartawan berusia 40an terbabit sebenarnya mahu mengirim gambar lucah berupa alat kelaminnya itu kepada seorang kenalan wanita namun tersilap lalu diterima oleh lebih 150 wartawan yang berada dalam forum Line tersebut.
Sebaik menyedari kesilapannya wartawan yang dipetik The Bangkok Post bernama Jin Morimoto itu segera meninggalkan forum tersebut namun segalanya sudah terlambat.
Beberapa peserta forum bertanya apa sudah berlaku dan ada antaranya memuatnaik ikon ‘muntah’.
Wakil Kementerian yang berada dalam forum tersebut pula memberi respon, tindakan akan diambil walaupun si polan terbabit sudah meninggalkan forum kerana ia sepatutnya digunakan untuk tujuan rasmi sahaja.