Beijing: Seorang lelaki warga emas menerima malang bertimpa apabila tidak dipedulikan selepas jatuh di tengah jalan sehingga dilanggar kereta.
Dalam kejadian di daerah Yuhuan, wilayah Zhejiang itu, warga emas terbabit terbaring di atas jalan selama lapan minit sebelum dilanggar sebuah kereta.
Sepanjang kejadian itu, empat kereta dan 23 orang lalu di situ tanpa menghiraukan mangsa.
Rakaman kamera litar tertutp (CCTV) menunjukkan hanya seorang wanita warga emas yang juga jiran mangsa berhenti untuk bertanyakan keadaannya.
Wanita itu kemudian beredar untuk mendapatkan bantuan keluarga mangsa selepas melihatnya tidak memberi sebarang tindak balas.
Namun dua jam kemudian, sebelum wanita terbabit sempat kembali ke situ, sebuah kereta datang merempuh mangsa malah mengheretnya untuk beberapa meter tanpa menyedari lelaki terbabit masih melekat di bawah kenderaannya.
Pemandu itu hanya berhenti selepas dimaklumkan orang ramai.
Keadaan mangsa tidak diketahui dan kes itu kini dalam siasatan. - Agensi
No comments
Post a Comment