Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



SEORANG wanita menjadi tarikan di China dengan wajahnya yang comel seperti budak sekolah rendah.
Wanita dengan akaun Instagram bernama z66I ini mulanya memuat naik gambar miliknya di Weibo , website popular China yang mirip Twitter .
Wajahnya yang cantik membuat ramai yang beranggapan bahawa dia adalah remaja atau murid sekolah.
Namun tak berapa lama kemudian ,mereka terkejut setelah mengetahui bahawa wanita ini lahir pada tahun 1979 .
Ramai yang tak percaya kemudian mengira bahawa wajah muda wanita berusia 35 tahun ini mungkin kerana faktor pengambilan gambar dan cahaya .
Namun setelah melihat ke galeri fotonya terlihat bahawa wajah comelnya itu ternyata benar – benar asli .

Bentuk tubuhnya juga kecil seperti murid sekolah rendah.
“Saya tak percaya , bukankah dia berumur 12 tahun ? ” komen seorang yang mengomen Instagram miliknya .
” Dia benar – benar cantik seperti seorang pari-pari , aku ingin jadi teman wanitanya , ” puji netter lain .
Ada juga yang menghina wanita ini . Mereka mengatakan wanita ini melakukan operasi plastik pada wajahnya sehingga kelihatan awet muda .
” Ini sesuatu yang sukar dipercayai , sepertinya dia melakukan operasi plastik pada wajahnya , ” ujar seorang pengomen .

Seorang budak lelaki berusia 8-tahun menderita akibat kedua-dua tangan dipotong. Di wilayah Henan negara China seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang dikenali sebagai Chu Chu yang hanya boleh berbaring di atas katil hospital, tidak dapat menggerakan kedua tangannya, setelah kedua-dua tangan beliau dipotong oleh seseorang.

Perkara ini membuatkan orang ramai sangat terkejut. Siapakah yang melakukan perkara yang sedemikian. Datuk sebelah bapa Chu Chu ini menerangkan apa yang berlaku, bagaimana dia menemui Chu Chu berdarah dan tanpa tangan, kemudian dia menghubungi polis, dan di mana dia menjumpai tangan Chu Chu dalam tandas.
Bapa Chu Chu menjelaskan bahawa isterinya mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit tetapi bertintak kejam keatas anak mereka. Ibu budak itu mengakui bahawa dia memotong tangan Chu Chu ini. Keluarganya berkata, dia adalah pesakit mental dan dia telah ditemui di sebuah hospital mental di Wuhan.












WASHINTON – Presiden Obama berucap pada sidang akhbar Selasa : “Pada asasnya,” katanya, “Saya di sini untuk mengumumkan bahawa kami sedang membina Iron Man.”
Kerajaan Amerika Syarikat sebenarnya telah mewujudkan suit yang direka untuk memberi kekuatan luarbiasa kepada pemakainya . Dipanggil  Tactical Assault Light Operator Suit (TALOS), Tentera AS mengumumkan kerja pembinaan suit itu telah dilakukan dan berkata ia berharap untuk mempunyai suit itu Ddalam tempoh beberapa tahun lagi, Kearah teknologi masa hadapan America yang terkenal dengan senjata berteknologi tinggi mahu mengukuhkan tahap keselamatan pada askar-askar nya.


SEORANG ibu dan anaknya mengambil dua foto selfie saat hendak mandi . Namun yang mengejutkan adalah ada “pengunjung ” yang tidak diduga yang ikut ambil bahagian dalam foto tersebut .
Ketika hendak memuat naik foto tersebut ke Instagram , dia melihat ” tangan aneh ” dalam foto tersebut dan kemudian dia pun mengulas di akaunnya .
” Misteri tangan hantu dalam foto close up yang saya ambil bersama Astala saat sedang mandi . Itu bukan tanganku , satu tangan memegang anakku , dan satu lagi sedang memegang kamera untuk mengambil foto. Namun ada tangan yang memegang bahuku , dan itu sangat aneh ! Sangat mengerikan ! , ” tulis Geldof.
Dipetik dari Daily Mail , Geldof dan suaminya percaya , tangan tersebut milik seorang wanita yang bunuh diri lebih dari 100 tahun yang lalu . Ini bukanlah kali pertama mereka melihat roh .
Geldof berkata , roh tersebut sangat ramah dan tidak memberikan rasa takut sedikitpun . Dia juga percaya roh tersebut senang berada di sekitar bayinya dan menjaganya .
Peaches Geldof , tinggal dalam sebuah rumah lama di selatan England , bersama dengan suami dan dua anaknya .


Ada sesetengah golongan wanita yang suka menempah dan memakai baju kurung atau kebaya mengikut bentuk saiz badan. Kalau longgar katanya tak selesa la. Nak yang betul-betul 'just nice'. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentukbetis, peha, punggung, dada, coli dan seluar dalam akibat terlalu sendat. Dah macam trend pulak pakai long dress muslimah "telanjang" atau kebaya ketat. Kadang-kadang masa hari raya, trend macam ni yang jadi pilihan. Bertudung dah cantik, tapi baju pulak yang ketat.

Bukan nak masuk campur dalam hal berpakaian. Itu mungkin hak anda. Tapi saya jugak ada hak nak bagi nasihat sesama saudara islam. Nak dengar atau tidak, terpulanglah. Simpan yang sepatutnya untuk suami sahaja. Pelihara maruah, elak maksiat, jauhkan dari dosa. Nasihat kepada semua termasuklah kepada SI DIA INI.
 

Alor Gajah: Seorang lelaki berusia 22 tahun dengan kesan tetak di belakang kepala dan badan selain putus telinga kanan ditemui mati di Jalan Hutan Percha - Machap, dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mayat mangsa, K Viswanathan, ditemui tertiarap di dalam longkang tepi jalan dalam keadaan separuh bogel. 
Kejadian disedari selepas orang ramai yang melalui jalan berkenaan nampak sebuah motosikal yang terbalik sebelum menemui mayat mangsa. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.


Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


ZAMAN sekarang, menolong orang juga perlu hati-hati. Contohnya dalam kemalangan lalu lintas. Ramai orang enggan menolong kerana seringkali dianggap penyebab kemalangan tersebut. Sedangkan maksud hati hanya ingin menolong saja.
Namun, ada seorang lelaki di China yang mempunyai muslihat unik untuk mengatasi perkara ini. Dipetik dari Rocketnews24, seorang lelaki di Jiangsu kelihatan mengambil gambar seorang wanita yang terduduk disebabkan kemalangan. Tak lama selepas mengambil gambar mangsa kemalangan itu, lelaki yang dikenali bernama Guohua Zhao tersebut membantu wanita mangsa kemalangan untuk berdiri.

Wanita yang ditolongnya jatuh akibat himpit kenderaan lain yang memandu dengan kelajuan tinggi dan meninggalkan wanita itu sendirian. Rupanya ini adalah helah lelaki tersebut agar kebaikannya tak disalah ertikan dan dimanfaatkan oleh orang yang kurang bertanggung jawab. Dengan mengambil gambar kejadian itu, Zhao ada bukti bahawa bukan dirinya yang melanggar wanita tersebut.

Zhao mengakui bahawa tindakannya adalah untuk melindungi dirinya sendiri sebelum ia menolong orang lain. Walaupun sedikit terasa janggal, namun ramai rakyat China yang memuji kewaspadaannya. kebelakangan ini menolong orang di jalanan malah boleh membahayakan diri sendiri.


ALOR GAJAH: Seorang anak yang ingin memperbaharui kad persaraan bapanya, terkejut apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengisytiharkan ibunya sudah meninggal dunia walaupun masih hidup.
Mohd Ridzuan Chandra Abdullah, 45, dari Setapak, Kuala Lumpur mendakwa pergi ke JPA di Putrajaya bersama rakan untuk memeriksa dan memperbaharui kad persaraan bapanya, P Raman, 74, sebelum dimaklumkan status kematian ibunya.
Beliau berkata, ketika berurusan seorang pegawai di jabatan itu memintanya mengemukakan nombor MyKad bapanya serta nama penuh.
“Oleh kerana nombor Mykad bapa saya tiada dalam simpanan, saya menghubungi ibu, S Sarojani, 72, yang menetap di Tampin, Negeri Sembilan untuk meminta butiran itu, sebelum pegawai terbabit melakukan semakan.
“Sejurus kad persaraan itu siap, saya dapati nama ibu tiada di dalamnya lalu mengemukakan pertanyaan kepada pegawai berkenaan, sebelum dimaklumkan ibu saya diisytiharkan sudah meninggal dunia pada Julai 2003,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Semak semula

Anak ketujuh daripada 10 beradik ini berkata, dia kemudian meminta pegawai itu melakukan semakan semula sebelum mengesahkan nombor sijil kematian terbabit milik seorang lelaki berbangsa Melayu yang beralamat di Johor, sedangkan ibunya beralamat di Perak.

Katanya, beliau percaya perkara itu berlaku mungkin akibat kecuaian yang dilakukan pihak berkenaan kerana tidak meneliti maklumat dan melakukan pemeriksaan ke atas kemasukan data.
Individu mati berstatus hidup
“Jika tidak tergerak hati mahu memperbaharui kad persaraan ayah, hingga sekarang ibu sebenarnya sudah ‘meninggal dunia’, sebaliknya lelaki yang sudah meninggal dunia itu kini berstatus masih hidup.
“Selepas pemeriksaan dibuat mendapati kesilapan besar itu berlaku atas kecuaian kakitangan jabatan memasukkan satu angka saja menjadikan status kematian milik ibu saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Tampin.
Beliau berkata, berikutan kejadian itu dia terpaksa berkorban masa, wang dan tenaga bagi menguruskan semula pengesahan data ibunya termasuk mengusulkan surat akuan status sebenar ibunya itu.-HM

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Jangan Tanya Aku Lagi nampaknya terkena tamparan hebat apabila bekas teman lelakinya mengeluarkan kenyataan yang memalukan Farawahidah. Farawahidah yang sebelum ini berkasih dengan Julfekar. seorang komposer. Walaupun telah berpisah, namun Julfekar telah menulis kenyataan yang mencabar kehormatan Farawahidah semasa mereka bersama. 



Kenyataan Julfekar ini mendapat kecaman daripada peminatnya maupun daripada peminat Farawahidah sendiri kerana memalukan Farawahidah. 



LT sendiri rasa tindakan Julfekar ini sebenarnya sangat-sangat melampaui batas dan keanak-anakan terhadap Farawahidah. Walau seteruk mana pun pertelingkahan mereka, Julfekar tidak sepatutunya menyentuh isu peribadai malah menyebarkan perkara ini kepada umum.
”Sudah-sudahlah Julfekar. Anda memang bertindak seperti budak kecil yang baru belajar berfikir” 



- Farawahidah bakal berkahwin dengan kekasih hatinya pada akhir tahun ini namun merahsiakan siapakah lelaki yang berjaya menambat hatinya itu. 

Secara saintifiknya, daging ayam mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi untuk tubuh badan manusia. Tetapi, menurut Islam, daging ayam dapat memberikan banyak khasiat jika kita menjadikan daging ayam sebagai salah satu pemakanan kita.
Menurut Islam, dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan sistem penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras.
Bagaimanapun, tahukah anda semua bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?
Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.
Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di bahagian leher dan kepak ayam kerana di bahagian itu wujudnya kepekatan steroid yang tinggi yang sudah sedia ada.
Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.
Ramai yang diluar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi di bahagian kepak kerana isinya yang lembut dan mudah untuk dikunyah.
Tetapi, pada hakikatnya, bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).
Apabila seseorang perempuan itu menghidapai pertumbuhan sista, sista yang terdapat di dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Jika pesakit menghadapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali ada sekiranya pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.
Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan sista dalam tubuh perempuan.
Tak salah untuk kita makan ayam tetapi, eloklah dikurangkan supaya penyakit yang serius dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan untuk golongan lelaki. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.




Awek KANTOI Projek Dalam Kereta dengan dua lelaki Di Sarawak.Apa yang lebih sadis ialah ada dua orang lelaki dan kejadian ini berlaku di siang siang hari.Mungkin perancangan awal agar seorang lagi sebagai pemerhati tetapi tak tahan kot. Turut beraksi sama. So, pihak jabatan agama dan polis sampai pun tak sedar.

Ini menunjukkan kerosakan akhlak yang sangat sangat membimbangkan sedang berlaku di keseluruhan Malaysia kerana kes sebegini bukan sahaja berlaku di Sarawak. Cumanya kejadian lain tidaklah se'pelik' ini. 



Baltimore – Sekumpulan doktor pakar menemui gigi tumbuh dalam otak seorang bayi lelaki berusia empat bulan dan berjaya mengeluarkannya melalui pembedahan, lapor sebuah jurnal perubatan kelmarin
Jurnal Perubatan New England dalam laporannya menyatakan, gigi bayi itu kelihatan tumbuh awal daripada sepatutnya tetapi bukan di mulut, sebaliknya dalam otaknya akibat daripada sejenis tumor otak yang jarang berlaku, tetapi ada pada bayi itu.


Jalani imbasan MRI
Bayi itu yang berasal dari Maryland, mula menarik perhatian doktor selepas pemeriksaan kesihatan rutin menunjukkan kepalanya membesar lebih cepat berbanding kanak-kanak seusianya. Bayi itu kemudian menjalani pemeriksaan imbasan MRI yang menunjukkan tumor itu mengandungi struktur putih kecil yang kelihatan seperti gigi.
Sebaik doktor menyedari ada sesuatu yang pelik di dalam otak bayi itu, mereka melakukan pembedahan untuk mengeluarkan tumor berkenaan.
“Ketika mengeluarkan sel tumor yang berbahaya itu, doktor terkejut apabila mendapati kandungan dalam tumor itu adalah gigi yang sudah terbentuk sepenuhnya seperti yang terdapat pada rahang bahagian bawah,” lapor jurnal berkenaan
Doktor mengesan tumor itu berhampiran kelenjar pituitari bayi itu, berukuran 4.1 sentimeter. Ujian selanjutnya ke atas tisu tumor itu menunjukkan ia adalah ‘adamantinomatous craniopharyngioma’, sejenis tumor otak tidak berjangkit yang jarang ditemui tapi mampu membesar sehingga sebesar bola golf.
Pakar bedah neurologi Universiti Pusat Perubatan Maryland, Dr Narlin Beaty yang menjalankan pembedahan itu memberitahu Live Science: “Jarang ditemui gigi dalam mana-mana tumor otak. Ia craniopharyngioma, yang jarang didengar”.
“Bayi itu sekarang semakin pulih daripada pembedahan yang berjaya mengeluarkan sel tumor itu,” kata salah seorang doktor yang merawatnya. Bagaimanapun dia masih menjalani pemeriksaan rutin MRI sebagai sebahagian rawatan untuk memastikan dia bertambah baik.
“Dia semakin bertambah baik. Terdapat tumor besar betul-betul di tengah otaknya. Jika sebelum era pembedahan moden, kanak-kanak seperti ini mungkin tidak boleh diselamatkan,” kata Beaty. – AGENSI


Tahniah buat pelakon komedi wanita Syanie Hisham, 39, yang sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, pagi tadi.




Pernikahan ini merupakan kali kedua bagi Syanie dan ianya disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi tadi manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail, dipetik dari Harian Metro.



Tahniah buat pelakon komedi wanita Syanie Hisham, 39, yang sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, pagi tadi.


Pernikahan ini merupakan kali kedua bagi Syanie dan ianya disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi tadi manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail, dipetik dari Harian Metro.
Mengangkut barang di China baik menggunakan kenderaan besar mahupun kecil memerlukan kemampuan keseimbangan di atas rara-rata kerana mereka seringkali membawa muatan yang berlebihan.
Perkara ini dilakukan memandangkan kadar jalan tol mahal sehingga syarikat perlu melakukan pengangkutan yang berkesan.
Laman berita China, Foto Press baru-baru ini menerbitkan satu siri gambar-gambar yang menunjukkan betapa bahayanya kenderaan pengangkut logistik, dari mula sebuah lori dengan barangan terkumpul tinggi sampai dengan motosikal yang penuh sesak dengan kotak.
Ajaibnya, kenderaan ini benar-benar boleh bergerak.








New York: Supermodel Claudia Schiffer mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan habuan £1 juta (RM5.46 juta) untuk menghabiskan malam bersama seorang putera Arab.
Namun, jelitawan dari Jerman itu berkata, wang gagal mengaburi matanya dan tawaran lumayan itu ditolak. 
Kata Claudia, menjadi ratu catwalk dan seorang daripada wanita paling banyak mendapat tumpuan lensa kamera mendorong kepada pelbagai situasi luar biasa. 

“Saya pernah melalui pelbagai pengalaman yang pelik dan satu daripadanya ialah tawaran yang diterima daripada seorang putera Arab.

“Dia bertanya sama ada dia boleh menyewa saya untuk makan malam dengan bayaran lumayan.“Saya menolaknya, tetapi seorang supermodel lain menerima tawaran berkenaan,” katanya. Claudia, 43, bukan bintang berprofil tinggi pertama yang menolak pelawaan sedemikian. 

Pada 2010 Myleene Klass mendedahkan dia menerima tawaran makan tengah hari bersama pelakon senarai A Hollywood. 

Claudia juga mengakui dia terpaksa menyembunyikan sifat pemalunya di sebalik dunia peragaan. “Namun, sifat itu dapat diatasi ketika saya bermekap dan mengenakan pelbagai pakaian untuk peragaan,” katanya. - Agensi

Mersing: “Saya terkejut melihat Sarida berlari sambil mendukung Adam manakala tiga lagi adiknya mengekori sambil menangis minta tolong.
“Sebaik memangku Adam, saya mendapati dia sudah tidak bergerak lalu bergegas ke hospital. Doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” kata Mahbu Man, 44, pengasuh Mohd Adam Kamaludin, 15 bulan yang ditemui lemas dalam tong menyimpan air di rumahnya di Kampung Jemari Baru, Pengkalan Batu di sini, petang kelmarin.
Menurutnya, jarak antara rumahnya dengan rumah keluarga mangsa kira-kira 500 meter dan kanak-kanak itu sering dihantar kepadanya untuk mengasuh kerana ibu bapanya bekerja. “Saya sangat terkilan tidak menjenguk Adam kerana sekitar jam 2 petang, Sarida sepatutnya menghantar dia ke rumah saya,” katanya yang juga sepupu ibu mangsa.

Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, Mohd Adam ditinggalkan bersama dua kakak dan dua abangnya yang berusia antara lima dan 12 tahun.

Mohd Adam dikatakan diambil ibunya, Sahida Hamzah, 35, dari rumah pengasuhnya kira-kira jam 12 tengah hari dan dibawa bersama menjemput abang serta kakaknya di sekolah. Lima beradik berkenaan kemudian ditinggalkan di rumah selepas ibu mereka kembali bekerja sebagai tukang sapu dengan sebuah syarikat pembersihan.

Menurut Mahbu, selepas diberi makan tengah hari, Adam sepatutnya dihantar ke rumahnya untuk dijaga, tetapi kakak kanak-anak itu dikatakan mahu menyiapkan kerja sekolahnya dahulu.

“Ketika kakaknya menyiapkan kerja sekolah di anjung rumah, mangsa dikatakan ke dapur.
“Menyedari adik bongsu mereka tiada, abang dan kakak mangsa mencarinya sebelum menemuinya terlungkup dalam tong menyimpan air,” katanya. Difahamkan, tujuh sekeluarga itu mendiami rumah terbabit tanpa kemudahan asas dan bergantung kepada air sungai dan perigi.

Menurut Mahbu, dia masih terbayang wajah kakak mangsa yang keadaan cemas mengerah tenaga mendukung Adam ke rumahnya. “Sayu saya melihat kerana Sarida menangis tidak berhenti-henti meminta adiknya diselamatkan,” katanya. Sementara itu, Nor Sarida, 12, berkata adiknya tidak kelihatan selama antara lima hingga tujuh minit sebelum dia menyedarinya. Menurutnya, selepas mencari, dia menemui adiknya terlungkup dalam tong yang berisi hanya sedikit air.

“Sebaik melihat Adam terlungkup, saya menjerit sekuat hati lalu mendukungnya sambil berlari bersama tiga lagi adik ke rumah mak cik Mahbu untuk minta bantuan,” katanya.
Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Seorang bayi lelaki berusia setahun lapan bulan maut dipercayai akibat didera pengasuhnya di Jalan Buku Lima, Datuk Keramat di sini, pagi tadi.
Difahamkan, bayi berkenaan dihantar ke rumah pengasuh oleh ibu mangsa kira-kira jam 7.45 pagi dalam keadaan sihat. 
Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, selepas menghantar mangsa ke rumah pengasuh, ibu mangsa pergi ke kerja seperti biasa. 


Bagaimanapun, katanya, kira-kira 9.15 pagi ibu mangsa menerima panggilan daripada pengasuh yang menyatakan bayi itu dalam keadaan tenat.

"Ibu mangsa yang bergegas semula ke rumah pengasuh menerima kejutan apabila mendapati muka mangsa kebiru-biruan dan tidak sedarkan diri.

"Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan kecemasan. Bagaimanapun, pada 10.30 pagi doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya kepada pemberita. 


Beliau berkata, mangsa dihantar ke rumah pengasuh itu sejak tiga bulan lalu dan mangsa seorang saja yang dijaga oleh pengasuh berkenaan. 

Katanya, laporan bedah siasat mendapati wujud unsur jenayah dalam punca kematian bayi berkenaan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. 

"Setakat ini pihak polis belum membuat sebarang tangkapan. 

"Mayat bayi berkenaan sudah dibawa ke Kuala Terengganu untuk urusan pengebumian," katanya.

Beijing: Sarat hamil tidak menghalang Xu Yunyun mengambil bahagian dalam pertandingan larian di Beijing, baru-baru ini.
Xu, pelari amatur berusia 28 tahun itu kini hamil lapan bulan dan percaya aktiviti itu mampu memudahkannya bersalin nanti.
“Saya pelari yang bersemangat dan tiada sebab untuk saya tidak boleh meneruskan aktiviti ini hanya kerana saya hamil.


“Saya berlari mengikut kesesuaian dan tidak memaksa diri,” katanya.

Menurut Xu, dia diberitahu bahawa senaman ialah cara terbaik bagi memastikan bayi yang dikandung sihat.


Bakal ibu itu menjadikan Paula Radcliffe yang berlari dua kali sehari pada lima bulan pertama kehamilannya pada 2006 sebagai inspirasi utamanya. 


Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS pula berkata, wanita yang aktif berlari boleh mengambil bahagian dalam sukan lumba lari ketika hamil. - Agensi

Kuala Lumpur: Seorang pengawal keselamatan menerima pembalasan apabila dipenjara 16 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merogol adik perempuannya, bulan lalu.
Hakim Manira Mohd Nor memutuskan demikian terhadap lelaki berusia 28 tahun itu selepas dia mengaku melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang berusia 21 tahun itu, dalam dua kejadian berasingan yang mana ia tidak dibenarkan di bawah hukum agama. Manira memerintahkan tertuduh dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan yang mana ia berjalan secara berturut-turut mulai semalam. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adiknya di rumah mereka jam 8 pagi, pada 14 dan 16 Februari lalu. 
Kedua-dua kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Terdahulu, tertuduh yang memakai baju-T dan seluar hitam tidak diwakili peguam, merayu mahkamah mengurangkan hukuman atas alasan menanggung ibu dan adik yang tidak bekerja sejak bapanya meninggal dunia. Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abd Zawawi memohon tertuduh dikenakan hukuman berat atas alasan tertuduh abang kandung dan sepatutnya melindungi adiknya.


“Perbuatan tertuduh ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ kerana merogol adik kandung dua kali. Justeru, saya mohon mahkamah mengenakan hukuman berat supaya tertuduh sedar kesalahan yang dilakukan kerana ia bukan saja membabitkan masa depannya, malah adiknya,” katanya. Mengikut fakta kes yang diakui benar, tertuduh dalam kejadian pertama, dikatakan menarik mangsa yang ketika itu baru selesai mandi dan keluar dari bilik air, ke dalam biliknya sebelum memaksa mangsa menanggalkan tuala.

Watak Sandra amat dekat dengan dirinya kerana karektor itu mengusik semula ingatan peminat terhadap kontroversi yang pernah dilalui wanita jelita ini lebih 10 tahun lalu.
Tidak bermaksud untuk mengungkit semula kisah lama, namun menerusi telefilem yang di ‘format’ ke filem iaitu Permata Hati, Wulan Guritno, 34, memegang watak Sandra, ibu tunggal yang mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan suami orang.
Seawal kemunculannya di persada seni hiburan Indonesia ketika berusia belasan tahun, Wulan pernah menggegarkan industri hiburan dengan berita kehamilannya sebelum dia menikahi kekasihnya, Attila Syach.


Bagaimanapun, mereka akhirnya bercerai selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.

“Saya tidak mahu mencampur adukkan urusan kerja dan peribadi, tambahan pula kedua-duanya tiada kaitan antara satu sama lain. Jika ada sesiapa yang kehidupannya sama seperti Sandra, saya berharap watak itu mampu menjadi inspirasi positif kepada mereka yang melaluinya.

Miri: Survival, ritual dan status antara faktor utama mendorong berlakunya amalan pemburuan kepala manusia di Sarawak, bahkan di Kepulauan Borneo pada zaman dahulu kepala musuh akan disalai sehingga menjadi tengkorak dipanggil ‘antu palak’ dan diwarisi kepada generasi seterusnya.
Meskipun, amalan memburu kepala tidak lagi diamalkan dalam kehidupan masyarakat Dayak pada hari ini, namun kepercayaan menjaga tengkorak diteruskan bagi mengelak kesulitan atau musibah yang menimpa keluarga pemburu kepala.
Tengkorak manusia itu biasanya digantung di ruai atau beranda rumah panjang dan ada ketikanya diletakkan piring berisi beras, rokok, pinang, sirih, darah ayam, tuak dan sebagainya bagi hidangan untuk roh pemilik tengkorak berkenaan.


Harian Metro baru-baru ini bertemu beberapa penduduk rumah panjang di sekitar Sibuti, dekat sini, bagi mendapatkan maklumat mengenai amalan penjagaan tengkorak mangsa pemburu kepala dipercayai mempunyai roh atau semangat yang perlu dijaga.

Unggam Ligat, 60, dari Sungai Pakut, Sibuti, berkata, tengkorak yang diperoleh hasil daripada amalan memburu atau memenggal kepala manusia dalam masyarakat Iban suatu ketika dulu perlu dijaga dengan baik dan mempunyai pantang larang tersendiri.

TIDAK pasti dari mana gambar-gambar ini diambil, bagaimanapun ia nampak pelik dan unik.Gambar-gambar tersebut dipecayai berjaya diambil oleh juru gambar pada zaman dahulu.
Mereka mempunyai sedikit kecacatan pada bahagian fizikal tubuh badan.
Walaupun zaman dahulu tidak mempunyai kamera yang canggih, ia tidak menjadi masalah untuk kita melihat keadaan mereka pada masa itu.