Tidak dapat dinafikan, amalan rasuah sering dikaitkan dengan anggota polis trafik.
Tetapi untuk mengaitkannya dengan keseluruhan organisasi yang banyak berjasa demi keselamatan dan ketenteraman negara, ia adalah tidak betul.
Lagi pun jangan kata polis trafik, mana-mana individu tanpa mengira pekerjaan pun akan terlibat dengan amalan jijik ini jika kurang nilai moral.
Samalah juga jika rasuah dikaitkan dengan bangsa tertentu sahaja, tentu ramai yang akan marah dengan menampilkan alasan setiap orang tak sama bukan?
Justeru, tindakan lelaki dalam gambar ini menghulurkan wang kepada gambar anggota polis trafik di mural secara terang-terangan merupakan satu penghinaan kepada seluruh organisasi PDRM.
Ia seolah-olah menggambarkan semua anggota polis trafik sama sedangkan amalan ini boleh dikatakan semakin berkurangan hasil pemantauan dan tindakan berterusan.
Pada masa sama, lelaki yang sedang tersengih ini mungkin tidak sedar ia juga merupakan refleksi dirinya yang suka memberi rasuah dalam hidup. – REM RAMZI
Sumber: theflyingkick.blogspot.com
No comments
Post a Comment