Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Berikut ini kumpulan foto Zahra Jasmine hot dan foto Zahra Jasmine sexy yang akan dibagikan untuk agan forumkami. Zahra Jasmine adalah seorang model majalah dewasa di Indonesia.. Bagi anda yang ingin tau biodata dan profil Zahra Jasmine silahkan baca paragraf ke 2. Akhir kata semoga kumpulan gambar Zahra Jasmine hot dan gambar Zahra Jasmine sexy dibawah ini bermanfaat untuk anda.
Although still quite young but Zahra did not look awkward when the lens
is the photographer we were ready took aim. She was very free-style and
super sexy posing in lingerie she was wearing. "I first entered the
modeling world's first high school class time, so if counted anyway
already quite long too, hehe," she said. No wonder this time it was used
and seemed to enjoy the photo session. Women who had been a
representative for the Miss Indonesia West Java is not a romantic. Seen
when he answered our questions about the treatment she has ever received
romantic, Zahra was thinking.
Nama Zahra Jasmine ini sendiri mulai ramai dibicarakan setelah bermain pada film layar lebar yang berjudul 'Pulau Hantu 3'. Sebelumnya ia sempat bermain pada acara sitkom yang berjudul 'Laki-laki Lasut' di stasiun Trans TV. Namun nama dari gadis kelahiran 22 Mei 1988 di Jakarta ini mulai meledak dipasaran setelah aksinya di film layar lebar itu. Di film tersebut ia beradu peran dengan banyak pemain berbakat dan ternama lainnya seperti salah satunya Tamara Blezynski. Apalagi pada film itu ia berpenampilan sangatlah berani terutama untuk ukuran seorang pendatang baru. Namun ia menjawabnya dengan penampilan atau akting yang sangat mengagumkan.
[Wow] - Sakit Mata
Kisah percintaan antara Zalif Sidek dan Fida Ibrahim yang sudah berakhir beberapa bulan lalu semakin reda dan tidak lagi diperkatakan peminat. Meskipun baru-baru ini nama Fida Ibrahim beberapa kali kedengaran di media namun ianya tiada kaitan dengan Zalif Sidek.
Terbaru, beberapa keping gambar terlalu mesra antara Zalif Sidek dan kekasih barunya, Syafrina telah tersebar di laman maya. Ianya kini mengundang seribu pertanyaan samada pelakon itu sudah menemui pengganti Fida Ibrahim atau hanya sekadar kawan biasa.
Menariknya, Syafrina adalah kawan lama Zalif sejak zaman sekolah lagi dan masih belum mempunyai teman lelaki sehingga kini. Mereka dikatakan bertemu kembali baru-baru ini dan mula rapat sejak dua minggu lalu.
Apapun, daripada kemesraan yang dapat dilihat pada gambar-gambar berkenaan, jelas mereka ibarat seperti pasangan kekasih yang sudah lama kenal. Adakah Syafrina memang kekasih baru Zalif atau sebaliknya?
Hiburan
BULAN lalu, kami pernah menyiarkan mengenai tabiat buruk penerbit rancangan televisyen terkenal, Simon Cowell yang selamba merokok berhampiran teman wanitanya yang sedang mengandung, Lauren Silverman.
Sikapnya itu mendapat kritikan ramai yang mengecam perbuatannya yang dianggap boleh membahayakan kandungan Lauren.
Bagaimanapun, ia nyata tidak mematahkan semangat Simon untuk terus berkelakuan begitu.
Terbaru, Simon dirakam merokok di dalam kenderaan sewaktu duduk di sebelah kekasihnya selepas mereka meninggalkan teater St. Martin di London.
Tindakannya itu dikritik oleh sebuah badan kebajikan anti rokok yang menyatakan kesan asap rokok Simon itu boleh mengundang masalah kelahiran tidak cukup bulan pada bayinya selain meningkatkan risiko kematian selepas lahir.
Sejujurnya, kami tak rasa dia akan mendengar saranan daripada sesiapa pun. Maklumlah, hati kering. Kasihan Lauren.
[Wow] - Selebriti
DALAM banyak-banyak penampilan artis Barat sempena Halloween yang diraikan oleh mereka semalam, penulis meletakkan supermodel, Heidi Klum sebagai pemenang.
Kemunculannya untuk sebuah majlis tahunan perayaan itu nyata mengejutkan apabila muncul dengan wajah dan gaya seorang wanita tua.
Transformasi Heidi itu dilakukan oleh sekumpulan jurusolek artis yang pernah memenangi anugerah Oscar sebelum ini.
Ternyata, supermodel kelahiran Jerman itu kelihatan cukup ‘tua dan sempurna’ dari atas hingga ke hujung kakinya.
Heidi juga sempat mengemaskini status Twitternya yang berbunyi: Ok semua..saya akan pergi ke masa depan. Masa untuk berseronok!
[Wow] - Selebriti
Aril AF dikatakan sudah bertunang dan bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangnya itu tidak lama lagi.
Menerusi blog Beautiful Nara, bakal isteri penyanyi kelahiran program realiti televisyen Akademi Fantasia 7 itu berasal dari Kelantan dan merupakan seorang pramugari.
Aril juga banyak berkongsi gambar mesra gadis tersebut dan kedua-duanya nampak sama cantik, sama padan apabila digandingkan bersama.
Di bawah ini penulis sertakan foto-foto menarik pasangan ini buat tatapan anda semua.
[Wow] - Gosip Hiburan
Semalam, merupakan hari di mana sambutan Halloween meriah diadakan di negara-negara Barat.
Secara ringkas, Halloween adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober yag dikaitkan dengan makhlus halus, syaitan, ahli sihir dan hantu.
Pada malam tersebut kanak-kanak akan berpakaian aneh dan mengetuk pintu rumah orang untuk meminta gula-gula dengan menjerit ‘trick or treat!’.
Orang dewasa pula, merayakannya dengan sambutan yang lebih ke arah ‘kedewasaan’ seperti mengadakan parti di mana semua orang datang dengan berpakaian dengan berunsur seram.
Itu di negara Barat.
Tapi nampaknya, sambutan Halloween turut menular ke negara kita termasuk dalam kalangan artis.
Namun mungkin menyedari kontroversi yang pernah tercetus pada tahun sebelum ini bagi artis yang memuatnaik gambar mereka merayakan Halloween, tahun ini tak ramai berbuat demiian.
Bagaimanapun, masih ada artis Malaysia yang dikesan meraikan malam semalam dan tidak kisah untuk memuat naik gambar di laman sosial. Antaranya Shasha Saidin dan Juliana Evans.
Tidak kira Shasha, Juliana mahu pun artis-artis lain yang terbabit menyambut Halloween, niat mereka mungkin sekadar suka-suka sahaja untuk memeriahkan suasana. Tak apalah, kami faham.
Tapi dah alang-alang suka sangat menyambut setiap perayaan, kami ingin mencadangkan kepada mereka agar tidak lupa menyambut satu lagi perayaan yang bakal jatuh pada 5 November depan, iaitu awal Muharam.
Hiburan
MANJUNG – Polis kini menahan reman teman lelaki seorang wanita yang ditemui mati dalam bilik tidur rumahnya di Apartmen Permata Lumut di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, lelaki berusia 27 tahun yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia itu direman selama seminggu bermula pagi tadi bagi membantu siasatan.
Menurutnya, mangsa Nariza Mustapha, 32, seorang ahli perniagaan itu ditemui terbaring di lantai bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah dan kesan tikaman di bahagian dada kiri.
“Polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kes terbabit dan ia sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.
“Mangsa dipercayai dibunuh pada jam 7 pagi hingga 10.30 pagi sebelum teman lelakinya mendakwa menemui mangsa di dalam bilik dan dengan keadaan pintu utama rumah sudah terbuka,” katanya dalam sidang media di sini, tadi.
Jaafar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi polis atau tampil ke balai-balai berhampiran untuk mmbantu siasatan. – Harian Metro
[Wow] - Jenayah
KUALA LUMPUR – Perjuangan Malaysia bagi kesederhanaan dan pembaharuan tidak akan goyah walaupun kerajaan menerima kritikan daripada sesetengah kumpulan konservatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam wawancara dengan Christiane Amanpour dari CNN dalam program “Amanpour” yang disiarkan Jumaat petang, beliau berkata kerajaan Malaysia komited dengan perjuangan itu dan turut menjadi keutamaan beliau adalah memastikan negara aman dan harmoni.
Najib, bagaimanapun berkata bagi membolehkan mencapai matlamat jangka panjang negara itu, perlu mengharungi “beberapa rintangan di sepanjang jalan”.
“Dan jika anda mahukan kestabilan berpanjangan, anda perlu pastikan majoriti rakyat tidak terpinggir.
“Pendek kata, kami turut memenuhi, dalam cara yang amat inklusif, keperluan golongan minoriti. Misalnya dalam ucapan bajet saya, saya menangani kebimbangan masyarakat India Malaysia. Kami tidak bersikap perkauman langsung,” katanya.
Amanpour bertanya kepada Najib mengenai tekanan-tekanan yang dihadapinya di tanah air, yang jelas telah memaksanya membuat perubahan terhadap banyak daripada pembaharuan yang telah beliau perkenalkan.
“Saya percaya kami akan mencapai matlamat-matlamat kami. Dalam setiap negara, akan ada orang yang mewakili keseluruhan spektrum politik, lihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat misalnya.
Mereka mengadakan ‘Tea Party’ (protes) yang telah mengucar-kacirkan seluruh proses politik di Amerika Syarikat.
“Tetapi nasib baik, kami tidak berdepan keadaan di tahap sebegitu di Malaysia. Namun kami ada mempunyai orang yang mungkin lebih konservatif dalam pandangan mereka. Kami ada orang yang lebih bimbangkan mengenai soal keseimbangan etnik di Malaysia,” katanya.
Memberikan contoh konflik di dunia Islam antara puak Syiah dan Sunnah Wal Jamaah, Najib menegaskan kesederhanaan merupakan satu-satunya jalan yang dapat memastikan keamanan dan kestabilan untuk umat Islam dan dunia keseluruhannya.
Beliau turut ditanya mengenai krisis politik di Mesir, yang menurut Najib perdamaian peringkat nasional diperlukan untuk menyelesaikan krisis itu.
Dalam wawancara selama 12 minit itu, Perdana Menteri turut memberitahu Amanpour bahawa dengan mandat diperolehnya daripada rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 dan dalam kalangan anggota Umno pada pemilihan parti yang baru berakhir, beliau optimis mampu meneruskan pembaharuan-pembaharuan itu dan memacu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Najib berkata beliau turut membuat beberapa perubahan penting di Malaysia sejak mengambil alih jawatan pada 2009, seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat, dan pada masa sama turut membenarkan perhimpunan aman diadakan.
Beliau turut menafikan dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) (gabungan parti pemerintah di Malaysia) terlibat dalam penipuan dan manipulasi undi dalam pilihan raya umum lepas.
“Pada dasarnya, tuduhan itu langsung tidak berasas. Mereka tidak dapat membuktikannya langsung. Misalnya, mereka mendakwa kami membawa masuk 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi dalam pilihan raya umum lepas.
“Dan sejak pilihan raya umum lepas, mereka masih tidak dapat mengemukakan sebarang bukti mengenainnya,” katanya.
Ditanya mengenai masalah aliran keluar golongan cerdik pandai atau ‘brain drain’ di Malaysia, Najib berkata kerajaan menyediakan lebih banyak peluang dan mewujudkan jawatan-jawatan dengan gaji tinggi sebagai antara strategi untuk mengatasi masalah itu.
Beliau berkata kaji selidik Bank Dunia baru-baru ini bagi kategori ‘mudah menjalankan perniagaan” telah meletakkan Malaysia di tangga keenam di dunia, peningkatan ketara daripada tempat ke-12 sebelum ini.
Ini mencerminkan kejayaan pembaharuan-pembaharuan yang telah dilakukan di dalam negara, katanya. – BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
Setelah syarikat bukan-teknologi seperti Nike dan Adidas mengeluarkan jam pintar masing-masing,kini tiba giliran syarikat enjin pencarian Google pula untuk membuat perkara yang sama.
Jam pintar ini dikhabarkan akan dimuatkan dengan perisian Android dan Google Now,iaitu teknologi pintar yang bertindak sebagai ‘pembantu peribadi’: menjawab panggilan,memberi cadangan serta meramalkan pergerakan pengguna berdasarkan aktiviti harian mereka.
Menurut sumber dalaman,Google kini sedang dalam tahap terakhir proses penyelidikan dan pembangunan peranti itu,dimana juruteranya bekerja keras untuk menurunkan penggunaan bateri jam pintar tersebut.
Seperti Samsung Gear,jam pintar ini akan berfungsi seiring dengan peranti sokongan lain iaitu telefon pintar.
Ini bukanlah cubaan pertama Google untuk menembusi pasaran “wearable technology”– syarikat itu tampil dengan cermin mata Google Glass Februari lalu.
Jam pintar ini dijangka untuk memulakan produksinya dalam tempoh beberapa bulan lagi.
[wow] - Teknologi
Jangan terkejut sekiranya produk kecantikan yang anda gunakan, ada sebahagiannya menggunakan lipas sebagai bahan ramuannya.
Menurut laporan Los Angeles Times, lipas digunakan kerana dikatakan sumber protein yang murah boleh didapati oleh pengusaha produk kecantikan.
Lipas yang digunakan adalah dari jenis baka Periplaneta Americana yang berwarna perang kemerahan dan mencecah kepanjangan 1.6 cm.
Kebanyakan perniagaan pembiakan lipas banyak dilakukan di Amerika Syarikat dan China dan memberikan pulangan yang sangat menguntungkan buat pengusahanya.
Lipas yang dibiak itu kemudiannya akan diedarkan kepada syarikat-syarikat komestik yang menggunakan serangga tersebut untuk produk mereka.
Pelbagai
Walaupun sudah membintangi banyak drama namun nama Zara Zya masih belum dikenali ramai sehinggalah muncul naskhah Love You Mr Arrogant (LYMA) yang menggandingkannya dengan pelakon Azlee Khairi.
Wataknya sebagai Zaara Amirah menerusi LYMA ternyata berjaya menarik banyak peminat baru berikutan terkesan dengan watak yang dijayakannya itu.
Namun seperti biasa, apabila nama mula meniti populariti, sedikit sebanyak pasti tercalit gosip buat mereka.
Nama Zara juga tidak terkecuali apabila ramai pihak mengatakan dia menggunakan pengaruh ‘orang dalam’ untuk mendapatkan watak heroin LYMA.
Ketika mengulas mengenai perkara itu kepada portal Gua, Zara berkata, “ada mulut-mulut jahat yang berkata saya dapatkan watak heroin LYMA dengan menggunakan orang dalam ataupun kabel kerana sebelum ini saya kurang dikenali. Tapi dengan penerimaan yang sangat menggalakkan terhadap drama tersebut, saya dapat buktikan bahawa tanggapan itu sebenarnya salah”.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 28, ini juga bertegas mahu peminat mengenalinya di atas bakat lakonan dan bukannya gosip-gosip yang melanda dirinya.
[Wow] - Gosip Hiburan
HAIRAN Sha dengan perangai Ida Nerina. Selama ini ada saja perkara
yang mencetuskan rasa kurang senang antaranya dengan pengamal media
Melayu.
Benda ini bukan baru kerana dari dulu lagi mulutnya lantang bersuara.
Pantang ada yang tak kena di matanya, dia akan naik hantu dan bercakap
sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Terbaru, dia sekali lagi ‘mengamuk’ dek kerana isu berkerusi roda.
Persoalannya, besar sangatkah perkara itu baginya? Padahal Sha tak
nampak pula artikel yang ditulis rakan media Melayu berbaur menghina
atau merendah-rendahkan keadaannya itu.
Kalau diamati, penulisan itu bersifat positif di mana rakan-rakan Sha
menghormati dan kagum dengan semangatnya. Walaupun kini berkerusi roda,
Ida masih rancak berkarya dan memperjuangkan semangat feminisme.
Sewajarnya Ida menjadi contoh terbaik buat penggiat seni jangan
letakkan limitasi dalam berkarya. Sayang 1,000 kali sayang, Ida seolah
melihat itu sebagai satu penghinaan kepada dirinya dan melenting kepada
beberapa media.
Tidak dinafikan dia ada beritahu jangan tulis pasal kerusi roda
kepada beberapa kenalan wartawan tetapi bukan semua tahu permintaannya
itu. Kalau nak diungkit, ketika sidang media projek Ikal Mayang yang
diusahakan bersama beberapa kenalan artis, ramai wartawan sentap dengan
sikapnya.
Bukan main lantang lagi dia menyindir wartawan yang hadir apabila
beberapa minit terawal majlis itu tidak ada yang bertanya soalan. Ketika
itu mungkin masing-masing berfikir apa soalan mahu dilontarkan kerana
mereka mahu berikan promosi terbaik kepada projek yang mengangkat isu
wanita itu.
Kemudian ia berpanjangan dengan isu kerusi roda. Kenapa perlu bising
walhal sebagai pengarah kreatif, dia perlu fikirkan rakan-rakannya yang
terbabit dalam projek itu. Projek itu perlukan publisiti bagi
mendapatkan dana sebanyak mungkin.
Hanya kerana tidak puas hati perihal kerusi roda, dia sudah cari
pasal dengan wartawan Melayu. Kot ia pun tak puas hati, pejam mata
sekejap untuk bantu rakannya. Kenapa perlu pentingkan diri sendiri. Bagi
Sha, ayat dia berkerusi roda bukanlah satu perkara mengaibkan jadi tak
payahlah berkira sangat. Kalau nak sensitif pun biarlah bertempat.
Selepas insiden ini, ramai wartawan Melayu sudah bosan dengan
kerenahnya itu dan mengambil keputusan untuk tidak melayaninya lagi.
Biar wartawan medium berbahasa Inggeris dan bahasa lain saja bagi
liputan. Kalau orang dah tak sudi, kita pun tak hadap! – myMetro Ahad
[Wow] - Kisah Artis
WASHINGTON – Spesies baharu ikan
lumba-lumba ditemui semasa beberapa ekor haiwan itu berenang di luar
pantai utara Australia, lapor satu pasukan saintis dalam minggu ini.
Menurut seorang ketua pengkaji haiwan
itu yang disiarkan dalam jurnal Molecular Ecology, spesies baharu itu
masih belum diberikan nama.
Spesies baharu yang ditemui itu adalah daripada keluarga ikan lumba-lumba kelasa.
Sebelum ini terdapat tiga spesies ikan lumba-lumba kelasa yang telah diiktiraf oleh para pengkaji haiwan tersebut.
Tiga spesies itu ialah ikan lumba-lumba
kelasa Atlantik, ikan lumba-lumba kelasa Indo-Pasifik dan ikan
lumba-lumba Indo-Pasifik Sousa chinensis.
Ikan lumba-lumba baharu yang ditemui itu tidak mempunyai ciri-ciri yang terdapat pada tiga spesies tersebut.
Seorang ahli biologi yang menganggotai
pasukan mengkaji spesies baharu itu, Guido Parra dari Universiti
Flinders, Adelaide, Australia berkata, nama spesies baharu itu perlu
mempunyai kaitan dengan Australia. – Agensi
Global
Setiap majlis ada protokolnya yang tersendiri lebih-lebih lagi dengan kehadiran dengan VIP pada sesuatu keraian itu.
Namun menurut sebuah portal, penyanyi dangdut Ani Mayuni telah
bergelek sakan biarpun menyedari majlis itu turut dihadiri oleh Menteri
Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menurut sumber, persembahan yang diberikan penyanyi itu memang mantap
tetapi telah diberikan secara berlebihan sehinggakan ada sesetengah
tetamu yang hadir tidak berapa berkenan dengan gelekannya itu.
Gaun berwarna perak yang dipakai oleh Ani juga menjadi perbualan
apabila dikatakan tidak sesuai kerana begitu menyerlahkan bentuk
badannya.
Diharapkan Ani dapat menerima teguran dan selepas ini menjadi lebih
peka dengan kehadiran tetamu kehormat supaya persembahannya tidak
kelihatan janggal dan berlebihan di sesebuah majlis itu.
[Wow] - Hiburan
Beijing – Sekumpulan pakar perubatan
China berjaya menjalankan pembedahan memasang wajah baru untuk seorang
gadis yang cacat akibat melecur, lapor media semalam.
Lebih menarik wajah gantian itu adalah hasil kulit yang tumbuh secara klinikal pada dada gadis terbabit.
Pembedahan itu dijalankan di bandar Fuzhou, Fujian, tenggara China.
Selepas pembedahan itu berjaya, Xu Jianmei, 17, sedar dengan dagu, kelopak mata dan telinga yang baru.
Xu ditimpa kemalangan ketika dia berusia lima tahun.
Kebakaran itu menyebabkan dia mengalami kecederaan parah pada wajahnya.
Disebabkan kemiskinan ibu bapa Xu tidak
dapat menghantarnya mendapatkan rawatan yang sewajarnya, memaksa dia
hidup dengan wajah tidak sempurna.
Namun Xu diberi harapan baru selepas ditemui sekumpulan pakar perubatan yang menawarkan pembedahan percuma kepadanya.
Kini, selepas 12 tahun Xu dapat mengukir senyuman dengan sempurna.
Pembedahan dijayakan selepas pakar perubatan membina kulit dan struktur baru menggunakan tisu dadanya.
Pasukan perubatan terbabit mengimplan
saluran darah dari kaki Xu ke dadanya dan menggunakan belon berisi air
bagi meregangkan kulit di bahagian itu.
Ia dilakukan dengan teliti bagi mendapatkan kulit secukupnya untuk dijadikan wajah baru Xu.
Klip video daripada prosedur pembedahan selama lapan jam menunjukkan Xu terbaring di katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Wajahnya kelihatan membengkak tetapi lapisan kulit baru yang licin kini menutupi wajahnya yang penuh dengan kesan melecur.
Ketua pasukan pembedahan itu, Jiang
Chenhong berkata, dengan wajah baru itu Xu boleh menzahirkan ekspresi
wajahnya dengan lebih tepat. – Agensi
Global
Status penyanyi Adira kembali menjadi persoalan apabila dia dilihat
berkongsi gambar sebentuk cincin yang tersemat manis di jarinya pada
akaun Instagramnya, baru-baru ini.
Sekaligus peminat mengandaikan dia telah dirisik oleh ‘teman tapi
mesranya’, Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun
Kamarudin.
Sebelum dikaitkan bercinta dengan Shahrul, Adira terlebih dahulu
dikatakan rapat dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dan
rakan seperjuangannya dalam Akademi Fantasia, Hafiz.
Malah, penyanyi berkulit putih melepak ini juga pernah diberi gelaran
‘playgirl’ disebabkan sering dikaitkan dengan banyak lelaki sebelum
ini.
[Wow] - Gosip Hiburan
Jelas wajahnya yang jelita itu persis sekali seperti ibunya, Siti Amira Ahmad. Tapi ye lah, dah berpuya. =)Terdapat beberapa keping lagi gambar yang dikongsikan untuk tatapan peminat khas dari akaun instagram Lisa Surihani sendiri.
Hiburan
JAKARTA - INDONESIA. Ribuan rakyat Indonesia membantah tindakan Amerika
Syarikat (AS) memantau panggilan telefon dan rangkaian komunikasi di
negara itu.
Indonesia mendakwa, skandal pengintipan dilakukan Agensi Keselamatan Negara (NSA) sudah menular ke Asia seperti didedahkan media antarabangsa.
Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan, satu dokumen rahsia didedahkan pembocor program perisikan AS, Edward Snowden yang menunjukkan, terdapat 90 kegiatan pengawasan talian telekomunikasi diletakkan di pejabat kedutaan dan konsulat seluruh negara.
Washington kini dipandang serong negara dunia termasuk sekutu kuatnya apabila satu demi satu intipan panggilan telefon dan data didedahkan media.
Dalam perkembangan lain, puluhan ribu pekerja melancarkan mogok bagi mendesak kerajaan menaikkan gaji susulan kenaikan harga bahan api dan keperluan asas.
Jurucakap Kesatuan Pekerja mendakwa, kos sara hidup yang tinggi menyebabkan inflasi meningkat sekali gus mendorong kenaikan harga.
“Kilang pengeluaran seperti fabrik, elektronik dan industri perkhidmatan digesa menghentikan operasi sekiranya nasib 17,000 pekerja tidak dibela,” katanya dipetik Jakarta Post.
Polis melaporkan, sehingga semalam, kira-kira 60,000 pekerja melakukan mogok dengan 1.5 juta pekerja melakukan tindakan sama di Jawa Barat.
Indonesia mendakwa, skandal pengintipan dilakukan Agensi Keselamatan Negara (NSA) sudah menular ke Asia seperti didedahkan media antarabangsa.
Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan, satu dokumen rahsia didedahkan pembocor program perisikan AS, Edward Snowden yang menunjukkan, terdapat 90 kegiatan pengawasan talian telekomunikasi diletakkan di pejabat kedutaan dan konsulat seluruh negara.
Washington kini dipandang serong negara dunia termasuk sekutu kuatnya apabila satu demi satu intipan panggilan telefon dan data didedahkan media.
Dalam perkembangan lain, puluhan ribu pekerja melancarkan mogok bagi mendesak kerajaan menaikkan gaji susulan kenaikan harga bahan api dan keperluan asas.
Jurucakap Kesatuan Pekerja mendakwa, kos sara hidup yang tinggi menyebabkan inflasi meningkat sekali gus mendorong kenaikan harga.
“Kilang pengeluaran seperti fabrik, elektronik dan industri perkhidmatan digesa menghentikan operasi sekiranya nasib 17,000 pekerja tidak dibela,” katanya dipetik Jakarta Post.
Polis melaporkan, sehingga semalam, kira-kira 60,000 pekerja melakukan mogok dengan 1.5 juta pekerja melakukan tindakan sama di Jawa Barat.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments