Bermula tengah malam 10 Januari hingga awal pagi 11 Januari lalu, berlaku kejadian tembakan rambang yang dilepaskan pihak tidak dikenali di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan Penampang, Sabah.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis yang merakam kejadian tersebut, polis menyifatkan suspek yang sedang diburu merupakan ‘budak-budak nakal’ yang sengaja melakukan perkara ini untuk menggusarkan masyarakat setempat.
CCTV merakamkan, dalang di sebalik kejadian ini terdiri daripada enam remaja yang menaiki tiga kenderaan berasingan.
Mereka melepaskan tembakan rambang hingga mengakibatkan kerosakan termasuk memecahkan cermin premis menggunakan senapang angin berpeluru ‘ball bearing’ dan guli.
Kira-kira 46 premis rosak angkara perbuatan khianat ini.
Kejadian ini menakutkan orang ramai apabila ada pihak mengaitkannya dengan pengganas Sulu. Bagaimanapun Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Jauteh Jikun menafikan kes ini ada ada kena mengena.
Terbaharu, pihak polis kini berjaya menahan tiga suspek dipercayai terbabit dalam kejadian terbabit.
Ketiga-tiga mereka merupakan pendatang asing dan berusia dalam lingkungan 30an.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua suspek ditahan di lokasi berasingan namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Dinamakan Ops Cermin, pihak polis kini sedang giat mencari suspek lain yang masih bebas.
Apa pun jika dilihat pada suspek yang sudah ditahan, nampak gaya ini bukanlah kerja ‘budak-budak’ nakal tetapi individu yang lebih berbahaya kerana melibatkan pendatang asing yang cuba mengancam ketenteraman negara. –
1 comment
Bossku, betuL ka jugak maklumat yg kita dpt ni?? dari mana dpt sumber ni?? bukan apa admin,kekadang artikel2 bgini lah juga boleh menjadi penyebab kepada masalah,sebaagi contoh pencerobohan atau pun pergaduhan antra bangsa2 d sabah ni. maaf admin , sekadar pandangan ja..
Post a Comment