ALOR SETAR: Pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd (AirAsia), yang dijadualkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah, terpaksa dilencongkan ke Pulau Pinang dipercayai akibat cuaca buruk.
Difahamkan, pesawat AK6012 itu yang dijadual berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang pada jam 7.05 pagi, sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, di sini satu jam selepas itu.
Pesawat berkenaan turut membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dipercayai mendarat dengan selamat dan lancar.
Sementara itu, jurucakap AirAsia mengesahkan laluan pesawat terbabit dilencongkan atas faktor cuaca buruk.
“Ini adalah sesuatu yang normal dan apabila terjadi perkara sedemikian, pesawat akan dilencongkan ke lapangan terbang lain,” katanya. -HM
No comments
Post a Comment