DEK kerana dendam, seorang lelaki bertindak mengunci grill pintu rumah teman wanitanya dari luar sebelum membakarnya.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah unit pangsapuri di Desa Rejang, Setapak Jaya, Wangsa Maju, pagi tadi.
Menurut
salah seorang jiran, dia melihat seorang lelaki memasuki unit yang
didiami oleh Sarliza Saidin, 29, bersama anaknya yang berusia 18 bulan
serta ibunya, berusia sekitar 40 hingga 50 tahun.
Lelaki tersebut dipercayai mengunci grill pintu dari luar sebelum mencurah petrol di sekelilingnya dan menyalakan api.
Laporan
mengenai kebakaran itu diterima oleh pihak Bomba dan Penyelamat sekitar
jam 1.25 petang yang kemudiannya bergegas ke tempat kejadian
bersama-sama 41 anggota.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal dalam masa setengah jam.
Sarliza
dilaporkan melecur kira-kira 80 peratus pada tubuhnya, manakala
bayinya, 50 peratus. Ibunya pula mengalami lecur kira-kira 10 peratus.
Timbalan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, ACP
Khairi Ahrasa mengesahkan, polis sudah menerima laporan mengenai perkara
itu dan akan menyiasat dari segenap sudut.
“Teman lelaki Sarliza kini sedang disiasat sebagai suspek utama kes yang dipercayai bermotifkan dendam ini,” ujarnya.
Sumber asal: The Star
No comments
Post a Comment