Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » KONTROVERSI - Ida Nerina Dah La Tak Hebat Mana, Sensitif Lak Lebih…
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

HAIRAN Sha dengan perangai Ida Nerina. Selama ini ada saja perkara yang mencetuskan rasa kurang senang antaranya dengan pengamal media Melayu.

Benda ini bukan baru kerana dari dulu lagi mulutnya lantang bersuara. Pantang ada yang tak kena di matanya, dia akan naik hantu dan bercakap sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Terbaru, dia sekali lagi ‘mengamuk’ dek kerana isu berkerusi roda. Persoalannya, besar sangatkah perkara itu baginya? Padahal Sha tak nampak pula artikel yang ditulis rakan media Melayu berbaur menghina atau merendah-rendahkan keadaannya itu.

Kalau diamati, penulisan itu bersifat positif di mana rakan-rakan Sha menghormati dan kagum dengan semangatnya. Walaupun kini berkerusi roda, Ida masih rancak berkarya dan memperjuangkan semangat feminisme.

Sewajarnya Ida menjadi contoh terbaik buat penggiat seni jangan letakkan limitasi dalam berkarya. Sayang 1,000 kali sayang, Ida seolah melihat itu sebagai satu penghinaan kepada dirinya dan melenting kepada beberapa media.

Tidak dinafikan dia ada beritahu jangan tulis pasal kerusi roda kepada beberapa kenalan wartawan tetapi bukan semua tahu permintaannya itu. Kalau nak diungkit, ketika sidang media projek Ikal Mayang yang diusahakan bersama beberapa kenalan artis, ramai wartawan sentap dengan sikapnya.

Bukan main lantang lagi dia menyindir wartawan yang hadir apabila beberapa minit terawal majlis itu tidak ada yang bertanya soalan. Ketika itu mungkin masing-masing berfikir apa soalan mahu dilontarkan kerana mereka mahu berikan promosi terbaik kepada projek yang mengangkat isu wanita itu.

Kemudian ia berpanjangan dengan isu kerusi roda. Kenapa perlu bising walhal sebagai pengarah kreatif, dia perlu fikirkan rakan-rakannya yang terbabit dalam projek itu. Projek itu perlukan publisiti bagi mendapatkan dana sebanyak mungkin.

Hanya kerana tidak puas hati perihal kerusi roda, dia sudah cari pasal dengan wartawan Melayu. Kot ia pun tak puas hati, pejam mata sekejap untuk bantu rakannya. Kenapa perlu pentingkan diri sendiri. Bagi Sha, ayat dia berkerusi roda bukanlah satu perkara mengaibkan jadi tak payahlah berkira sangat. Kalau nak sensitif pun biarlah bertempat.

Selepas insiden ini, ramai wartawan Melayu sudah bosan dengan kerenahnya itu dan mengambil keputusan untuk tidak melayaninya lagi. Biar wartawan medium berbahasa Inggeris dan bahasa lain saja bagi liputan. Kalau orang dah tak sudi, kita pun tak hadap! – myMetro Ahad

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments