Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bekas Pemain Arsenal Kini Jadi Pengganas Pelampau?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

BAGI sesetengah media asing, setiap perkara melibatkan jihad oleh orang Islam bermakna mereka adalah pengganas, ekstremis dan puak pelampau. Itulah yang diuar-uarkan terhadap lelaki dalam rakaman di bawah. Lelaki dalam video ini mendapat perhatian ramai kerana dia didakwa bekas pemain bola sepak terkenal Liga Inggeris, Arsenal yang pernah meningkat naik bersama Cristiano Ronaldo.

Meskipun memperkenalkan diri sebagai ‘Abu Issa Al-Andalusi’, lelaki ini dikatakan bekas pemain Arsenal berasal dari Portugis yang meninggalkan London dan segala kemewahan dunia demi berjuang untuk Syria sejak dua tahun lalu.Memakai topeng muka berwarna hitam dan memegang senjata dipercayai jenis AK-47, video yang dimuatnaik di laman web FiSyria.com ini menunjukkan lelaki tersebut antara lain memberi nasihat khususnya kepada rakyat Ukraine:
(Saya ingin menasihati semua bahawa segala jenis bantuan kini diperlukan untuk melawan musuh. Sesiapa yang berasakan mereka tidak mampu ikut berperang masih boleh membantu dari sudut lain termasuk bantuan kewangan, ubat-ubatan, panduan dan apa sahaja skil yang dimiliki. Dengan cara itu kita semua dapat turut serta berjihad). Arsenal belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara ini namun mengakui sedang menyiasatnya.
Bagaimanapun dalam kenyataan kepada The Sun, wakil Arsenal dilaporkan memberi komen tidak mengenali lelaki dalam rakaman berkenaan dan tiada pemain dengan nama tersebut pernah direkodkan bermain bersama mereka.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments