Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
BAGI sesetengah media asing, setiap perkara melibatkan jihad oleh orang Islam bermakna mereka adalah pengganas, ekstremis dan puak pelampau. Itulah yang diuar-uarkan terhadap lelaki dalam rakaman di bawah. Lelaki dalam video ini mendapat perhatian ramai kerana dia didakwa bekas pemain bola sepak terkenal Liga Inggeris, Arsenal yang pernah meningkat naik bersama Cristiano Ronaldo.
Meskipun memperkenalkan diri sebagai ‘Abu Issa Al-Andalusi’, lelaki ini dikatakan bekas pemain Arsenal berasal dari Portugis yang meninggalkan London dan segala kemewahan dunia demi berjuang untuk Syria sejak dua tahun lalu.Memakai topeng muka berwarna hitam dan memegang senjata dipercayai jenis AK-47, video yang dimuatnaik di laman web FiSyria.com ini menunjukkan lelaki tersebut antara lain memberi nasihat khususnya kepada rakyat Ukraine:
(Saya ingin menasihati semua bahawa segala jenis bantuan kini diperlukan untuk melawan musuh. Sesiapa yang berasakan mereka tidak mampu ikut berperang masih boleh membantu dari sudut lain termasuk bantuan kewangan, ubat-ubatan, panduan dan apa sahaja skil yang dimiliki. Dengan cara itu kita semua dapat turut serta berjihad). Arsenal belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara ini namun mengakui sedang menyiasatnya.
Bagaimanapun dalam kenyataan kepada The Sun, wakil Arsenal dilaporkan memberi komen tidak mengenali lelaki dalam rakaman berkenaan dan tiada pemain dengan nama tersebut pernah direkodkan bermain bersama mereka.
Isu Panas
Lin Zongxiu, warga Sichuan China, mempunyai seorang anak perempuan berumur 25 tahun yang telah menderita sakit jiwasekian lama. Orang tuanya telah membawa dia berubat tetapi masih dia belum sembuh. Lalu, si ibu mendapatkan resepi rahsia dari seseorang bahawa ubat paling mujarab adalah sup kepala orang!
Setelah mendengar ada resepi mujarab untuk menyembuhnya anaknya yang sakit jiwa, Lin Zongxiu, mencari cara bagaimana untuk mendapatkan bahan untuk resepi itu, demikian dipetik oleh Chengdu Commercial.
Lin yang mungkin stress menjaga anaknya yang sakit jiwa memutuskan untuk mencuba resepi rahsia tersebut, maka dimulalah rancangan untuk mendapatkan kepala orang tersebut. Mereka pun meminta bantuan seorang lelaki untuk membantu mereka mendapatkan kepala itu.
Lelaki itu kemudiannya menjalankan aksinya terhadap seorang lelaki yang berusa 76-tahun yang sedang berjalan dalam keadaan mabuk dan tidak sedar yang kemudian memberikan kepalanya kepada Lin. Setelah itu, kepala korban dimasak bersama dengan itik (mungkin untuk menghilangkan bau manusia) yang kemudian dihidangkan untuk anaknya.
Perbuatan Lin dan suaminya itu diketahui polis yang kemudian keduanya pun ditangkap dan dibawa ke pengadilan. Lin dihukum hukuman mati dan penundaan eksekusi selama dua tahun.
Dia juga dianggap bersalah turut membantu menghilangkan barang bukti seperti mayat lelaki, baju dan kasut mangsa. Penundaan eksekusi selama dua tahun bererti hukuman Lin boleh berkurang menjadi penjara seumur hidup jika selama dua tahun tersebut dia menunjukkan perbuatan baik dan tidak melakukan kejahatan yang lebih berat.
Pelbagai
PASTINYA kelegaan jelas terpancar di wajah pelakon Puteri Chichi selepas dia sah bergelar isteri kepada buah hatinya, Nazir Azmar, pada tarikh romantis, 14 Februari lalu.
Namun apa yang tak sedapnya, Chichi sempat mendedahkan sepanjang mengharungi tempoh bertunang, dia berdepan dugaan yang agak besar apabila dirinya telah disihir oleh seseorang yang iri hati terhadapnya.
“Selepas berkahwin, saya berasa lega kerana dugaan yang diterima tidak sehebat sewaktu saya bertunang. Percaya atau tidak, pantang ‘darah manis’ itu sememangnya wujud.
“Selepas empat bulan rezeki saya dan tunang (ketika itu) disekat. Saya juga mengalami kemurungan, tidak mempunyai selera makan dan tidak mahu berjumpa dengan orang sekeliling,” katanya memetik laporan sebuah akhbar mingguan, hari ini.
Namun, sebaik sahaja dia selamat bernikah, segala permasalahan itu berakhir dan dirinya sudah beransur pulih selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam.
Hmm, di zaman serba moden ini pun, ada juga yang gemar bermain sihir untuk menumbangkan lawan.
Ingatkan tahap pemikiran masyarakat kita searus serta selari dengan kemajuan negara yang semakin pesat membangun..
Hiburan
MUAR: Pihak berkuasa diminta bertindak pantas dan menahan individu tidak bertanggungjawab yang membuka akaun Facebook (FB) menggunakan gambar individu lain sebelum memuat turun status mengugut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu menyiasat segera individu yang memuat turun status terbabit.
Beliau berkata, individu terbabit juga melakukan ugutan menggunakan gambar lima individu lain yang tiada kaitan dengan kes berkenaan.
Menurutnya, kelima-lima individu berkenaan kini berdepan pelbagai masalah.
“Lima mangsa itu kini hidup dalam ketakutan kerana identiti masing-masing yang tinggal di daerah ini didedahkan secara terbuka.
“Ada antara mereka sudah seminggu tidak bekerja apabila diugut pihak tertentu dan terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana bimbang keluarga mereka menerima kesannya.
“Saya dimaklumkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar merujuk kes ini kepada IPD Sentul, Kuala Lumpur kerana laporan pertama dilakukan di situ.
“Selain itu, saya menghubungi SKMM bagi memastikan siasatan lancar,” katanya sebelum tayangan wayang pacak filem Tanda Putera sempena program Semarak Perpaduan di pekan Bukit Mor, di sini, malam kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kes lima sahabat menjadi mangsa FB menggunakan akaun palsu dengan nama Hanimura Yabuza.
Pemilik akaun itu memuat naik gambar lima sahabat berkenaan sebagai gambar profil, menyebabkan pengguna Internet menyangka mereka yang mengugut mahu membunuh Najib.
Pemilik FB itu mula dikecam apabila memuat naik status ‘aku ingat mau tembak jek Najib Razak…
aku tarak goyang sama sape2’.
Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, penjenayah siber terbabit perlu dikenakan tindakan secepat mungkin.
“Pihak bertanggungjawab perlu proaktif untuk menyelesaikan kes ini dan kami tidak mahu kes berkaitan jenayah siber mengambil masa terlalu lama.
“Dalam kes ini, ia tidak menjadi masalah kerana semua mangsa sedia memberi kerjasama,” katanya.-HM
Isu Panas
KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah berjaya ditahan polis rumahnya di Seri Iskandar, Perak pada pukul 12.10 malam tadi.
Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, ditahan selepas dia bertindak biadab memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini.
Status yang berbunyi: “Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan” itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri itu,
Menurut jurucakap polis, suspek ditangkap di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam.
Isu Panas
KUALA LUMPUR – Mungkin pemilik restoran di bandar Johor Bahru ini merasakan dirinya kreatif dengan menggunakan peralatan tandas sebagai alat untuk menghidangkan makanan termasuklah kerusi dan meja yang telah diubah suai.
Namun di sebalik keunikan yang cuba ditampilkan, timbul rasa jijik dan tidak senang hati di kalangan orang ramai yang lalu lalang di restoran itu.
Sambil menyifatkan penggunaan peralatan tandas itu sebagai sesuatu yang tidak wajar, ramai yang melihat keunikan yang cuba ditampilkan itu akan menjadi buah mulut pelanggan terutama pelancong asing.
Malah semua peralatan yang digunakan menggambar seolah-olah rakyat Malaysia memang sukakan benda-benda yang kotor sehingga mangkuk tandas turut dijadikan tempat makan dan minum.
Ahli perniagaan hartanah Johor Bahru, Alex Yang ketika ditemui berkata, difahamkan pemilik restoran warga Singapura itu gagal mendapat kelulusan untuk membuka restoran seperti itu di negaranya lalu memilih Malaysia sebagai tapak perniagaan.
“Tidak tahu bagaimana dia boleh memohon lesen tanpa ada sebarang masalah dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor Bahru untuk membenarkan restorannya itu beroperasi di Johor Bahru.
“Tidak kiralah sama ada restoran ini mendapat sambutan atau tidak tetapi ramai yang bertanya apakah ini menunjukkan budaya kita di Malaysia atau satu penghinaan yang dilakukan oleh orang luar yang diberi kelulusan berniaga di bumi kita?” katanya.
Tambahnya, seharusnya PBT Johor Bahru memandang perkara ini secara serius sebelum memberi kelulusan malah keunikan yang tidak wajar ini jugalah yang akan membawa imej Johor dan Malaysia amnya hingga ke negara luar.
“Bayangkan kalau negara pemilik restoran itu sendiri tidak membenarkan perniagaan seperti itu, kenapa kita di Malaysia boleh semudah itu meluluskan permohonannya. Apa sudah jadi?” soalnya. -MalaysiaGazette
Isu Panas
KUALA LUMPUR: Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam berjalanannya ke selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia yang dipetik dari laporan agensi berita CNN.
Laporan yang sama turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.
Tambahnya, pesawat itu mungkin sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.
Terdahulu, kapal peronda China, Haixun mengesandua isyarat akustiksepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.
“Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan,” katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.
Sementara itu, isyarat getaran denganfrekuensi 37.5 kHzdi kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.
Houston berkata isyarat berkenaan ‘konsisten’ dengan kotak hitam dari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
Katanya lagi, selain kapal Haixun, kapal perang Austarlia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China. -awani
Isu Semasa
KUALA LUMPUR : Isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 11.50 malam semalam di hospital Tropicana Medical Centre.
Wan Sakinah menerusi laman Instagram memberitahu anak sulungnya lahir dengan selamat dan sihat seberat 2.51 kilogram secara normal.
Wan Sakinah turut melahirkan rasa gembira dan syukur apabila anaknya itu selamat lahir kedunia dan dalam akaun Instagram miliknya seolah-olah memberitahu anaknya itu bukan sahaja ada seorang ibu tetapi dua iaitu dia dan Dayana yang merupakan isteri pertama Ashraf.
Bayi tersebut merupakan zuriat pertama pelakon Ashraf Muslim selepas berkahwin dengan 2 wanita.
Hiburan
SEMALAM Harian Metro mengeluarkan berita mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah IPT Awam. Namun, baru hari ini kecoh media sosial apabila tersebarnya satu salinan Laporan Polis yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Perlis itu yang mendakwa dirinya diraba oleh pensyarah yang juga seorang pakar motivasi terkenal.
Nurul Shuhada binti Shahadan, dalam laporannya mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi Hj. Ali telah melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya. Baca laporan penuh dibawah:
Pada 28/3/2014 jam lebih kurang 2.30 petang saya telah pergi ke pejabat Prof Izzi (MD Izuddin Bin Hj Ali) komplek Star No F204 dalam UiTM Arau Perlis untuk mengulangkaji pelajaran matematik. Semasa didalam pejabatnya, terdapat saya dan (2) rakan saya nama:Nur Erina Fazlin dan Nur Syafina. Kemudian Prof Izzi telah datang kearah saya dan duduk bersila disebelah saya. Selepas itu, saya telah bertanyakan kepada prof izzi berkenaan dengan subjeknya. Tiba-tiba Prof Izzi telah meraba saya bermula dibahagian kaki sehingga kebahagian dada saya tanpa kerelaan saya. dalam masa yang sama juga prof izzi telah meramas buah dada saya dengan beberapa kali. dalam kejadian ini saya berasa takut untuk menghalang prof izzi melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap saya kerana saya bimbang kertas peperiksaan akan saya ambil pada hari ahad 30/03/2014 gagal. Sebelum ini prof izzi pernah berkelakuan seperti itu di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran berlangsung. Hampir setiap kali saya menghadiri kelasnya prof Izzi berkelakuan tidak senonoh seperti mengambil kesempatan terhadap saya dengan menggeselkan kakinya ke kaki saya. Saya juga dapat tahu perkara ini telah berlaku kepada kawan-kawan saya yang lain. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak atas UiTM Arau Perlis. Tujuan saya buat repot adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan prof Izzi memandangkan kejadian ini menjatuhkan maruah saya dan bimbang takut terjadi apa-apa ke atas diri saya dikemudian hari. Datang balai buat laporan.
Sekiranya dakwaan Nurul Shuhada itu benar, kejadian ini pasti amat memalukan buat seorang pakar motivasi dan siasatan perlu dijalankan segera. Namun, sekiranya ini hanya fitnah semata-mata, Prof Izzi juga perlu tampil menjawab dakwaan itu untuk membersihkan namanya.
Isu Panas
BARCELONA: Ketika seluruh Britain melaporkan keadaan berdebu yang teruk, ikan di Sepanyol membuktikan kesan pencemaran terhadap alam sekitar itu sendiri.
Ahli kumpulan Sel Biologi dalam Toksikologi Alam Sekitar menemui bukti bahawa ikan jantan di Basque Country menjadi ‘betina’ akibat pencemaran kimia di dalam air.
Pengarah kumpulan penyelidikan terbabit, Miren P Cajaraville dalam satu kenyataan berkata keputusan menunjukkan bahawa gangguan endokrin ini adalah fenomena yang menjadi punca masalah itu.
“Jika ia dikesan di negara lain bermakna kita sedang berdepan dengan masalah pencemaran. Kami juga mengesahkan hubung kait antara pencemaran dan fenomena ikan jantan menjadi ‘betina’,” katanya.
Jurnal alam sekitar, Marine Enviromental Research melaporkan bahan kimia pengganggu sistem endokrin (EDCs) bertindak seperti estrogen iaitu hormon seks betina utama yang meresap ke dalam air dan menyebabkan gangguan perkembangan dan reproduktif.
Bahan kimia terbabit ditemui dalam produk harian seperti racun serangga, pil perancang dan bahan pencuci.
Ia dikatakan memasuki muara selepas melalui sistem pembersihan di dalam loji rawatan air atau hasil daripada aktiviti industri dan perladangan.
Penyelidik melakukan kajian terhadap lima populasi ikan belanak dari pantai Basque dan apa yang dipanggil ‘penyakit interseks’ dikesan terhadap tiga daripada sampel ini. AGENSI
Global
Pada tahun 2008, Hari dan Karl Berzins hilang perniagaan restoran dan juga rumah mereka dek kemelesetan ekonomi yang melanda. Tetapi itu bukanlah batu penghalang bagi mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jadi, mereka merancang membina kehidupan baru dalam skala yang kecil.
Dengan menggunakan wang simpanan, mereka membeli sebidang tanah di Virginia pada tahun 2011. Di tanah itu, mereka membina sebuah rumah saiz sederhana. Rumah yang lebih kecil dari 200 kaki persegi.
Hari dan Karl tinggal di rumah saiz kecil itu bersama dengan dua anak mereka, Archer dan Ella.
Membina rumah yang bersaiz sederhana di tanah sendiri sebenarnya banyak menjimatkan wang dan mengelakkan diri dari dibelenggu hutang. Konsep pembinaan rumah kecil seperti ini merupakan satu fenomena yang menarik di negara mereka. Ia juga mengajar anda untuk menghargai nikmat dan apa yang anda miliki secara tidak langsung.
Pelbagai
SUDAH 29 hari pesawat MH370 dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China hilang dan dilaporkan berakhir di tengah Lautan Hindi. Bagaimanapun hingga kini belum ada sesuatu yang boleh dijadikan bukti.
Kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sangat misteri kerana melencong jauh dari laluan ke Beijing. Bukan rampasan. Bukan juga kemalangan. Kalau kedua-duanya bukan, apa yang membawa MH370 ke lautan yang ketiga paling dalam di dunia?
Antara perkara yang tidak boleh diremehkan ialah pesawat itu membawa 135 penumpang warga China. Warga negara Malaysia hanya 38 orang. Maknanya penumpang warga China lebih separuh daripada penumpang MH370.
Jumlah penumpang warga China ini menjadi kata kunci kepada teori konspirasi kehilangan MH370. Ini berkait dengan hubungan politik dan ekonomi Malaysia – China di tahap sangat baik hingga dicemburui oleh sesetengah kuasa besar. Selepas ekonomi Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) jatuh merudum, China bangkit sebagai kuasa ekonomi baharu mengatasi AS.
Marilah kita sama-sama berfikir di luar kotak atau di luar lorong yang lurus mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia. Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China? Kalau serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), adakah yang ini mustahil dikaitkan dengan CIA?
Mengarut? Nanti dulu. Dunia sudah tidak anggap teori konspirasi ini sebagai mengarut kerana mereka berfikir di luar kotak yang dibina oleh AS.
Konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan CIA dalam tragedi 11 September bukan perkara baharu. Banyak fakta dan hujah yang meyakinkan telah dibentangkan. Banyak pihak sudah menerima hakikat 11 September rancangan AS untuk mendapat ‘tiket’ menyerang Afghanistan dan Iraq.
Presiden George W. Bush dengan pantas dan rasmi mengumumkan tragedi itu angkara pelampau Islam, al Qaeda yang diterajui Osama Ben Laden. Itu kata Bush tetapi rakyat AS sendiri tidak mempercayainya.
Buktinya dalam satu undian menjelang Pilihan Raya 2006, satu daripada tiga rakyat AS percaya tragedi itu dirancang oleh Bush dan peringkat tertinggi CIA. Buktinya serentak dengan itu saluran CNN giat memasarkan propaganda bahawa Osama dan al-Qaeda bertanggungjawab melakukannya.
CNN antara menjadi alat perang psikologi (psy war) bagi mencapai agenda AS menguasai dunia. Cuba bertanya, bagaimana jurukamera CNN mendapat shot dari pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat? Serangan berlaku dalam masa “hanya beberapa saat” tetapi CNN sempat merakamkan dari pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa.
Soalnya adakah jurukamera CNN sudah bersedia di sekeliling WTC? Kalau benar begitu, bagaimana mereka tahu akan berlaku serangan itu?
Ketika berada di Birmingham, United Kingdom tahun lalu, saya terjumpa buku Conspiracies, Conpiracy, Theories and the Secret of 9/11 di sebuah kedai buku yang agak terpencil. Saya tidak pasti sama ada buku ini dijual di negara ini atau tidak kerana tidak menemui di kedai-kedai buku utama di Kuala Lumpur.
Buku yang ditulis oleh Mathias Broeckers sebenarnya bukan memuatkan suatu yang baharu mengenai teori konspirasi 11 September. Bagaimanapun penulisnya memperincikan teori dengan hujah daripada sumber berwibawa dalam kalangan pakar keselamatan dan strategik.
Antara fakta menarik ialah Osama pernah berkerja untuk CIA di Afghanistan ketika negara itu diserang Kesatuan Soviet. CIA menyalurkan dana yang besar supaya Osama melatih kumpulan pelampau Islam bagi menentang Kesatuan Soviet.
Tetapi pada 11 September 2001, CIA mengkambing hitam Osama sebagai petualang. Lebih menimbulkan persoalan lagi apabila era Barack Obama, mayat Osama yang didakwa dibunuh tidak ditunjukkan sebagai bukti. CNN yang berjaya merakamkan detik-detik keruntuhan WTC tetapi gagal merakamkan detik kematian Osama. Pelik bukan? Jadi, bolehkah kita percaya Osama agen CIA ini sudah mati?
CIA menakutkan dunia kononnya al_Qaeda mempunyai senjata biologi antraks yang boleh memusnahkan manusia, anehnya sampai sekarang belum ada yang menjadi mangsa. Kemudian CIA mendakwa Iraq membina loji senjata nuklear tetapi hingga kini juga tidak dibuktikan kewujudannya. Kalau diperhatikan modus operandinya sama; wujudkan kegemparan kemudian bertindak menyerang demi keamanan dunia.
Kembali kepada isu MH370, CNN kelihatan begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat MH370. Kemudian bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugatkan hubungan Malaysia – China.
Daripada tragedi ini sama ada kita mengaku atau tidak, ia telah mengeruhkan kalau pun tidak meretakkan hubungan diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara. Kita kena realistik bahawa kebergantungan Malaysia kepada China dalam ekonomi sangat tinggi dan MH370 memberi kesan yang sangat besar.
Pihak yang cemburu terhadap hubungan akrab Malaysia – China akan menangguk peluang daripada tragedi yang misteri ini. Sedikit sebanyak hasilnya sudah kelihatan, Malaysia terpaksa bertungkus lumus menjernihkan hubungan.
Kerana itu biarlah kita ada sedikit rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya. Tidak semua pandangan yang dianggap ‘karut’ dan ‘tidak masuk akal’ hanya teori konspirasi kosong semata-mata. Sudah terbukti teori yang dianggap ‘karut’ mengenai 11 September sebenarnya satu fakta. Saya percaya pihak berkuasa tidak anggap semuanya karut. Mereka lebih bijak daripada CIA.
KU SEMAN KU HUSSEIN
* Artikel diterbitkan Mingguan Malaysia 6 April 2014
Informasi
MIRI: Akibat permintaan untuk memiliki telefon pintar tidak dipenuhi, seorang anak sanggup membunuh ibunya di dalam kereta Hyundai Atos milik ibunya yang di parkir di depan Kompleks Tenis Kampung Sukan, di sini, semalam.
Mayat Marife R Wong, 43, yang juga warga Filipina, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman pada leher oleh seorang pelajar yang baru selesai mengikuti sesi latihan tenis di kompleks itu, jam 2.30 petang.
Difahamkan, sebelum kejadian, wanita yang bekerja sebagai guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen di bandar ini menghantar anak lelakinya berusia 18 tahun ke kompleks berkenaan, jam 7.30 pagi.
Menurut saksi, Ericson Mahaeh, 17, dia melihat mangsa di dalam kereta Hyundai Atos yang diparkir di depan kompleks sebaik tiba untuk mengikuti sesi latihan tenis, jam 8 pagi.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak menaruh perasaan curiga kerana berpendapat wanita itu menghantar anaknya yang turut mengikuti latihan tenis di kompleks berkenaan.-HM
Isu Semasa
ALOR SETAR: Pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd (AirAsia), yang dijadualkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah, terpaksa dilencongkan ke Pulau Pinang dipercayai akibat cuaca buruk.
Difahamkan, pesawat AK6012 itu yang dijadual berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang pada jam 7.05 pagi, sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, di sini satu jam selepas itu.
Pesawat berkenaan turut membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dipercayai mendarat dengan selamat dan lancar.
Sementara itu, jurucakap AirAsia mengesahkan laluan pesawat terbabit dilencongkan atas faktor cuaca buruk.
“Ini adalah sesuatu yang normal dan apabila terjadi perkara sedemikian, pesawat akan dilencongkan ke lapangan terbang lain,” katanya. -HM
Isu Semasa
KUALA LUMPUR – Isyarat ‘ping’ yang dikesan oleh oleh kapal peronda China di Lautan Hindi semalam dilaporkan “ciri-ciri konsisten dengan kotak hitam pesawat.”
Ketika pencarian pesawat Malaysia yang hilang memasuki hari ke-30 pada Ahad, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia memaklumkan ia belum dapat mengesahkan isyarat detik yang dikesan di selatan Lautan Hindi oleh kapal peronda China itu, datang dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.
Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata isyarat detik elektronik yang dilaporkan dikesan oleh Haixun 01 “tidak dapat disahkan pada masa ini”.
“Saya telah dimaklumkan bahawa beberapa siri bunyi telah dikesan oleh kapal China di kawasan pencarian.
“Ciri-ciri dilaporkan adalah konsisten dengan kotak hitam pesawat,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga berkata beberapa objek putih juga dilihat pada permukaan kira-kira 90 kilometer dari kawasan pengesanan.
“Bagaimanapun, tidak ada pengesahan pada peringkat ini bahawa isyarat dan objek yang berkaitan dengan pesawat yang hilang, “katanya.
Beliau berjanji untuk menyediakan maklumat terkini lagi jika dan bila maklumat lanjut
menjadi tersedia.
“Bagaimanapun, tiada pengesahan di peringkat ini bahawa isyarat dan objek adalah berkaitan dengan pesawat yang hilang,” katanya.
Houstan berkata beliau akan menyediakan maklumat pada waktunya jika terdapat maklumat lanjut.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu melibatkan pelbagai negara, pada mulanya di kawasan Laut China Selatan dan kemudiannya – selepas pesawat itu dikesan melencong daripada laluan – di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Berikutan hasil analisis terhadap data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, barat Perth.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu, Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments