Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sup kepala manusia ubat mujarab sakit jiwa
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Lin Zongxiu, warga Sichuan China, mempunyai seorang anak perempuan berumur 25 tahun yang telah menderita sakit jiwasekian lama. Orang tuanya telah membawa dia berubat tetapi masih dia belum sembuh. Lalu, si ibu mendapatkan resepi rahsia dari seseorang bahawa ubat paling mujarab adalah sup kepala orang!
Setelah mendengar ada resepi mujarab untuk menyembuhnya anaknya yang sakit jiwa, Lin Zongxiu, mencari cara bagaimana untuk mendapatkan bahan untuk resepi itu, demikian dipetik oleh Chengdu Commercial.
Lin yang mungkin stress menjaga anaknya yang sakit jiwa memutuskan untuk mencuba resepi rahsia tersebut, maka dimulalah rancangan untuk mendapatkan kepala orang tersebut. Mereka pun meminta bantuan seorang lelaki untuk membantu mereka mendapatkan kepala itu.
Lelaki itu kemudiannya menjalankan aksinya terhadap seorang lelaki yang berusa 76-tahun yang sedang berjalan dalam keadaan mabuk dan tidak sedar yang kemudian memberikan kepalanya kepada Lin. Setelah itu, kepala korban dimasak bersama dengan itik (mungkin untuk menghilangkan bau manusia) yang kemudian dihidangkan untuk anaknya.
Perbuatan Lin dan suaminya itu diketahui polis yang kemudian keduanya pun ditangkap dan dibawa ke pengadilan. Lin dihukum hukuman mati dan penundaan eksekusi selama dua tahun.
Dia juga dianggap bersalah turut membantu menghilangkan barang bukti seperti mayat lelaki, baju dan kasut mangsa. Penundaan eksekusi selama dua tahun bererti hukuman Lin boleh berkurang menjadi penjara seumur hidup jika selama dua tahun tersebut dia menunjukkan perbuatan baik dan tidak melakukan kejahatan yang lebih berat.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments