BAGI sesiapa yang mengikuti perkembangan penyanyi Yuna, mereka pasti dapat melihat perubahan yang dilaluinya sehingga berada di tahap yang cukup membanggakan bagi seorang anak seni tempatan.
Bukan sahaja dari segi pencapaian dalam industri muzik, malah penampilannya juga turut berubah seiring dengan kehidupannya di Amerika Syarikat.
Namun, tidak ramai yang gemar dengan penampilan terbaru Yuna yang kini lebih gemar menggunakan turban yang menampakkan leher berbanding sebelum ini yang lebih ‘tertutup’.
Semalam, satu gambar yang dimuatnaik oleh Yuna di laman Facebook telah mengundang kritikan daripada peminat yang terkejut dengan cara pemakaiannya yang dianggap terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya.
Gambar yang disertakan dengan ‘caption’, “It’s nice being a woman in the music industry, you get to dress up all the time!” memperlihatkan dia memakai baju lengan panjang baldu yang melekat pada tubuh dan berseluar ketat.
Secara tidak langsung, berlaku perbalahan antara peminat kerana perbezaan pendapat antara mereka.
Kami rasa, ada baiknya Yuna menimbang pendapat ramai kerana tak semestinya mereka menegur kerana benci, sebaliknya mahukan yang terbaik untuk penyanyi itu.
Apa pun, gunakan cara yang berhemah untuk menasihat ya. Artis pun ada perasaan, betul tak?
No comments
Post a Comment