Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SINGAPURA: Polis menahan seorang wanita Malaysia berusia 27 tahun semalam di pekarangan Kementerian Luar di sini kerana menceroboh.
Wanita itu juga disiasat kerana mengelak pemeriksaan imigresen. Saluran televisyen tempatan, Channel NewsAsia, melaporkan kenyataan bersama Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan polis menyatakan bahawa wanita itu mempunyai rekod sakit otak.

"Dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan polis Malaysia, ICA dan polis sudah menghubungi waris wanita itu di Malaysia dan mereka dalam perjalanan ke Singapura untuk membantu siasatan," menurut kenyataan itu.
Wanita itu kini dalam tahanan polis.
Menurut siasatan awal, wanita itu memasuki Singapura dengan kereta yang berdaftar di Malaysia pada 17 Januari melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands pada jam 1.58 petang.
Beliau meninggalkan pusat pemeriksaan itu pada jam 2 petang.
Pihak berkuasa berkata, wanita itu meninggalkan pusat pemeriksaan itu tanpa diminta berhenti oleh kerana pegawai bertugas tidak segera membunyikan penggera. - BERNAMA

MARANG: Seorang wanita trauma selepas disamun seorang lelaki yang dikenalinya bersenjatakan parang, selepas diperdaya mengikut lelaki itu ke sebuah chalet di sini untuk membantu menyelesaikan masalah rumah tangga suspek.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari, ketika mangsa berusia 66 tahun itu berseorangan di rumahnya di Kampung Seberang Marang di sini, suspek, 27, datang meminta mangsa mengikutnya ke chalet itu untuk menemui isteri suspek. 

"Namun ketika tiba di chalet berkenaan, suspek terus membawa mangsa ke kawasan belakang pantai dan mengacukan parang di leher mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan di sini, hari ini.

Beliau berkata rantai dan gelang tangan emas mangsa disamun suspek yang berasal dari Marang itu, namun warga emas itu tidak dicederakan dan ditinggalkan di pantai berkenaan.

Beliau berkata gerakan memburu suspek giat dijalankan kerana dia mempunyai beberapa rekod jenayah dan dikehendaki polis.

- BERNAMA


DEK kerana dendam, seorang lelaki bertindak mengunci grill pintu rumah teman wanitanya dari luar sebelum membakarnya.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah unit pangsapuri di Desa Rejang, Setapak Jaya, Wangsa Maju, pagi tadi.
Menurut salah seorang jiran, dia melihat seorang lelaki memasuki unit yang didiami oleh Sarliza Saidin, 29, bersama anaknya yang berusia 18 bulan serta ibunya, berusia sekitar 40 hingga 50 tahun.
Lelaki tersebut dipercayai mengunci grill pintu dari luar sebelum mencurah petrol di sekelilingnya dan menyalakan api.
Laporan mengenai kebakaran itu diterima oleh pihak Bomba dan Penyelamat sekitar jam 1.25 petang yang kemudiannya bergegas ke tempat kejadian bersama-sama 41 anggota.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal dalam masa setengah jam.
Sarliza dilaporkan melecur kira-kira 80 peratus pada tubuhnya, manakala bayinya, 50 peratus. Ibunya pula mengalami lecur kira-kira 10 peratus.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan, polis sudah menerima laporan mengenai perkara itu dan akan menyiasat dari segenap sudut.
“Teman lelaki Sarliza kini sedang disiasat sebagai suspek utama kes yang dipercayai bermotifkan dendam ini,” ujarnya.
Sumber asal: The Star


Assalamualaikum wbt.
Di maklumkan bahawa gambar (contoh spt dilampirkan) dan maklumat yang tersebar melalui Facebook dan media perhubungan lain pada hari ini mengenai penangkapan buaya oleh tuan guru adalah KURANG TEPAT.
Buaya tersebut adalah diperolehi daripada pihak yang dibenarkan untuk aktiviti yang dijalankan oleh Darusyiffa’ Warrafahah Brunei Darussalam.
Tiada buaya dicederakan atau terbunuh dalam aktiviti ini, ianya akan dipulangkan setelah aktiviti selesai.
Berhati-hati dan dapatkan sumber yang sahih dalam menyebarkan maklumat berkenaan aktiviti dan kata-kata hikmah daripada tuan guru.

SUMBER: FB Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Official)

Wahhhh... Victoria Hervey tampil sangat seksi semasa GOLDEN GLOBES AWARD 2014. Beliau menarik perhatian selebriti lain dan juga paparazzi. Penampilan beliau yang mengejutkan ramai media telah meriuhkan suasana RED CARPET. Memang sangat mengejutkan apabila Dress yang dipakai beliau menunjukkan lentokkan badan dan TIDAK MEMAKAI SELUAR DALAM yang juga turut terdedah sebahagian punggungnya. 

Gaun beliau yang sanggat nipis dan lutsinar dikenakan dengan Heels hitam dan juga rambut 'CURL BLONDE' sudah cukup untuk tarik perhatian media. 








TEMERLOH,21 Jan 2014 - Satu kemalangan maut telah berlaku di Jambatan Temerloh petang tadi telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang amat teruk sehinggakan pengguna jalan raya terpaksa berpatah balik dan menggunakan jalan alternatif. Punca kemalangan masih dalam siasatan polis. Laporan penuh kemalangan akan dikemaskini.







SUMBER
Entah apa pemikiran lelaki ini. Sepatutnya agama telah mengubah dirinya. Semoga satu hari nanti dia akan sedar dan balik ke pangkal jalan. Amelia Maltepe nama samaran untuk dirinya selepas menjadi wanita telah berniat untuk menyertai Miss World. 














Sebelum kehadiran pita video VHS dan internet satu-satunya cara menonton filem dewasa ialah dengan pergi menonton di panggung wayar dewasa. Sejak kemunculan dua medium yang kami sebutkan tadi panggung wayang dewasa semakin pupus. Yang masih beroperasipun hidup seakan-akan zakar keras inzal tak mahu kerana terlalu usang. Di bawah ialah gambar di dalam panggung wayang dewasa terakhir di Vancouver bernama Fox Theatre. Ianya ditutup dan kini dalam proses diubah suai. Gambar di bawa menunjukkan betapa sadis, jijik, wtf dan AIDS infectednya panggung wayang dewasa. 








Seorang wanita yang merupakan pembunuh bersiri membuktikan dia memang ‘mental’ apabila sempat mengambil beberapa gambar selfie ketika dirinya dalam buruan polis.
Joanna Dennehy, 31, akhirnya berjaya ditahan sebelum mengaku bertanggungjawab menikam tiga lelaki di jantung sampai mati seterusnya membuang mayat mangsanya dalam parit.

Ketiga-tiga mayat ditemui di kawasan Peterborough, Cambridgeshire, England antara Mac hingga April tahun lepas.
Ketika perbicaraan kes berlangsung, juri turut diperdengarkan bagaimana Dennehy sesudah membunuh tiga mangsa, masih tidak puas hati dan mahu mencari mangsa baru.

Dia kemudiannya pergi ke daerah Hereford lalu memilih dua mangsa secara rambang iaitu Robin Bereza, 64, dan John Rogers, 56, sebelum menikam mereka.
Bereza dan Rogers bagaimanapun terselamat meskipun mengalami kecederaan parah.
Dennehy dikatakan bersekongkol dengan dua suspek lain iatu Gary ‘Stretch’ Richards, 47, dan Leslie Layton, 37, yang kini turut menjalani perbicaraan di Mahkamah Cambridge Crown.
Dalam pada itu, gambar selfie menunjukkan Dennehy menjelirkan lidah sambil memegang pisau dan menyelit gari di seluar turut dipertontonkan kepada juri ketika perbicaraan berlangsung.
Terdapat juga gambar lain di mana wanita berusia 31 tahun ini menyingkap baju menampakkan coli, sekaligus mempamerkan kesan kecederaan pada perut yang dilakukannya sendiri.
Dua lelaki yang dikatakan bersekongkol dengan Dennehy turut kelihatan bergambar. Aksi teman-temannya ini dikatakan dirakam beberapa minit sahaja sebelum Dennehy cuba menikam mati dua lelaki.
 Hasil perbicaraan Dennehy mengaku salah membunuh tiga lelaki yang terdiri daripada kekasihnya, Kevin Lee, 48, kawannya, Lukasz Slaboszewski, 31, dan teman serumah, John Chapman, 56.
Dia turut mengaku salah cuba membunuh dua mangsa lain sementara Richards dan Layton tidak mengaku salah.

Tidak dapat dinafikan, amalan rasuah sering dikaitkan dengan anggota polis trafik.
Tetapi untuk mengaitkannya dengan keseluruhan organisasi yang banyak berjasa demi keselamatan dan ketenteraman negara, ia adalah tidak betul.
Lagi pun jangan kata polis trafik, mana-mana individu tanpa mengira pekerjaan pun akan terlibat dengan amalan jijik ini jika kurang nilai moral.
Samalah juga jika rasuah dikaitkan dengan bangsa tertentu sahaja, tentu ramai yang akan marah dengan menampilkan alasan setiap orang tak sama bukan?
Justeru, tindakan lelaki dalam gambar ini menghulurkan wang kepada gambar anggota polis trafik di mural secara terang-terangan merupakan satu penghinaan kepada seluruh organisasi PDRM.
Ia seolah-olah menggambarkan semua anggota polis trafik sama sedangkan amalan ini boleh dikatakan semakin berkurangan hasil pemantauan dan tindakan berterusan.
Pada masa sama, lelaki yang sedang tersengih ini mungkin tidak sedar ia juga merupakan refleksi dirinya yang suka memberi rasuah dalam hidup. – REM RAMZI
Sumber: theflyingkick.blogspot.com
MUNGKIN ramai yang masih belum puas menatap wajah suami penyampai radio popular, Linda Onn.
Iyalah, kalau nak harapkan Linda muatnaik gambar di akaun Instagramnya, memang sikit sangatlah. Namun, melalui akaun Instagram pelakon Umie Aida, akhirnya dapat juga kami lihat wajah terkini pasangan pengantin baru itu.
Kedua-duanya telah menghadiri majlis hari jadi Umie dan tampak begitu romantis sekali.
Sekali pandang, dah macam Hans Isaac pula. Apa pun, mari layan gambar-gambar ini.






ADDIS ABABA (Kenya) – Polis Kenya kini sedang ‘pening’ memikirkan aliran baru dalam industri seks di negara itu apabila permintaan terhadap anak muda lelaki kini semakin meningkat untuk dijadikan pelacur.
Pun begitu, di sebalik senario yang membimbangkan itu, pengusaha dan pengeluar kain lampin pakai buang pula menunjukkan peningkatan keuntungan yang paling ketara!
Timbalan Komisoner Polisnya, Joshua Nkanatha berkata, ramai anak muda lelaki dari keluarga yang susah, terutama dari kawasan kampung, telah diperdaya oleh sindiket pelacuran yang menjadikan mereka ‘habuan’ dan pemuas nafsu untuk golongan gay di bandar-bandar besar.
” Kajian kami menunjukkan pemuda-pemuda ini terutama remaja terpaksa membeli lampin pakai buang disebabkan tidak mampu mengawal pembuangan najis masing-masing, kesan daripada aktiviti seksual dengan pelancong yang melanggan mereka,” dakwa Nkanatha.
Namun, menurutnya, yang paling membimbangkan pihak berkuasa negara itu adalah penyebaran HIV dan Aids disebabkan ketiadaan kesedaran terhadap kebersihan diri dan pengetahuan mengenai kaedah seks yang selamat.
Tambah Nkanatha, bandar yang paling teruk dengan masalah pelacuran remaja lelaki ini adalah Malindai.
Untuk rekod, Malindai adalah sebuah bandar pelancongan di Kenya yang bukan saja berjaya menarik golongan gay, tetapi juga pelancong wanita dalam dan luar negara yang dahagakan kepuasan seks dari lelaki Afrika.

SHAH ALAM – Wanita sering dianggap lebih boros dan tidak berfikir panjang untuk berbelanja berbanding lelaki terutama untuk membeli kosmetik, pakaian, kasut, aksesori dan sebagainya, yang tidak termasuk dalam kategori keperluan.
Malah bagi memenuhi kehendak terhadap perkara-perkara itu, ada yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk kelihatan cantik dan bergaya.
Persoalannya, benarkah wanita lebih suka berbelanja berbanding lelaki ataupun dalam kata lain, lebih boros?
Mengikut laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), berdasarkan kes yang diterima, ramai lelaki berusia 40 tahun ke atas yang datang ke pusat khidmat pelanggan AKPK untuk mendapatkan kaunseling mengurus wang termasuk nasihat untuk menyelesaikan hutang.
Lazimnya, lelaki pada peringkat usia ini dianggap mempunyai kehidupan yang lebih stabil serta kewangan yang kukuh.
Namun statistik AKPK sebaliknya menunjukkan sepanjang 2013, lelaki berusia lebih 40 tahun merupakan golongan yang paling tinggi iaitu 42.4 peratus atau 39,220 orang mendapatkan khidmat agensi itu untuk membantu mereka menguruskan hutang masing-masing.
Ini diikuti golongan berusia 30 hingga 40 tahun berjumlah 36,916 (39.9) peratus dan 16,336 orang golongan berusia antara 20 hingga 30 tahun (17.7 peratus).
Sepanjang 2013 juga, seramai 60,359 atau 65.3 peratus daripada sejumlah 92,472 pelanggan Program Pengurusan Kredit di agensi itu adalah lelaki berbanding wanita sebanyak 29,725 atau 32.1 peratus.
Golongan yang berkahwin paling ramai mendapatkan khidmat AKPK iaitu 68,550 orang (74.1 peratus), diikuti bujang seramai 14,069 orang (15.2 peratus) dan bercerai seramai 4,144 orang (4.5 peratus) sementara kematian pasangan seramai 1,727 orang (1.9 peratus).
Dari segi purata gaji, individu berpendapatan kurang RM24,000 setahun adalah yang paling tinggi berdepan masalah hutang iaitu seramai 48,647 (52.6 peratus).
Ini diikuti 17,389 mereka yang berpendapatan  antara RM24,000 hingga RM36,000.
Sementara mereka berpendapatan lebih RM40,000 mencatat jumlah lebih tinggi iaitu 14,428 berbanding mereka yang berpendapatan RM30,000 hingga RM40,000, 12,008 (13.0 peratus).
Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat AKPK, Mohamad Khalil Jamaldin, antara faktor utama masalah kewangan dihadapi mereka kerana perancangan kewangan lemah iaitu 22.8 peratus, kos perubatan tinggi (18.1), kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan (15.2) dan hilang kawalan dalam penggunaan kad kredit (11.1).
Justeru, rakyat di negara ini disaran mengkaji semula corak perbelanjaan, selain berjimat-cermat bagi mengelak pembaziran, mewujudkan dana kecemasan dan mengelak membuat pinjaman baru.
“Sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah, menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah pendapatan serta berbelanja mengikut kemampuan antara cara berkesan yang boleh membantu orang ramai bersiap sedia menghadapi masalah peningkatan kos sara hidup,” katanya.
Menurutnya, cara paling mudah, mengadakan bajet dengan menyenaraikan pendapatan dan menolak setiap perbelanjaan tidak perlu.
Katanya, orang ramai lazimnya sedar akan masalah dihadapi akibat situasi itu, namun jika mereka tidak melakukan apa-apa tindakan, boleh menjejaskan kehidupan.
Dalam usaha meningkatkan pengetahuan terhadap pengurusan kewangan, AKPK menyediakan beberapa program bagi menggalakkan golongan muda terhadap budaya terbabit.
Antaranya, agensi itu menggiatkan usaha kempen dan kaunseling untuk orang ramai mengurangkan perbelanjaan dan ubah cara hidup selain meningkatkan pendapatan sama ada membuat kerja lebih masa atau sebagainya bagi menampung kehidupan.
Beliau turut menyarankan orang ramai memanfaatkan perkhidmatan percuma ditawarkan AKPK seperti Pendidikan Kewangan, Kaunseling dan Nasihat tentang Pengurusan Kewangan dan Program Pengurusan Kredit.
Pihaknya akan bantu sediakan pelan pembayaran balik bagi setiap hutang dihadapi termasuk berunding dengan pihak bank untuk tempoh bayaran tertentu iaitu memanjangkan tempoh bayaran balik.
Katanya, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan AKPK melalui talian bebas tol 1800-88-2575 atau mengunjungi cawangan terdekat di seluruh negara. – Sinar Harian

BAGI sesiapa yang mengikuti perkembangan penyanyi Yuna, mereka pasti dapat melihat perubahan yang dilaluinya sehingga berada di tahap yang cukup membanggakan bagi seorang anak seni tempatan.
Bukan sahaja dari segi pencapaian dalam industri muzik, malah penampilannya juga turut berubah seiring dengan kehidupannya di Amerika Syarikat.
Namun, tidak ramai yang gemar dengan penampilan terbaru Yuna yang kini lebih gemar menggunakan turban yang menampakkan leher berbanding sebelum ini yang lebih ‘tertutup’.
Semalam, satu gambar yang dimuatnaik oleh Yuna di laman Facebook telah mengundang kritikan daripada peminat yang terkejut dengan cara pemakaiannya yang dianggap terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya.
Gambar yang disertakan dengan ‘caption’, “It’s nice being a woman in the music industry, you get to dress up all the time!” memperlihatkan dia memakai baju lengan panjang baldu yang melekat pada tubuh dan berseluar ketat.
Secara tidak langsung, berlaku perbalahan antara peminat kerana perbezaan pendapat antara mereka.

Kami rasa, ada baiknya Yuna menimbang pendapat ramai kerana tak semestinya mereka menegur kerana benci, sebaliknya mahukan yang terbaik untuk penyanyi itu.
Apa pun, gunakan cara yang berhemah untuk menasihat ya. Artis pun ada perasaan, betul tak?

Bermula tengah malam 10 Januari hingga awal pagi 11 Januari lalu, berlaku kejadian tembakan rambang yang dilepaskan pihak tidak dikenali di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan Penampang, Sabah.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis yang merakam kejadian tersebut, polis menyifatkan suspek yang sedang diburu merupakan ‘budak-budak nakal’ yang sengaja melakukan perkara ini untuk menggusarkan masyarakat setempat.
CCTV merakamkan, dalang di sebalik kejadian ini terdiri daripada enam remaja yang menaiki tiga kenderaan berasingan.
Mereka melepaskan tembakan rambang hingga mengakibatkan kerosakan termasuk memecahkan cermin premis menggunakan senapang angin berpeluru ‘ball bearing’ dan guli.
Kira-kira 46 premis rosak angkara perbuatan khianat ini.
Kejadian ini menakutkan orang ramai apabila ada pihak mengaitkannya dengan pengganas Sulu. Bagaimanapun Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Jauteh Jikun menafikan kes ini ada ada kena mengena.
Terbaharu, pihak polis kini berjaya menahan tiga suspek dipercayai terbabit dalam kejadian terbabit.
Ketiga-tiga mereka merupakan pendatang asing dan berusia dalam lingkungan 30an.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua suspek ditahan di lokasi berasingan namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Dinamakan Ops Cermin, pihak polis kini sedang giat mencari suspek lain yang masih bebas.
Apa pun jika dilihat pada suspek yang sudah ditahan, nampak gaya ini bukanlah kerja ‘budak-budak’ nakal tetapi individu yang lebih berbahaya kerana melibatkan pendatang asing yang cuba mengancam ketenteraman negara. –

MANAMA – Seorang isteri di Yaman meminta mahkamah untuk memaksa suaminya memberi lebih perhatian kepada beliau kerana banyak masa dihabiskan dengan aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya.

Dalam kes yang disifatkan sebagai luar biasa di negara itu, wanita berusia 30-an mendakwa suaminya mengalami ketagihan yang tidak normal terhadap mesej aplikasi mesej telefon bimbit terbabit sehingga mengabaikan isteri dan gagal memenuhi tanggungjawab sebagai seorang lelaki.

Penduduk bandaraya Aden terbabit mengadu ketagihan suaminya itu begitu membimbangkan sehingga beliau terpaksa meminta hakim memaksa si suami untuk membahagikan masa antara isteri, teman dan WhatsApp secara adil.
Kes luar biasa

Ini adalah satu kes yang luar biasa tetapi ia sebenarnya adalah menggambarkan keadaan dunia Arab masa kini, kata Rasha, seorang peguam di Manama.

Melarikan diri dari dunia realiti ke dunia maya atau ke dalam dunia fantasi kini adalah perkara biasa dan keluarga semakin teruk menderita, katanya dalam komen terhadap kes berkenaan.

WhatsApp Inc yang berpejabat di California bulan lalu berkata aplikasi bagi mesej segera telefon bimbit kini memiliki lebih 400 juta pengguna yang aktif setiap bulan.

Aplikasi yang dibangunkan untuk telefon pintar pada 2009 itu kini dinaiktaraf untuk membolehkan pengguna berkongsi kandungan multimedia seperti foto dan video. – AGENSI

ROMPIN – Seorang penduduk yang sedang berjalan-jalan di Pantai Tanjung Pahang, di sini setelah selesai memukat terkejut apabila menemui tulang punggung yang berseluar dalam di pantai itu.

Pada permulaanya, penduduk tersebut menyangka ia adalah rangka binatang dan memanggil rakan sekampung untuk mengesahkannya.

Pengerusi KRT Tanjung Gemok, Noor Azhar Abu Bakar, 50, berkata, penduduk kampung yang menjumpai rangka tersebut telah memanggilnya untuk mengesahkan ia rangka manusia atau binatang.

“Bila sampai di sana bersama beberapa penduduk lain, saya juga terkejut melihat rangka manusia yang tidak sempurna iaitu hanya ada bahagian punggung yang siap dengan seluar dalam. Bila lihat ada seluar dalam, maka sahlah itu rangka manusia,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, beliau juga telah memaklumkan kepada Ketua Kampung Tanjung Gemok, Mohd Zaker Awang mengenai penemuan rangka bahagian punggung manusia itu.

Dalam pada itu, Zaker yang dihubungi Sinar Harian berkata, beliau telah menghubungi pihak polis di Balai Polis Tanjung Gemok memaklumkan mengenai penemuan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya yang turut dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

“Pihak polis sedang melakukan siasatan ke atas rangka tersebut. Besar kemungkinan ia ada kaitan dengan beberapa kes lemas yang berlaku sebelum ini atau orang hilang yang belum dijumpai,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

IBARAT kata pepatah, tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata. Kisah yang bertebaran lewat hujung minggu lalu membabitkan dua bintang sensasi, Emma Maembong dan Zizan Razak yang didakwa bercumbu di dalam kapal terbang benar-benar mencuri perhatian.

Laporan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar mingguan Ahad lalu menyatakan, dua pelakon popular itu tanpa segan silu bercumbuan di dalam pesawat ketika dalam perjalanan menuju ke Los Angeles, Amerika Syarikat sekitar dua minggu lalu.

Cumbuan yang dimaksudkan merangkumi aksi mesra, intim dan mencium pipi. Lebih memalukan, perilaku itu berlaku di hadapan penumpang lain di dalam penerbangan tersebut.

Kosmo! secara eksklusif kemudiannya mendapatkan respons daripada Emma dan Zizan sendiri berhubung kontroversi tersebut.

Jawab Emma atau nama sebenarnya, Che Fatimah Rohani Ismail, 22, kepulangannya dari Los Angeles disambut dengan khabar yang benar-benar mengaibkan namanya dan keluarga. Terkilan, kecewa dan tertekan, Emma menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.
"Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat.

"Selagi tiada sebarang ikatan Emma tidak akan sesekali melakukan perkara itu (bercumbu) walaupun ramai yang membuat spekulasi Emma dan Zizan bercinta, janganlah sampai membuat fitnah sebegini.

"Cerita ini secara tidak langsung memburukkan nama Zizan dan mengaibkan keluarga kami. Pasti ramai yang menganggap kami selalu buat perkara bukan-bukan seperti ini.

"Emma sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenai cerita ini, memang benar orang selalu cari salah kita," katanya kepada Kosmo! petang semalam.

Duduk sebaris

Emma menjelaskan sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih 12 jam dari Kuala Lumpur ke Los Angeles, Amerika Syarikat dua minggu lalu, ada masanya dia tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan.

"Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka (yang mengikuti trip bersama) tapi tidak pula keluar cerita.

"Mungkin kebetulan Emma duduk bersebelahan Zizan dan ada pula spekulasi kami bercinta sebelum ini, maka orang senang menjatuhkan hukuman," jelasnya yang ke Los Angeles untuk projek Jom Upgrade Mamee Chef.

Pelakon drama Projek Memikat Suami itu menerangkan, dia duduk bersebelahan Zizan dan sebaris dengan penyanyi Kaka serta pengurus Wire Frame Entertainment, Marina Juki.
"Emma tidak marahkan penyampai cerita itu sebab semua tahu perkara yang sebenar, malah sampai sekarang Emma tidak pasti siapakah individu yang bertindak menyebarkan cerita itu. Mungkin juga ada peminat yang tersalah anggap.

"Agak sedih sebenarnya apabila cerita itu keluar tanpa bertanyakan dahulu kepada Emma atau Zizan. Kalau betul Emma salah, Emma minta maaf," ujarnya yang menyifatkan Zizan adalah lelaki paling rapat dalam hidupnya.
Impak keluarga

Terbit kisah itu sekali gus mengundang tanda tanya keluarga masing-masing. Terang Emma, dia sudah menjelaskan situasi tersebut kepada keluarganya dan mengharapkan agar tidak timbul sebarang isu berbangkit.
"Keluarga ada bertanya akan hal itu dan Emma sudah jelaskan satu persatu, mereka memahami dan menyokong Emma.

"Begitu juga Zizan, apabila dimaklumkan mengenai perkara itu dia memang terkejut. Tiada apa yang boleh dibuat melainkan menceritakan perkara sebenar," katanya.

Permainan Zizan

Tenang suaranya menyambut gosip bercumbu dengan Emma yang menjadi santapan umum hujung minggu lalu.

Dalam nada yang emosi dikawal rapi dan waras, Zizan yang sudah terbiasa dengan pelbagai provokasi dan sensasi sepanjang menjadi anak seni mula berbicara.
Satu persatu soalan dijawab rapi dalam balutan isi yang tersirat.

Anak Terengganu ini tidak menafikan kemesraannya di dalam pesawat seperti yang didakwa entah siapa penyampai cerita.
Namun tegasnya, ia jauh sekali mendekati istilah bercumbu seperti yang didakwa.

"Ya, di dalam pesawat kami duduk bersama. Namun harus saya ingatkan bahawa kami bukan duduk berdua, sebaliknya bersama pengurus saya, Marina Juki dan Kaka.
"Di dalam pesawat, dengan banyak orang yang ada di dalamnya, mana mungkin kami bercumbu.

"Jika istilahnya bergurau, ya. Mungkin pada waktu si penyampai cerita mendakwa kami mesra kerana ternampak kami bergurau, itu tidak saya nafikan.

"Kami memang ada bergurau tetapi bukan bercumbu," katanya yang bagaimanapun memaafkan si penyebar cerita kerana jelasnya jika dia mahu memarahi pembawa cerita itu, ia telah pun disiarkan dan diketahui umum.

Zizan yang ditanya bagaimana dia melihat gosip sehingga mampu memberi impak terhadap kehidupan dan kariernya menjelaskan bahawa gosip pada kawalan mindanya tidak ubah seperti sebuah permainan video.

Sebagai seorang pemain, dia perlu mengawal permainan dengan bijak, profesional dan bermain secara serius.

Jelasnya yang mengaku keluarganya memahami perihal gosip: "Jika saya ditimpa gosip, saya kira tidak guna untuk melenting, sebaliknya lebih baik saya bijak mengemudi permainan video yang sedang dimainkan dengan baik.

"Saya fikir bersikap rasional dan profesional itu lebih baik daripada melenting. Sebab itu, sebolehnya saya akan menjawab setiap gosip atau persoalan yang diberikan kepada saya.
"Bagaimanapun, pada hal-hal yang saya kira terlalu peribadi untuk dikongsikan, saya akan simpan untuk diri sendiri."

Dilanjutkan lagi tentang hubungannya dengan Emma. Ada getar suara berlucu di corong telefon, sedikit menyindir dalam bahasa humornya kerana saya tidak lupa soalan sedemikian, Zizan bagaimanapun menjawab cermat persoalan-persoalan yang dilontarkan.

Soalannya, digosip terlalu kerap, jawapan mengenal hati budi menjadi santapan, adakah hanya itu sahaja yang mahu dijawab berulang-ulang oleh Emma dan Zizan.
Tidak adakah satu jawapan yang solid dan mempunyai ketetapan tentang hala tuju hubungan mereka?

Jawab Zizan yang disua tentang jarak usia antaranya dengan Emma sebanyak sembilan tahun dan keperluannya menunggu tempoh matang pelakon lawa itu untuk disunting sebagai suri, katanya, faktor usia bukan penentu.

Sebagai seorang lelaki yang telah mantap dari segi ekonomi dan usia 30 tahun, jujurnya luah Zizan dia memang berniat untuk berkahwin pada tahun ini.
Bagaimanapun sebagai manusia, merencana itu mudah, namun perjalannya ditentukan Allah.

"Ya, sejak berusia 25 tahun, saya memang telah memasang niat untuk berkahwin pada usia 30 tahun. Insya-Allah jika tiada halangan, memang saya ingin menamatkan zaman bujang pada tahun ini," katanya ringkas.
Namun kata Zizan, hal yang barangkali membuat rencana itu sedikit tersekat adalah kerana kesibukannya.

Komitmen bersama filem Cicakman 3 yang masih dalam penggambaran selain kerja-kerja yang perlu dilunaskan sepanjang tahun barangkali menjadi kekangan hasratnya itu.
Ditebak adakah wanita itu hampir pasti Emma, Zizan ketawa dan menjawab: "Doakan kami. Saya hanya perlu doa daripada semua orang buat masa ini."