Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Simon Cowell Masih Merokok Depan Kekasih
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Simon Cowell Terus Berdegil Rokok Depan Kekasih

BULAN lalu, kami pernah menyiarkan mengenai tabiat buruk penerbit rancangan televisyen terkenal, Simon Cowell yang selamba merokok berhampiran teman wanitanya yang sedang mengandung, Lauren Silverman.

Sikapnya itu mendapat kritikan ramai yang mengecam perbuatannya yang dianggap boleh membahayakan kandungan Lauren.

Bagaimanapun, ia nyata tidak mematahkan semangat Simon untuk terus berkelakuan begitu.

Terbaru, Simon dirakam merokok di dalam kenderaan sewaktu duduk di sebelah kekasihnya selepas mereka meninggalkan teater St. Martin di London.

Tindakannya itu dikritik oleh sebuah badan kebajikan anti rokok yang menyatakan kesan asap rokok Simon itu boleh mengundang masalah kelahiran tidak cukup bulan pada bayinya selain meningkatkan risiko kematian selepas lahir.

Sejujurnya, kami tak rasa dia akan mendengar saranan daripada sesiapa pun. Maklumlah, hati kering. Kasihan Lauren.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments