PASTINYA kelegaan jelas terpancar di wajah pelakon Puteri Chichi selepas dia sah bergelar isteri kepada buah hatinya, Nazir Azmar, pada tarikh romantis, 14 Februari lalu.
Namun apa yang tak sedapnya, Chichi sempat mendedahkan sepanjang mengharungi tempoh bertunang, dia berdepan dugaan yang agak besar apabila dirinya telah disihir oleh seseorang yang iri hati terhadapnya.
“Selepas berkahwin, saya berasa lega kerana dugaan yang diterima tidak sehebat sewaktu saya bertunang. Percaya atau tidak, pantang ‘darah manis’ itu sememangnya wujud.
“Selepas empat bulan rezeki saya dan tunang (ketika itu) disekat. Saya juga mengalami kemurungan, tidak mempunyai selera makan dan tidak mahu berjumpa dengan orang sekeliling,” katanya memetik laporan sebuah akhbar mingguan, hari ini.
Namun, sebaik sahaja dia selamat bernikah, segala permasalahan itu berakhir dan dirinya sudah beransur pulih selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam.
Hmm, di zaman serba moden ini pun, ada juga yang gemar bermain sihir untuk menumbangkan lawan.
Ingatkan tahap pemikiran masyarakat kita searus serta selari dengan kemajuan negara yang semakin pesat membangun..
No comments
Post a Comment