Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Ahli Perniagaan Wanita Mati Ditikam, Teman Lelaki Anggota TLDM Ditahan Reman
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Ahli Perniagaan Wanita Mati Ditikam, Teman Lelaki Anggota TLDM Ditahan Reman

MANJUNG – Polis kini menahan reman teman lelaki seorang wanita yang ditemui mati dalam bilik tidur rumahnya di Apartmen Permata Lumut di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, lelaki berusia 27 tahun yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia itu direman selama seminggu bermula pagi tadi bagi membantu siasatan.

Menurutnya, mangsa Nariza Mustapha, 32, seorang ahli perniagaan itu ditemui terbaring di lantai bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah dan kesan tikaman di bahagian dada kiri.

“Polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kes terbabit dan ia sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.

“Mangsa dipercayai dibunuh pada jam 7 pagi hingga 10.30 pagi sebelum teman lelakinya mendakwa menemui mangsa di dalam bilik dan dengan keadaan pintu utama rumah sudah terbuka,” katanya dalam sidang media di sini, tadi.

Jaafar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi polis atau tampil ke balai-balai berhampiran untuk mmbantu siasatan. – Harian Metro



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments