Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


 Disebabkan bimbang rakaman klip video memaparkan dirinya diperkosa disebarkan, seorang gadis berusia 15 tahun terpaksa menjadi hamba seks teman lelakinya sejak dua bulan lalu.
 
Mangsa turut dipaksa mengadakan hubungan seks dengan rakan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pada 13 September lalu, mangsa dibawa teman lelakinya yang berusia 20 tahun ke sebuah rumah di Jalan Tanjung Tualang, di sini.

Menurutnya, lelaki terbabit memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya di dalam bilik di rumah berkenaan.

Katanya, selepas melempiaskan nafsunya, lelaki itu menghantar mangsa ke perhentian bas berhampiran dan menyuruhnya pulang ke rumah menaiki bas.
“Kira-kira dua minggu selepas itu, suspek sekali lagi bawa mangsa ke rumah sama untuk melampiaskan nafsunya.

“Namun kali ini, mangsa menolak namun lelaki itu ugut ingin beritahu apa dilakukan mereka kepada keluarga mangsa jika enggan menurut kemahuannya,” katanya.
Shaharon berkata, mangsa diperkosa sekali lagi oleh teman lelakinya itu dan suspek merakamkan perbuatan jijiknya itu menggunakan telefon bimbitnya.

Katanya, suspek kemudian memaksa mangsa mengikutnya ke rumah seorang rakan di kampung Baru Bakap, Jalan Tanjung Tualang, di sini, pada jam 8 pagi kelmarin.
Menurutnya, pada mulanya mangsa enggan namun terpaksa akur selepas suspek mengugut akan menyebarkan klip video dirakamnya.

“Mangsa dicium di dalam rumah itu dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suspek berusia 18 tahun sebelum dia dihantar pulang ke rumahnya,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang tidak tahan diugut dan dipaksa menyerahkan tubuhnya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah, di sini.

Katanya, susulan laporan tersebut, polis berjaya memberkas suspek berusia 18 tahun di sebuah rumah di Kampung Seri Meriah pada jam 3 pagi semalam. Polis kini masih memburu teman lelaki mangsa.SUMBER-www.sinarharian.com.my




Ya, Soo Wincci telah tersenarai sebagai salah seorang pemilik wajah tercantik di dunia untuk tahun 2013 yang dikeluarkan oleh Independent Critics yang berpangkalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat baru baru ini.

Soo Wincci menduduki tangga ke 91 dalam senarai itu sekaligus berada di atas nama besar Hollywood seperti Rosie Huntington-Whiteley & Amanda Seyfried yang masing masing menduduki tangga 100 dan 93 dalam senarai The 100 Most Beautiful Faces 2013.

“Bayangkan album Melayu saya baru saja dilancarkan dan tiba-tiba pengurus promosi untuk pasaran Melayu berhenti mengejut. Berita nama saya tersenarai dalam carta itu membuatkan saya bangun semula untuk bekerja keras mengharumkan nama negara”

Beliau berkata demikian kepada Harian Metro hari ini dan menyifatkan ianya satu motivasi tinggi buat dirinya dalam kerjaya beliau ketika ini. Tahniah Soo Wincci!










Kuala Lumpur: Tabur paku besi di lorong laluan motosikal. Itu antara taktik dikesan dilakukan segelintir pengusaha bengkel dan individu tidak bertanggungjawab bertujuan memancitkan tayar kenderaan bagi meraih keuntungan mudah di beberapa laluan motosikal di sekitar ibu kota.

Pengusaha terbabit juga akan meninggalkan nombor telefon bimbit mereka di penghadang jalan dan dinding terowong, malah ada yang melekatkan iklan pada tiang papan tanda jalan raya atau pokok untuk khidmat menukar serta membaiki tayar motosikal yang pancit.

Kegiatan yang sudah lama dilakukan itu dikesan kembali aktif dengan penemuan kira-kira dua kilogram paku besi yang ditabur di sepanjang laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Sungai Besi, Khamis lalu.

Bukan itu saja, aktiviti berkenaan juga dipercayai dilakukan orang awam yang menjadikan pekerjaan menukar tiub tayar motosikal sebagai pendapatan sampingan mereka.

Tinjauan Harian Metro di beberapa laluan motosikal sekitar ibu kota mendapati terdapat banyak nombor telefon bimbit mekanik dan penukar tiub motosikal diconteng pada penghadang jalan dan dinding terowong menggunakan dakwat hitam.

 PEKERJA dan penunggang motosikal mengutip paku di atas jalan raya.

Selain paku, terdapat juga individu tidak bertanggungjawab meletakkan peralatan tajam lain seperti skru dan serpihan kaca bertujuan memancitkan tayar.

Kakitangan swasta yang mahu dikenali sebagai Azhar, 21, berkata, pengalaman tiga kali menjadi mangsa cukup memberi pengajaran kepadanya supaya lebih berhati-hati setiap kali melalui laluan motosikal.

“Sepanjang tiga kali terkena, saya terpaksa menghabiskan wang sehingga RM210 hanya untuk menukar tiub tayar motosikal yang pancit. Kadang-kadang saya tidak minta bantuan mereka, tetapi mereka dengan sendiri menukarkan tiub dan meminta bayaran itu.

“Kerana terdesak, saya terpaksa membayar jumlah itu kerana alasan diberikan harga berkenaan termasuk dengan caj perkhidmatan rondaan mereka di kawasan terbabit. Begitu mudah mereka mencari makan,” katanya.

Menurut Azhar, tindakan kumpulan terbabit menyusahkan pengguna jalan raya kerana perbuatan meletakkan paku atau peralatan tajam di laluan motosikal boleh mengancam nyawa penunggang.

 SATU bungkusan plastik paku yang dikutip.

Pelajar, Norihan Razali, 24, berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu dihentikan kerana boleh menyusahkan pelbagai pihak terutama golongan wanita yang menggunakan laluan motosikal pada waktu malam.

“Saya pernah menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral ini.

“Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, saya baru pulang dari kelas malam dan tayar motosikal pancit dengan tiba-tiba akibat terlanggar paku.

“Apabila diperiksa terdapat banyak paku bertaburan di sekitar laluan itu. Saya bernasib baik kerana ada seorang pak cik yang lalu secara kebetulan dan membantu saya,” katanya.

Menurutnya, dia mungkin menjadi mangsa rogol atau samun sekiranya berjalan kaki sambil menolak motosikal ketika itu.

Sumber: Harian Metro

Protes menentang larangan berjemur di pantai dengan mendedahkan dada di Brazil yang telah dilaksanakan selama satu dekad , gagal menarik perhatian pengunjung perempuan .

Sebaliknya , lebih banyak ratusan jurugambar dan lelaki yang hadir di pantai Ipanema Rio de Janeiro .

Sebelumnya , lebih daripada 2,000 orang perempuan berkata , mereka akan melepaskan baju mereka di pantai pada Sabtu ( 21/12/2013 ) pagi , untuk mendesak agar undang - undang tersebut dibatalkan .

Namun , ternyata tak banyak yang mahu terlibat . Penganjur berkata , kemungkinan sebahagian besar perempuan takut mendapatkan intimidasi jika terlibat dalam protes tersebut .

Mereka berpendapat bahawa telanjang boleh dibiarkan selama parade karnival di Rio .

" Kami mempunyai sebuah aturan yang melarang seorang perempuan untuk mendedahkan payudara, ini merupakan sebuah puritanisme yang salah dan menunjukkan budaya maskulin , " kata Olga Salon kepada pejabat berita Associated Press .

Olga adalah salah seorang perempuan yang terlibat dalam protes dan melepaskan bajunya sebelum jurugambar dan pengunjung pantai lelaki menyerbunya.

Penganjur , Ana Rios , berkata , idea tersebut untuk meningkatkan kepedulian terhadap prasangka mengenai perempuan di Brazil .


" Sayang sekali ini menjadi tontonan media . Yang membuat saya terkejut adalah jumlah lelaki datang ke sini hanya untuk melihat dada perempuan , " katanya.

Gerakan tersebut bermula selepas pelakon Brazil , Cristina Flores , dihampiri oleh seorang polis lelaki yang mengganggu sesi penggambaran.

Dia berkata , mereka mengancam akan memenjarakannya jika tidak memakai bajunya kembali .

" Saya tidak mengetahui bahawa itu haram sampai saya mengalaminya , " kata dia .

Sebuah undang - undang yang dikuatkuasakan pada 1940 - an menyebutkan bertelanjang dada di pantai akan dihukum penjara selama tiga bulan hingga satu tahun atau membayar denda .

Hukuman yang berat jarang sekali dilaksanakan , tetapi berjemur dengan telanjang dada tidak dibolehkan di sebahagian besar pantai di Brazil .


LANDASAN kereta api Thailand- Burma yang digelar sebagai 'Landasan Maut', dibina dalam tempoh masa yang agak singkat oleh 60,000 tahanan Perang Dunia Kedua serta 200,000 buruh kasar.

Pembinaan landasan sepanjang 415 kilometer itu dimulakan pada Oktober 1942 dan berakhir di Konkoita, utara Thailand pada Oktober 1943.

Ia digunakan dalam rancangan serangan Jepun terhadap tentera Britain di India serta menguasai jalan dan ruang udara yang digunakan tentera bersekutu.

Rakyat Thailand juga pernah menjadi buruh landasan pada awal pembinaannya, namun ketegangan berlaku antara mereka dan tentera Jepun selepas pasukan keselamatan itu bertindak mengambil alih rumah-rumah ibadat sebagai tempat penginapan selain tidak menghormati sami Buddha tempatan.

Semua pihak maklum bahawa tahanan perang serta buruh yang dipaksa menyiapkan landasan tersebut turut berdepan layanan buruk oleh tentera Jepun yang menyeksa mereka tanpa belas kasihan.

Hal tersebut bertentangan dengan syarat-syarat dalam Konvensyen Geneva Ketiga 1929 bagi menjamin hak minimum serta layanan kemanusiaan terhadap tahanan perang.

Mangsa sering dipukul dan tidak diberi bekalan makanan yang cukup, rawatan perubatan yang diperlukan atau masa rehat sewajarnya ketika pembinaan dilakukan.

Sikap serta perbuatan ganas tentera Jepun itu menyebabkan ramai warga Thailand benci terhadap mereka lalu bertindak membantu tahanan perang yang terlibat dalam pembinaan landasan neraka itu.

Antaranya, seorang pemilik kedai di Kanchanaburi, Boonpong Sirivejaphan yang sering mengambil risiko memberi ubat-ubatan kepada para tahanan.

Dalam satu temu bual Bangkok Post pada 1967, Boonpong berkata antara sebab dia membantu tahanan perang itu adalah disebabkan kebenciannya terhadap tentera Jepun.

"Mereka masuk ke dalam Thailand kononnya sebagai tetamu dengan persetujuan kerajaan, kemudian berperangai seperti ketua yang tidak berperasaan.

"Mereka sangat ganas dan tidak sopan, jadi ramai warga Thailand terganggu apabila melihat ramai yang diseksa tentera Jepun. Oleh sebab itu, ramai yang cuba membantu," katanya.

Boonpong berkata, dia mula berhasrat untuk membantu tahanan perang apabila terserempak dengan rakannya yang merupakan seorang lelaki Inggeris ketika pembinaan landasan di Chung Kai pada 1942.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Johnson sejak sebelum perang bermula, merayu pertolongan kepadanya dan Boonpong tidak sampai hati untuk menolak.

Dia membantu tahanan perang dengan menjual apa jua barang yang diberi untuk mendapatkan ubat-ubatan di Bangkok.

Selain itu, reputasinya sebagai pemilik kedai turut menjadikannya dikenali oleh tentera Jepun.

"Saya berbaik-baik dengan pengawal Jepun dan memberi mereka hadiah supaya mereka tidak mengganggu saya.

Seorang lagi warga Thailand yang banyak menabur jasa kepada mangsa perang tentera Jepun ialah Nai Lee Soon.

Lee Soon mengendalikan kantin dalam kem tahanan perang dan mengambil kesempatan menjual telur serta buah pisang kepada tahanan yang kelaparan selain membekalkan sedikit peruntukan untuk makanan harian.

Ini memandangkan walaupun buruh serta tahanan perang yang mengerjakan landasan itu dibayar, namun mereka yang sakit hanya dibayar separuh, menyebabkan ramai daripada mereka mati kebuluran.

Di dalam kem tahanan pula, buruh-buruh paksa akan menggunakan 'upah' yang diterima untuk membeli makanan serta rokok di kantin, tetapi barang-barang dijual dengan harga tinggi bagi memberi keuntungan kepada pihak Jepun.

Lee Soon dihormati dan disegani beratus-ratus tahanan kerana berani mengambil risiko terhadap diri dan keluarganya yang mendapatkan bekalan perubatan dan makanan untuk diseludup masuk ke dalam kem.

Keadaan menyeksakan dalam kem tahanan perang di Chung Kai yang disediakan untuk ramai pesakit serta tahanan yang hampir mati, memberi kesan mendalam terhadapnya.

Dalam diarinya, Lee Soon menyatakan, keadaan menyeksakan serta rayuan daripada tahanan meminta tolong daripadanya menyebabkan dia berasa sedih.

Pada akhir Julai 1942, seorang tahanan perang mendatangi Lee Soon dengan mukanya yang ditulis perkataan 'mati' untuk meminta pertolongan.

Lelaki itu, Kapten G.B. Adam dahulunya merupakan pengurus Asiatic Petroleum Company di Bangkok sebelum dia ditangkap dan dijadikan buruh landasan Thailand-Burma itu.

Lee Soon kemudian menghubungi rakan perniagaan Adam di Bangkok yang menyediakan wang untuk membeli ubat di pasaran gelap.

Tidak lama kemudian, Lee Soon disyaki tentera Jepun tentang pembabitannya membantu tahanan.

Walaupun dia diberi amaran akan disoal pihak berkuasa tentera Jepun tentang hal itu, dia tetap berdegil dan meneruskan usahanya menyeludup ubat ke dalam kem.

Selepas perang berlalu, Lee Soon yang dianggap sebagai wira tidak mengimpikan balasan istimewa terhadap jasanya itu, selain cuma mengharapkan bantuan persekolahan untuk anak-anaknya.

Dia meninggal dunia pada 1994 berumur 83 tahun dan meninggalkan seorang balu serta empat orang anak.

Disebabkan jasa Lee Soon dan Boonpong itu, mereka dianugerahkan King's Medal for Courage in the Cause of Freedom oleh Britain serta dinobatkan sebagai Officer of the Order of Orange Nassau daripada keluarga diraja Belanda.

Sumber: Utusan Malaysia

Moskow - Pencipta rifle AK-47, Mikhail Kalashnikov, disahkan meninggal dunia pada Selasa, 24 Desember 2013 waktu Rusia. Dilapor Russia Today, Kalashnikov meninggal pada usia 94 tahun kerana sakit di Izhevsk, sekitar 500 kilometer sebelah timur Moscow.

Pegawai tinggi Rusia, termasuk Presiden Vladimir Putin, menyatakan duka yang mendalam atas kepergian arkitek senjata tersebut. Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan kematian Kalashnikov merupakan kehilangan besar bagi Rusia. Menteri Pertahanan Sergei Shoigu menyatakan Kalashnikov merupakan salah satu patriot yang harus dijadikan contoh oleh seluruh warga Rusia.

“Seluruh bahagian hidupnya adalah contoh luar biasa dalam pengabdian kepada negara ini,” ujarnya dalam pernyataan resmi terkait meninggalnya legenda persenjataan itu.

Kalashnikov meninggal setelah dia berjuang selama bertahun-tahun melawan penyakit jantung dan usus besar. Sejak 17 November 2013 lalu, kondisi kesihatannya menurun dan harus dirawat intensif di Izhevsk, Rusia Tengah. Meski begitu, pihak berkuasa akan mengumumlan penyebab rasmi kematian Kalashnikov setelah dilakukan otopsi.

Rencananya, pemerintah Rusia akan memberikan penghormatan dalam pemakaman secara khusus kepada Kalashnikov. Namun, mereka belum memutuskan tarikhnya kerana harus berkonsultasi dengan pihak keluarga. Kerajaan Rusia mengalami masalah kerana hanya sedikit anggota keluarganya yang masih hidup. Dia tak mempunyai ramai anggota keluarga.

Kalashnikov lahir di Siberia Barat pada 10 November 1919 dan memiliki 18 saudara. Nama sebenarnya Mikhail Timofeyevich Kalashnikov. Pada 1938, dia bergabung dengan Tentara Merah Soviet dalam Perang Dunia II sebagai desainer senjata. Dia berhasil mengembangkan senjata untuk tank yang jauh lebih efektif menghancurkan sasarannya.

Dia berjaya menciptakan senjata mesin otomatis untuk memenuhi permintaan tentara Uni Soviet yang ketika itu sedang berperang melawan Jerman. Pada 1947 dia secara rasmi memperkenalkan AK-47 kepada Rusia dan dunia.

Sumber: tempo.co

CANBERRA - Saintis diketuai penyelidik Universiti Kebangsaan Australia mendakwa bahawa mereka telah menemui batu kimberlit dipercayai mengandungi berlian di kawasan Gunung Meredith di Antartika Timur.

Bagaimanapun, ketua penyelidik, Greg Yaxley memberitahu mereka belum menemui batu berharga tersebut yang dipercayai mungkin kelihatan seperti berlian kristal di Afrika Selatan.

"Penemuan batu kimberlit itu diharap tidak akan menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan ramai untuk menjalankan aktiviti perlombongan.

"Aktiviti melombong di kawasan Antartika adalah dilarang dan ia turut dilindungi di bawah perjanjian kajian saintifik untuk hidupan liar seperti penguin dan singa laut," katanya dipetik DailyMail

Difahamkan, kandungan Perjanjian Alam Sekitar 1991 melarang kegiatan perlombongan di benua tersebut bagi tempoh sekurang-kurangnya 50 tahun.

Selain batu berharga itu, kumpulan penyelidik sebelum ini pernah menemui emas, platinum, besi dan arang batu di Antartika.

Kegiatan melombong berlian di kawasan beriklim sejuk seperti utara Kanada dan Siberia juga telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

Tersebar sebuah video berdurasi 1 minit, 24 saat di YouTube yang memperlihat sosok Shinta Bachir tengah berganti baju hingga menampakkan payudaranya.

Awalnya, video tersebut memperlihatkan Shinta mengenakan seluar dalam saja. Dia pun menutupinya dengan memakai hot pants.


Setelah adegan itu, Shinta mulai membuka bajunya. Dengan  membelakangkan kamera, bintang 'Kawin Kontrak 3' itu membuka bajunya dan mulai mengenakan bra.


Tapi dalam adegan itu tubuh Shinta sedikit menyamping sehingga bahagian payudaranya terlihat jelas.

 Menurut Shinta, video itu diambil ketika dirinya ganti baju semasa penggambaran filem Pulau Hantu 3.

"Saya ingat itu syuting film Pulau Hantu 3," katanya.


Menurutnya semasa penggambaran itu hanya ada tiga orang. Ketiganya tidak berada dalam ruang ganti pakaian ketika itu.


"Itu cuma ada jurukamera, sutradara dan asisten sutradara. Itu bukan adegan filem, waktu itu mereka ada di ruang sebelah. Kok bisa dapat gambar pas ganti ya?" katanya kebingungan.

 Shinta mengaku sedih kerana  menurutnya hal tersebut dugaan saat dirinya telah  memutuskan untuk berhijab.

"Kenapa ketika saya sudah tak mahu lagi shooting filem-fielm seksi dan di saat saya berhijab?" sesalnya.


Shinta tampak belum boleh memberikan komen banyak. Dia mengaku sangat terkejut dengan beredarnya video yang memperlihatkan bahagian sisi payudaranya itu.


"Mungkin ini dugaan," ulangnya.

Sumber: hot.detik.com

LINGGI – Misteri kehilangan seekor buaya tembaga yang mempunyai saiz sebesar sebuah van, di sini menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk tempatan terutamanya kaki pancing.

Sebelum ini, haiwan pemangsa itu didakwa menghuni di dalam lombong Kampung Pengkalan Durian, namun sejak kebelakangan ini buaya tembaga itu dikatakan menghilangkan diri.

Malah, ada mengatakan buaya berkenaan ditembak oleh sindiket menjual kulit buaya, tetapi itu hanyalah sekadar cakap-cakap kosong sahaja.

Menurut Adun Linggi, Abd Rahman Mohd Redza, disebabkan warna kulitnya berwarna hitam, buaya tembaga itu digelar 'Black' oleh penduduk tempatan.

"Walaupun saiznya besar, namun Black tidak pernah bersikap agresif terutamanya kepada kaki pancing yang memancing ikan di lombong tersebut.

"Sejak beberapa minggu lalu, Black tidak kelihatan di permukaan lombong tersebut sehingga ada yang menganggap buaya tembaga itu ditembak oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Tetapi kehilangannya itu mungkin disebabkan haiwan itu berpindah habitat memandangkan lombong inimempunyai aliran untuk ke Sungai Linggi,” katanya.

Abd Rahman berkata, bagaimanapun dia berasa kesal jika benar ada kejadian menembak buaya di kawasan itu.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan berkata, sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkaitan kes tembak buaya di Linggi.

"Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan sekiranya ada aduan mengenainya (tembak buaya) sampai kepada pihak kami.

"Kes tembak haiwan liar adalah perkara serius dan menyalahi undang-undang dan mana-mana individu yang terlibat dengan kejadian ini boleh didakwa mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972,” katanya.

Untuk rekod, pada 2 Ogos 2010, seekor buaya tembaga betina ditemui mati di tepi pantai di kawasan sebuah resort di Tanjung Agas, berhampiran Sungai Linggi, dipercayai ditembak.

Menurut sumber Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, sekurang-kurangnya terdapat 3,000 buaya hidup di Sungai Linggi.

Sumber: Sinar Harian