WASHINGTON – Spesies baharu ikan
lumba-lumba ditemui semasa beberapa ekor haiwan itu berenang di luar
pantai utara Australia, lapor satu pasukan saintis dalam minggu ini.
Menurut seorang ketua pengkaji haiwan
itu yang disiarkan dalam jurnal Molecular Ecology, spesies baharu itu
masih belum diberikan nama.
Spesies baharu yang ditemui itu adalah daripada keluarga ikan lumba-lumba kelasa.
Sebelum ini terdapat tiga spesies ikan lumba-lumba kelasa yang telah diiktiraf oleh para pengkaji haiwan tersebut.
Tiga spesies itu ialah ikan lumba-lumba
kelasa Atlantik, ikan lumba-lumba kelasa Indo-Pasifik dan ikan
lumba-lumba Indo-Pasifik Sousa chinensis.
Ikan lumba-lumba baharu yang ditemui itu tidak mempunyai ciri-ciri yang terdapat pada tiga spesies tersebut.
Seorang ahli biologi yang menganggotai
pasukan mengkaji spesies baharu itu, Guido Parra dari Universiti
Flinders, Adelaide, Australia berkata, nama spesies baharu itu perlu
mempunyai kaitan dengan Australia. – Agensi
No comments
Post a Comment