DALAM banyak-banyak penampilan artis Barat sempena Halloween yang diraikan oleh mereka semalam, penulis meletakkan supermodel, Heidi Klum sebagai pemenang.
Kemunculannya untuk sebuah majlis tahunan perayaan itu nyata mengejutkan apabila muncul dengan wajah dan gaya seorang wanita tua.
Transformasi Heidi itu dilakukan oleh sekumpulan jurusolek artis yang pernah memenangi anugerah Oscar sebelum ini.
Ternyata, supermodel kelahiran Jerman itu kelihatan cukup ‘tua dan sempurna’ dari atas hingga ke hujung kakinya.
Heidi juga sempat mengemaskini status Twitternya yang berbunyi: Ok semua..saya akan pergi ke masa depan. Masa untuk berseronok!
No comments
Post a Comment