Jangan terkejut sekiranya produk kecantikan yang anda gunakan, ada sebahagiannya menggunakan lipas sebagai bahan ramuannya.
Menurut laporan Los Angeles Times, lipas digunakan kerana dikatakan sumber protein yang murah boleh didapati oleh pengusaha produk kecantikan.
Lipas yang digunakan adalah dari jenis baka Periplaneta Americana yang berwarna perang kemerahan dan mencecah kepanjangan 1.6 cm.
Kebanyakan perniagaan pembiakan lipas banyak dilakukan di Amerika Syarikat dan China dan memberikan pulangan yang sangat menguntungkan buat pengusahanya.
Lipas yang dibiak itu kemudiannya akan diedarkan kepada syarikat-syarikat komestik yang menggunakan serangga tersebut untuk produk mereka.
No comments
Post a Comment