Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Restoran Kreatif Guna Peralatan Tandas Untuk Hidangkan Makanan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA LUMPUR – Mungkin pemilik restoran di bandar Johor Bahru ini merasakan dirinya kreatif dengan menggunakan peralatan tandas sebagai alat untuk menghidangkan makanan termasuklah kerusi dan meja yang telah diubah suai.
Namun di sebalik keunikan yang cuba ditampilkan, timbul rasa jijik dan tidak senang hati di kalangan orang ramai yang lalu lalang di restoran itu.
Sambil menyifatkan penggunaan peralatan tandas itu sebagai sesuatu yang tidak wajar, ramai yang melihat keunikan yang cuba ditampilkan itu akan menjadi buah mulut pelanggan terutama pelancong asing.
Malah semua peralatan yang digunakan menggambar seolah-olah rakyat Malaysia memang sukakan benda-benda yang kotor sehingga mangkuk tandas turut dijadikan tempat makan dan minum.
Ahli perniagaan hartanah Johor Bahru, Alex Yang ketika ditemui berkata, difahamkan pemilik restoran warga Singapura itu gagal mendapat kelulusan untuk membuka restoran seperti itu di negaranya lalu memilih Malaysia sebagai tapak perniagaan.
“Tidak tahu bagaimana dia boleh memohon lesen tanpa ada sebarang masalah dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor Bahru untuk membenarkan restorannya itu beroperasi di Johor Bahru.
“Tidak kiralah sama ada restoran ini mendapat sambutan atau tidak tetapi ramai yang bertanya apakah ini menunjukkan budaya kita di Malaysia atau satu penghinaan yang dilakukan oleh orang luar yang diberi kelulusan berniaga di bumi kita?” katanya.
Tambahnya, seharusnya PBT Johor Bahru memandang perkara ini secara serius sebelum memberi kelulusan malah keunikan yang tidak wajar ini jugalah yang akan membawa imej Johor dan Malaysia amnya hingga ke negara luar.
“Bayangkan kalau negara pemilik restoran itu sendiri tidak membenarkan perniagaan seperti itu, kenapa kita di Malaysia boleh semudah itu meluluskan permohonannya. Apa sudah jadi?” soalnya. -MalaysiaGazette

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments