Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUCHING: Kebakaran di wad neurologi sebuah hospital swasta di Taman Timberland, Jalan Rock memaksa 59 pesakit dipindahkan ke luar bangunan, malam tadi.
Kebakaran jam 8.40 malam itu dipercayai berpunca daripada litar pintas pada sistem pendawaian elektrik.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii, berkata kebakaran di tingkat dua itu hanya membabitkan 10 peratus bilik rawatan dalam klinik berkenaan.
Katanya, ketika kejadian klinik itu tidak beroperasi.
Bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan, seramai 59 pesakit yang dirawat di hospital berkenaan dibawa keluar.
"Satu jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 malam.
"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.24 malam dan siasatan lanjut mengenai punca kebakaran masih dijalankan," katanya.
-Bharian Online
Isu Semasa
TAIPEI – Tindakan beberapa orang wanita muda merakam gambar selfie dengan berlatar belakang pasukan menyelamat yang sedang mencari mangsa nahas pesawat TransAsia Airways telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
Wanita itu yang kelihatan gembira merakam gambar dengan salah seorang daripada mereka menunjukkan simbol ‘keamanan’ ke arah kamera.
Ketika itu beratus-ratus anggota penyelamat berada di belakang kumpulan wanita itu untuk mencari 12 orang mangsa yang masih hilang selepas 31 yang lain disahkan maut, manakala 15 orang berjaya diselamatkan.
Gambar kumpulan wanita itu dilaporkan diambil pada hari yang sama pesawat malang tersebut terhempas ke dalam Sungai Keelung tidak lama selepas meninggalkan lapangan terbang Songshan di sini.
Tindakan kumpulan wanita muda itu telah dikritik hebat penduduk negara ini sebagai perbuatan yang tidak menghormati mangsa tragedi tersebut. – Agensi
Global
BAGAN SERAI – Penduduk setempat gempar selepas tulang-tulangan manusia ditemui bertaburan di dalam semak berhampiran sawah padi dekat Kampung Parit Haji Amin di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, penduduk kampung terkejut sebaik melihat cebisan tulang manusia yang ditemui oleh salah seorang pemilik sawah yang pada waktu itu sedang membersihkan semak samun berhampiran tanamannya.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, saksi yang terkejut dengan penemuan rangka berkenaan termasuk tengkorak manusia telah bertindak menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.
Menurutnya, mangsa dipercayai ditinggalkan di kawasan berkenaan sejak lebih sebulan lalu dan tulang-tulang yang bertaburan itu dipercayai dimakan dan digonggong binatang seperti anjing dan biawak.
“Siasatan oleh pakar patalogi dari Hospital Parit Buntar di tempat kejadian mengesahkan cebisan tulang-tulang berkenaan adalah rangka manusia.
“Bagaimanapun, tiada sebarang tanda-tanda atau identiti pengenalan diri mangsa ditemui di kawasan itu dan cebisan tulang berkenaan diserahkan ke Bahagian Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Polis untuk mendapatkan pengesahan asid deoksiribonukleik (DNA),” katanya ketika ditemui semalam.
- KOSMO ONLINE
Isu Semasa
PELAKON Kim Jong Kok mengakui sering menganggap pasangannya Yoon Eun Hye dalam filem X-Man pada tahun 2005 sebagai kekasih sebenarnya.
Jelasnya, wanita itu turut mempunyai ciri-ciri wanita idamannya selama ini.
"Akan lebih bagus jika kami jadi kekasih kerana setiap kali kami berpasangan dalam drama atau filem saya akan sentiasa menganggap dia sebagai kekasih sebenar.
"Dia juga mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya selama ini," ujarnya seperti dipetikAllkpop.
Bagaimanapun, perkara itu tidak diketahui oleh pelakon wanita tersebut dan lebih selesa menganggapnya sebagia rakan seperjuangan.
Hiburan
PETALING JAYA: Penyanyi rap Joe Flizzow menjelaskan dia tidak berminat untuk menghidupkan kembali kumpulan Too Phat yang turut dianggotai oleh sahabatnya, Malique.
Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 37, berkata, dia tidak mahu melakukan sesuatu perkara secara terpaksa tambahan pula ia turut melibatkan pihak lain bagi menjayakan hasrat itu.
"Buat masa ini saya tidak berminat untuk hidupkan semula Too Phat kerana kumpulan itu melibatkan dua individu.
"Saya tidak boleh paksa pihak satu lagi (Malique) jika dia tidak mahu berbuat demikian kerana ia memerlukan komitmen dan perhatian penuh dan bukan sekadar untuk memuaskan hati orang lain," katanya kepada mStar Online.
Penyanyi lagu Apa Khabar itu ditemui pada rakaman program Muzik-Muzik 30 di Studio C, Sri Pentas Bandar Utama di sini pada Khamis.
Joe berkata demikian sebagai respons kenyataan Malique menerusi laman web syarikat rakaman miliknya, Qarma Musiq yang memberitahu tidak bercadang untuk menghidupkan semula kumpulan itu.
Malah Malique dalam kenyataan itu turut menegaskan dia tidak mahu dikaitkan atau menjawab mana-mana lagi berkaitan dirinya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Malique itu Joe berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara itu malah menerimanya dengan baik.
Tambah Joe juga mengakui tidak berhadapan dengan apa-apa masalah terhadap Malique walaupun mereka sudah tidak lama bertemu.
"Kalau itu yang dia katakan maka itulah dia," ujarnya ringkas.
Sementara itu, Joe berkata, buat masa ini dia sedang memberi fokus kepada penerbitan album dua artis dibawah naungannya iaitu SonaOne dan Illa Damila yang dijangka akan dipasarkan pada tahun ini.
Hiburan
Beijing: Seorang lelaki warga emas menerima malang bertimpa apabila tidak dipedulikan selepas jatuh di tengah jalan sehingga dilanggar kereta.
Dalam kejadian di daerah Yuhuan, wilayah Zhejiang itu, warga emas terbabit terbaring di atas jalan selama lapan minit sebelum dilanggar sebuah kereta.
Sepanjang kejadian itu, empat kereta dan 23 orang lalu di situ tanpa menghiraukan mangsa.
Rakaman kamera litar tertutp (CCTV) menunjukkan hanya seorang wanita warga emas yang juga jiran mangsa berhenti untuk bertanyakan keadaannya.
Wanita itu kemudian beredar untuk mendapatkan bantuan keluarga mangsa selepas melihatnya tidak memberi sebarang tindak balas.
Namun dua jam kemudian, sebelum wanita terbabit sempat kembali ke situ, sebuah kereta datang merempuh mangsa malah mengheretnya untuk beberapa meter tanpa menyedari lelaki terbabit masih melekat di bawah kenderaannya.
Pemandu itu hanya berhenti selepas dimaklumkan orang ramai.
Keadaan mangsa tidak diketahui dan kes itu kini dalam siasatan. - Agensi
Global
Kuala Lumpur: Seorang gadis berjaya menyelamatkan diri selepas hampir diperkosa majikan hidung belang di dalam kereta berhampiran pusat peranginan Genting Highlands, Pahang, Jumaat lalu.
Mangsa berusia 25 tahun itu dikatakan cuba dirogol seminggu selepas bekerja di sebuah syarikat di Sentul, di sini.
Sumber berkata, suspek yang berusia 30-an itu kerap mengambil kesempatan ke atas pekerja baru kononnya mahu mengajar mereka selok-belok tugas di pejabat.
Mangsa dikenali sebagai Ema, 25, berkata, dia tidak menyangka cuba diperkosa berikutan suspek kerap menghantarnya pulang ke rumah sewa selepas tamat bekerja.
Menurutnya, suspek turut kerap menghantar seorang lagi rakan serumahnya setiap petang.
“Bagaimanapun, rakan saya mengalami sakit gigi menyebabkan dia pulang awal bersendirian pada hari kejadian,” katanya.
Ema berkata, suspek meminta dia menemaninya bertemu pelanggan di Jalan Ampang.
“Dia enggan menghantar saya pulang ke rumah di Shah Alam dengan memberi alasan jalan sesak sebelum mengajak saya makan terlebih dahulu,” katanya.
Dia yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju sebelum suspek membawanya makan di restoran makanan segera berhampiran Plaza Tol Gombak.
“Saya terkejut apabila dia membawa saya ke kawasan peranginan Genting Highlands sebelum memberhentikan kereta di tepi jalan.
Isu Semasa
Taipei: Datuk bandar Taipei Ko Wen-je menggelar juruterbang pesawat malang TransAsia Airways yang terhempas, kelmarin, sebagai wira apabila berjaya mengelak beberapa bangunan sebelum terhempas ke dalam sungai seterusnya mengurangkan jumlah kematian.
Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dalam kejadian itu - termasuk juruterbang Liao Chien-tsung.
Kejadian berlaku sejurus selepas pesawat itu berlepas dari lapangan terbang di Taipei pada Rabu. Setakat ini, 15 dilaporkan selamat namun lebih 12 mangsa belum ditemui.
Ko yang tidak dapat menahan sebaknya berkata, Liao benar-benar berusaha menyelamatkan keadaan.
Penduduk Taiwan yang mengucapkan takziah rata-rata memuji tindakan berani Liao.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments