Setiap majlis ada protokolnya yang tersendiri lebih-lebih lagi dengan kehadiran dengan VIP pada sesuatu keraian itu.
Namun menurut sebuah portal, penyanyi dangdut Ani Mayuni telah
bergelek sakan biarpun menyedari majlis itu turut dihadiri oleh Menteri
Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menurut sumber, persembahan yang diberikan penyanyi itu memang mantap
tetapi telah diberikan secara berlebihan sehinggakan ada sesetengah
tetamu yang hadir tidak berapa berkenan dengan gelekannya itu.
Gaun berwarna perak yang dipakai oleh Ani juga menjadi perbualan
apabila dikatakan tidak sesuai kerana begitu menyerlahkan bentuk
badannya.
Diharapkan Ani dapat menerima teguran dan selepas ini menjadi lebih
peka dengan kehadiran tetamu kehormat supaya persembahannya tidak
kelihatan janggal dan berlebihan di sesebuah majlis itu.
No comments
Post a Comment